Saturday, December 1, 2012

Bersabarlah esok bahagia milikmu



Assalamualaikum.

Sebelum itu saya menyusun jari memohon maaf jika penulisan kali ini bakal mebuat anda terangkat kening memandang sinis pada saya.Saya tahu diri ini masih terlalu muda untuk menulis tentang isu rumah tangga,kahwin,cerai dan sewaktu dengannya.Berbekalkan pengalaman dan pemerhatian selama ini ingin saya kongsikan pendapat saya.Diri ini bukanlah ustazah,bukanlah pakar cinta,cuma hambaNya yang masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini.


Bermula pertengahan  tahun 2011,hujung tahun dan baru-baru ini semakin ramai rakan-rakan sebaya melangkah ke alam baru iaitu alam berumah tangga.Malah ada yang sudah beranak-pinak.Semoga Allah berkati pernikahan kalian dan anak-anak kalian menjadi penyejuk mata serta berbakti bagi agama bangsa dan negara.

Dalam keriuhan mendapat undangan daripada rakan-rakan yang bakal berkahwin,keluh-kesah,kegelisahan,keterujaan rakan-rakan yang belum bernikah turut sama kedengaran.


''Untungla ada orang nak kat dia..aku siapa ada?diri sendiri tak terjaga.nak jaga anak dara orang.''

''Pakwe aku tak masuk meminang lagi.Macam mana ni?''

''Aku try dah dia..jual mahal la pulak minah tu..''

''Ana tak layak untuk enti,carilah yang lebih sesuai''







Bagi yang belum berpunya,even dah berpunya belum lagi si dia masuk meminang,bagi yang dah bertunang..bersabarlah..giliran kalian akan tiba juga..penantian memang suatu penyeksaan,tetapi penantian yang berserta kesabaran,suatu ketenangan.

Berkahwin bukanlah matlamat.ianya hanya alat mencapai redha Allah.Sekiranya kahwin dijadikan matlamat,bila dah berkahwin,ke mana hala tuju kalian berdua?Samalah seperti orang makan nasi, nasi hanyalah alat untuk menghilangkan lapar.Yang dikejar bukanlah nasi,yang menjadi matlamat adalah menghilangkan rasa lapar.

Rakanku sekalian,perkahwinan yang tenang adalah bila isteri/suami dan anak-anak bahagia bila duduk bersama.Meskipun keluarga anda tak kaya raya,makan pun kadang-kadang mengikat perut,tetapi kalau anak-anak berasa bahagia bila bersama ibu bapa mereka,itu sudah cukup.Jika suami tiada di rumah...anak-anak dan isteri mula merindui,maka anda adalah ketua keluarga yang baik.Jika sebaliknya,check balik diri..






 Sebelum berkahwin,persiapkan diri,ilmu,kewangan dan emosi.Sekiranya emosi tak kuat,senang sangat bakal kecundang di tengah jalan.Ada saja yang tak kena tentang pasangan di mata kalian.Petua yang paling penting,jangan terlalu bergantung kepada pasangan.Pasangan bukannya senantiasa ada 24 jam dengan kita.Dia pun ada kerja dia,kita ada kerja kita.Belajar berdikari dan berlapang dada dalam apa jua situasi.Kerenah mertua,ipar duai kadang-kadang menjadi punca perkelahian.





Menurut statistik di Malaysia perceraian berlaku setiap 15 minit.Berita yang amat mengejutkan bagi sebuah negara yang  ramainya orang Islam.Perceraian bukanlah jalan penyelesaian.Tetapi kalau perkahwinan diteruskan namun maki hamun,caci maki,penampar,suami pula tak balik rumah berbulan-bulan,makan minum anak isteri tidak dihiraukan,maka perpisahan adalah jalan yang terbaik.


 Sebagai seorang anak yang ibu bapa bercerai,saya tahu betapa peritnya melihat perkahwinan mereka putus di tengah jalan.Mungkin itu yang terbaik bagi mereka,sebagai anak kita mendoakan sahaja yang baik-baik.Allah menguji seseorang mengikut kemampuan mereka.Sekiranya belum berkahwin lagi,mungkin Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran kalian menanti jodoh yang telah ditetapkan.Rakan-rakan yang sudah berkahwin,Allah menguji mereka sejauh mana mereka meletakkan Allah dalam perkahwinan mereka.Setiap yang terjadi di saat dan ketika ini,adalah yang terbaik buat diri.Cuba bertenang dan cari perkara-perkara positif disebalik apa yang berlaku.

Bukannya Allah tidak sayangkan kita.Tidak sekali kali tidak.



''.....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
(al-Baqarah: 216)