Saturday, December 1, 2012

Bersabarlah esok bahagia milikmu



Assalamualaikum.

Sebelum itu saya menyusun jari memohon maaf jika penulisan kali ini bakal mebuat anda terangkat kening memandang sinis pada saya.Saya tahu diri ini masih terlalu muda untuk menulis tentang isu rumah tangga,kahwin,cerai dan sewaktu dengannya.Berbekalkan pengalaman dan pemerhatian selama ini ingin saya kongsikan pendapat saya.Diri ini bukanlah ustazah,bukanlah pakar cinta,cuma hambaNya yang masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini.


Bermula pertengahan  tahun 2011,hujung tahun dan baru-baru ini semakin ramai rakan-rakan sebaya melangkah ke alam baru iaitu alam berumah tangga.Malah ada yang sudah beranak-pinak.Semoga Allah berkati pernikahan kalian dan anak-anak kalian menjadi penyejuk mata serta berbakti bagi agama bangsa dan negara.

Dalam keriuhan mendapat undangan daripada rakan-rakan yang bakal berkahwin,keluh-kesah,kegelisahan,keterujaan rakan-rakan yang belum bernikah turut sama kedengaran.


''Untungla ada orang nak kat dia..aku siapa ada?diri sendiri tak terjaga.nak jaga anak dara orang.''

''Pakwe aku tak masuk meminang lagi.Macam mana ni?''

''Aku try dah dia..jual mahal la pulak minah tu..''

''Ana tak layak untuk enti,carilah yang lebih sesuai''







Bagi yang belum berpunya,even dah berpunya belum lagi si dia masuk meminang,bagi yang dah bertunang..bersabarlah..giliran kalian akan tiba juga..penantian memang suatu penyeksaan,tetapi penantian yang berserta kesabaran,suatu ketenangan.

Berkahwin bukanlah matlamat.ianya hanya alat mencapai redha Allah.Sekiranya kahwin dijadikan matlamat,bila dah berkahwin,ke mana hala tuju kalian berdua?Samalah seperti orang makan nasi, nasi hanyalah alat untuk menghilangkan lapar.Yang dikejar bukanlah nasi,yang menjadi matlamat adalah menghilangkan rasa lapar.

Rakanku sekalian,perkahwinan yang tenang adalah bila isteri/suami dan anak-anak bahagia bila duduk bersama.Meskipun keluarga anda tak kaya raya,makan pun kadang-kadang mengikat perut,tetapi kalau anak-anak berasa bahagia bila bersama ibu bapa mereka,itu sudah cukup.Jika suami tiada di rumah...anak-anak dan isteri mula merindui,maka anda adalah ketua keluarga yang baik.Jika sebaliknya,check balik diri..






 Sebelum berkahwin,persiapkan diri,ilmu,kewangan dan emosi.Sekiranya emosi tak kuat,senang sangat bakal kecundang di tengah jalan.Ada saja yang tak kena tentang pasangan di mata kalian.Petua yang paling penting,jangan terlalu bergantung kepada pasangan.Pasangan bukannya senantiasa ada 24 jam dengan kita.Dia pun ada kerja dia,kita ada kerja kita.Belajar berdikari dan berlapang dada dalam apa jua situasi.Kerenah mertua,ipar duai kadang-kadang menjadi punca perkelahian.





Menurut statistik di Malaysia perceraian berlaku setiap 15 minit.Berita yang amat mengejutkan bagi sebuah negara yang  ramainya orang Islam.Perceraian bukanlah jalan penyelesaian.Tetapi kalau perkahwinan diteruskan namun maki hamun,caci maki,penampar,suami pula tak balik rumah berbulan-bulan,makan minum anak isteri tidak dihiraukan,maka perpisahan adalah jalan yang terbaik.


 Sebagai seorang anak yang ibu bapa bercerai,saya tahu betapa peritnya melihat perkahwinan mereka putus di tengah jalan.Mungkin itu yang terbaik bagi mereka,sebagai anak kita mendoakan sahaja yang baik-baik.Allah menguji seseorang mengikut kemampuan mereka.Sekiranya belum berkahwin lagi,mungkin Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran kalian menanti jodoh yang telah ditetapkan.Rakan-rakan yang sudah berkahwin,Allah menguji mereka sejauh mana mereka meletakkan Allah dalam perkahwinan mereka.Setiap yang terjadi di saat dan ketika ini,adalah yang terbaik buat diri.Cuba bertenang dan cari perkara-perkara positif disebalik apa yang berlaku.

Bukannya Allah tidak sayangkan kita.Tidak sekali kali tidak.



''.....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
(al-Baqarah: 216)




Friday, November 9, 2012

APA? makhluk halus?



Assalamualaikum semua!

Jeng jeng jeng.oppss.apakah?makhluk halus manakah akan dikupas dalam entri ini?bukan makhluk yang seangkatan dengan jin yang tak boleh dilihat dengan mata kasar,tetapi geng-geng makhluk Allah yang boleh dilihat menggunakan mikroskop.ye tepat sekali.bacteria.


Sejak hari pertama class microbiology,keterujaan saya terserlah.masuk hari kedua.lagi-lagi lah kan?sebab apa?sebab saya begitu terkejut..disekeliling kita,penuh sangat dengan bacteria.bukan seratus dua.tetapi ahh banyak gila la..ribuan bakteria ada.banyak jenis pulak tu..dan menyebabkan banyak penyakit jugak.
Itu sudah semestinya..masuk kelas kedua microbiology..esoknya saya selsema..dan kawan-kawan yang lain pun start berjangkit selsema..saya buat konklusi..mungkin sebab badan tengah adapt dengan environment makmal!

Bila mak tanya tahun ketiga ni belajar apa?saya jawab belajar bakteria dan belajar pasal penyakit-penyakit.oh belajar kuman la ni?eh?kuman?bakteria?sama la tuu.majoriti orang akan sebut kuman.


 contoh -contoh bakteria 


Untuk pengetahuan semua..tak semua bakteria jahat.Ada bakteria yang baik,malah tolong kita lagi tau tak?Siapa gerangan encik bakteria itu? Dia adalah Escherichia Coli (sebut Coli =kolai ).Nickname dia, E.Coli.Dia ni ada kat dalam kolon (usus besar)..Tugasnya adalah membantu dalam penghasilan Vitamin K dalam badan.Malangnya ada yang akan jadi jahat bila ada faktor-faktor tertentu dan menghasilkan toxin.Maka dapatlah penyakit seperti 1.Cirit birit 2.Jangkitan saluran air kencing 3.neonatal meningitis 4.Gram negative sepsis



comel tak E.Coli?hehehe



E.Coli on agar plate.

Cukuplah cerita pasal satu jenis bakteria iyer?Kalau cerita semua memang berderet entri ini.Apa yang saya nak sangat sampaikan adalah transmission bakteria boleh juga melalui hand-to-hand contact (Employees please wash hands!)..Bila dah salam dengan orang,lepas tu makan...sila basuh tangan yer cik akak,cik abang semua..





Sejak belajar pasal bakteria ni,saya menjadi lebih berdisiplin.Kalau tak sebelum ni..takdala nak basuh tangan properly sebelum makan.KINI tidak lagi! Medic student syndrome.Biasalah...







Maha Bijaksana Allah S.W.T yang menciptakan segala makluk-makhluk atas muka bumi ini.Syukur dipanjatkan sebab diberi peluang untuk belajar secebis ilmu..Ilmu Allah terrrrlalu banyak..dan kalau kita nak cakap kita ni pandai bila ada degree,ada master,ada phD.ada pangkat Doktor,Ir.,Profesor..Allah Allah..berapa sangatlah ilmu nak dibandingkan ilmu Allah.



Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (SURAH LUQMAN AYAT 27)


p/s:  Terima kasih sudi baca!  (^^v)

Sunday, September 23, 2012

musim luruh dalam jantungku (translate)


Assalamualaikum....


Bertemu kita lagi di alam maya...saya penulis dan anda pembacanya.Makin hari makin sejuk kat sini,dah nama pun hujung bulan September ; dah nak musim luruh..orang putih kata autumn...nak lagi glamour ala-ala korea,autumn in my heart.Translate ke bahasa melayu,akan bertukar kepada musim luruh dalam jantungku..eh tak betul?betul la tu..heart kan jantung!




Orang tua-tua lebih-lebih lagi di kampung saya iaitu Kampung Jong dan kampung2 yang sama waktu dengannya,sangat menantikan musim kemarau.Ini kerana waktu kemarau makin banyak susu getah dan makin banyak ongkos masuk.ehek!.Meskipun musim kemarau dikaitkan dengan panas dan ramai orang tak menyukainya akan tetapi suatu rahmat bagi penoreh-penoreh getah.Dan nak tahu tak,saya tabik spring toing toing kepada anak-anak muda yang mahu dan pandai menoreh getah ni......kerana





Sebab pertama : Anak-anak muda sering dikaitkan dengan moto hidup enjoy..bekerja di ladang menyekat kehidupan enjoy.

Sebab kedua: Getah yang telah beku busuk baunya..hanya yang tegar dan tahan saja sanggup.Nak nak bila bau tu melekat biarpun dah mandi. *macam ada pengalaman je..hehe..rahsia ^^

Sebab ketiga: Sanggup menahan cakap-cakap orang luar yang mungkin menggelarnya 
 Leman si penoreh getah,Meon si tukang kebun dan macam-macam lagi di saat kawan-kawannya yang lain mungkin menjadi kontraktor berjaya,peguam,askar


sebab yang lain anda boleh senaraikan sendiri..peace :)







Anda nak tahu satu-satunya barang di Poland bercop made in Malaysia setakat ini yang saya  nampak depan mata kepala adalah sarung tangan getah kegunaan di hospital-hospital..tak tahulah nak rasa tersangat bangga atau sedikit bangga.tapi banggalah jugak..

Makanan-makanan seperti perencah tomyam,pes kari hijau,pes kari merah,serai,cabai merah yang dijual di Asian Shop kebanyakannya dari negara jiran kita..siapa lagi kalau bukan Thailand..kalau orang Malaysia bukak kedai sini mesti laku.Kedai kebab dari Turki dan kedai Vietnam/Thai dah bagai cendawan tumbuh selepas hujan kat sini.Boleh je orang-orang Polish telan makanan spicy.Siapa kata omputih tak boleh makan pedas?















credit to encik google.....>.<

Dalam kesibukan suka suki masuk lembaran baru aka semester baru di musim luruh ni..hati kecik yang dari dulu kecik terusik juga bila mengenangkan arwah angah yang meninggalkan kami bulan dua yang lalu....



Sofea (adik nombor 7) di tepi pusara angah 


"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)


Friday, September 14, 2012

glamourkah baju putih itu?

                  Assalamualaikum

         Bertemu kembali kita yer.setelah lama gilaaaa tak hapdate belog ini.Rasanya hampir 3 bulan tak update apa-apa. Almaklum,bila balik Malaysia kita gunakan masa yang terluang dengan family techenta,pergi praktikal kat sepital,cuti-cuti Malaysia,jalan-jalan cari makan dan tidak lupa melawat orang-orang kampung (ala-ala YB gituu)


        Dua minggu terakhir sebelum masuk semester baru saya isi dengan attachment kat hospital Banacha selama seminggu (tolak tambah 5 hari ja.haha).Tiga minggu  attachment dah buat kat Hospital Gerik masa balik Malaysia haritu.Every year kami dikehendaki buat praktikal selama sebulan di mana-mana hospital yang kami mahu.Kiranya macam praktiskan apa yang dah setahun belajar.Tahun pertama adalah nursing.Tahun kedua adalah di out patient department and laboratory.Hari ini adalah hari last praktikal di hospital Banacha.Done!Cukup sebulan.Di Banacha Hospital, saya dan dua orang kawan  praktikal di department of general and thoracic surgery.

*nak buat kat out patient...tapi tak fasih Polish sangat.sobs.sobs.

     
   Bercerita tentang pengalaman praktikal memang tak kering gusi la.Lain padang lain belalang.Lain hospital lain la pengalaman...gituuu..apapun,disebabkan blog ini adalah medium menceritakan hal ehwal saya sepanjang di sini (Poland ) eloklah habaq mai apa suasana disini.ye tak?



tingkat 5 ;department of general and thoracic surgery

Pengalaman hari pertama :

Knok! Knok! *ketuk pintu bilik sekretariat (secretary)

Pintu pun terbuka...ada seorang pak cik pakai kot putih sapa kitaorang..taktau la doktor atau tak.

kami :dzien dobry. (good morning)
pak cik: dzien dobry..
shikin: czy mowisz po angielsku? (can you speak english?)
pak cik: yes..what can i help you?
pak cik hulur tangan nak salam..

kami semua geleng kepala.. and one of us said..

fisza:i'm sorry.we don't...sambil geleng kepala lagi..
pak cik: oh..i see..okay..maybe KISS?

what???

haha..kami bertiga buat muka toya dan kerut-kerut dahi..dalam hati memang gelak gila dah.aduhai~


Pengalaman hari kedua :

   Doktor yang guide saya iaitu pani doktorze Jerzy Leczczynski ni bukan hanya setakat surgeon..tapi doktor yang baik hati to his patients.Ada la satu masa ni...dia tolong potong roti kat sorang mak cik waktu ward round pagi-pagi.Fuh..ada ke doktor yang sanggup meluangkan masa 3 minit potong roti untuk pesakit dia waktu ward round so far?hurmm.. *tersentuh


  Saya paling suka bila dia cakap..''yes,you can go home now.enjoy your holiday''..
Memang pun..sebab saki baki cuti pun tinggal berapa hari je lagi.


Pengalaman hari ketiga :

  Doktor saya haritu handle operation.so kitaorang pun follow la dia masuk operation theatre. (OT).Sebelum masuk OT tu kitaorang kena tukar baju yang khas untuk masuk ke sana.

mak cik: sukienka? (mak cik tunjuk kat baju hijau utk masuk ke OT)
ckin: tak..tak.. (ya..ya)
mak cik: (hulurlah baju kpd kami 3 org)
ckin: poprosze spodnie? (nak seluar)
mak cik:nie..nie (xde..xde..)
ckin: xde seluar ke? (brtanya pd na)
na:dlu masuk ad..

ckin: przepraszam pani..poprosze spodnie.. (dgn suara yg ala2 merayu n nak nangis,hakhak)
mak cik: dziewczynki!! (girls!!) (dah bulat mata mak cik,sambil g ambik sluar)
mak cik: (lps g ambik seluar) ale duzo..(tapi besar)
ckin,na,hafisza: bardzo dobrze!!!!! (sangat xpe!!!)

*copy paste status kawan di facebook pasal kejadian

hehe..tak dapat bayangkan hari tersebut kalau just pakai dress tanpa seluar.Alamak! macam Mr Bean la kan?Then senior pesan lainkali prepare legging,inner hitam longgar untuk masuk OT...in case diberi dress saja sekali lagi.noted!


one two three..cheeseeee..


Pengalaman hari terakhir:

  Disebabkan hari last posting kat department tu..so saya pun beramah mesra and tanya banyak la soalan kat pani doktorze tu..saya nak tahu sangat apa yang motivate dia untuk stay cool dalam kerjanya.

''doctor,urm..how do you motivate yourself at work?and how do you manage your busy schedule?

 ''how?''
''well,i'm a man...and also a married man.i have a family.i need to work.work..and work.sometimes when you have so many things to do..you don't even care to get some rest.''
''but..i do spend time with my family''

lebih kurang macam tu la perbualan kami.....

kemudian dia sambung cerita pasal isteri dia (seorang doktor juga..nephrologist),tentang dia yang upah cleaner untuk bersihkan rumah..pengalaman dia bercuti di France...dia juga ada bertanya macam mana lelaki kat Malaysia layan isteri diaorang..

saya pun katalah...tak smestinya perempuan kena ikut saja kata lelaki..kami boleh saja keluar bekerja and jadi apa yang kami mahu..ada je perempuan yang jadi surgeon and pakar2 lain..tapi ramai yang prefer jadi cikgu,pensyarah,jururawat etc..bergantungla pada pasangan tersebut nak tolerate macam mana.

tapi ayat saya yang saya rasa nak tergelak bila dia tnya

'''i've heard Malaysia and Indonesia are developing country?''

''yes.they are''
''and our prime minister is trying so hard to improve our country.''

memang patriotik habislah bila bagi jawapan macam tu.nak tergelak pun ada...tak sia-sia JPA taja bak kata kawan saya.. *big smile












glamourkah bila pakai kot putih?



With great power comes great responsibility-Spider Man


   











Saturday, June 9, 2012

Tanya sama hati



Assalamualaikum 

Waktu sekarang: 1 pagi
Lokasi :Warsaw,Poland
Mode: mata segar bugar,notes immunology di sisi.Selasa final exam la..*dush dush*



Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang



Tanya sama hati nyanyian P Ramlee merupakan salah satu lagu kegemaran.Wait.Lagu lama..huh,tak kisah la orang nak kata apa.Klasik sungguh budak ini.That is me.I repeat.Memang saya layan lagu klasik-klasik.


Kita takkan dapat hidup kalau asyik nak dengar kata orang.Orang punya mulut,bukan macam tempayan ( ada penutup).Tiada.Jadi,tak perlu dengar kata-kata orang yang kurang enak kalau nak hidup lama.*extreme bunyinya*



Be yourself! One of my motto hidup.Ikut suka la orang nak kata apa kan..Janji kita buat kerja kita,dan kita tak ganggu hidup orang lain.Simple.

Saya deactivate facebook dan telah addicted dengan instagram..i just found out facebook is not my world.Dunia saya bukannya alam maya.Be reality la beb.Facebook hanya alam maya semata-mata.Realiti lebih adventurous kot..(sila follow saya di instagram yer..hehe..search niena_luve and you'll find me).Pictures kadang-kadang lebih bererti daripada words.Ada benda yang tak boleh diungkap dengan kata-kata tapi dengan gambar.Dan ada gambar yang memerlukan kata-kata. *fuh..fenim fenim*


And today i spent my time with my girlfriends di old town,centrum and centralny.Yelah sekarang kan eufa euro 2012..Ramai orang dan sesak jalan.Tapi kami tak pergi tengok bola pun.Tengok orang jer ^^.. (maaf bukan peminat tegar)




Negaramu,negaraku jua!




Poland football fans




IMY !



selamat malam semua.mimpi gula-gula ^^v



Sunday, May 27, 2012

Tak salah sharing masalah..



Assalamualaikum 

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk meluangkan masa berbulatan gembira hari ini.

Hidup di sini rasa macam tak banyak bergaul.Pergi kelas tengok orang yang sama,balik rumah tengok housemates sama jugak.So what?Maksudnya kami ni memang tak ramai la orang-orang Malaysia kat sini.Tak macam Russia,or India and Czech.Jadi tidaklah pelik kalau ramai ajer orang Poland yang tak kawen lagi,erk,pilihan kurang kut ^^ ( just kidding)




Cerita bab masalah,hurm.Sharing masalah anda dengan orang lain tak salah.Masalah kalau dipendam dan disimpan tanpa berbincang untuk menyelesaikannya..tunggulah esok lusa pasti 'burst' hati anda itu.

We are humans.Memang fitrahnya manusia will depend on each other.Tak akan ada manusia yang dapat hidup sorang-sorang dalam dunia ini.Kalau ada,memang spesis lain la tu.

Memang manusia tak akan dapat menyelesaikan masalah kita tu,tapi setelah  berdoa ditambah air mata berjurai-jurai dalam setiap tadahan doa,terasa mahu bermusyawarrah dengan manusia (tak kisah la siapa pun).Mana tahu melalui mereka kita nampak jalan macam mana nak selesaikan.


bila ada masalah tengok langit  rasa tenang 






berhenti mengeluh


Berhenti mengeluh.Masalah yang ada menguatkan,bukan melemahkan......


Thursday, May 17, 2012

Now i love babies! dulu-dulu....


Assalamualaikum semua!

Harap semua dalam keadaan sihat.Okay? ^^

















Oh i love you like a love song babies! - from mama Nina

Aha!


Well,dua minggu kebelakangan adalah minggu kefokusan level 3 (sederhana maksima). Why? Sebab exams dua hari berturut ; biophysics dan polish.Minggu depan akan digandakan tahap kefokusan kepada level 4 ; exams biochemistry dan physiology pula.


Bukan nak  cakap pasal exams.I just want to tell that babies actually are so cute! Yes,sometimes they are so so so menyakitkan hati bila asyik nanges.Tapi percaya atau tidak dengan memandang muka mereka yang tulus lagi suci itu menyejukkan hati yang serabut ini.

Tak percaya? Pergi la try.


Waktu kecil-kecil dulu,sangatla tak berapa suka kat adik-adik.Terasa diri kurang kasih sayang sebab diaorang ada.Haha.Betapa tak mature ketika itu.Adik pun nak jealous.Lama-lama bila dah makin tua ni ( tua la sangat kan ),woah makin suka la dengan babies.Perubahan hormon mungkin.It is a feeling every girl should has in preparing her to become a mommy. I think it is normal.

But to mention here is,bila rasa serabut/bosan/muak mengadap buku.Saya akan menonton baby with cat,baby with dog,dan banyak lagi la.Then,hilang stress!

Opss,in addition,i love to do window shopping and baking too if i'm free. ^^

Sometimes i wish it would be really nice if one of  my housemates has a kid.Haha.Mengarut sungguh!


 From my lovely housemate.Menambah koleksi anak patung on  my bed


p/s: Keep fighting! Perjalanan masih panjang.





Thursday, May 10, 2012

Mari Belajar Al Fatihah dalam bahasa Polish


Assalamualaikum semua!

Bertemu kita lagi di alam maya,dan syukur dipanjatkan padaNYa kerana masih memberi peluang kepada diri yang tak seberapa ini untuk menulis.Dan bertuah kalian masih lagi hidup menyedut udara segar pada hari ini.-MUHASABAH sejenak ayuh!


Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca di luar sana translation surah Al-Fatihah in Polish language.Saya dapat from kawan saya aka housemate yang menjadi tenaga pengajar mengajar budak-budak Polish mengaji Al-Quran.Mereka mengajar hujung minggu.So,tak ganggu waktu kuliah dan lecture.



A001
                           Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

                                                  W imie Boga milosiernego i litosciwego



A002
        Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

                                                   Chwala bogu panu swiatow


A003

                                            Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

                                                      Milosiernemu i litosciwego

A004


                            Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

                                                                      Krolowi dnia sadu


A005
   Engkaulah shj (Ya Allah) Yang Kami sembah dn kpd Engkaulah shj kami                      
                                             memohon pertolongan

                                           Oto ciebie czcimy i ciebie prosimy o pomoc



A006

                                               Tunjukilah kami jalan yang lurus.
                                                             
                                                Prowadz nas droga prosta


A007

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Droga tych ktorych obdarzyles dobrodziejstwami,nie zas tych na ktorych jestes zagniewany
i nie tych torzy bladze










prosze oddyhac (sila tarik nafas)




candid during Polish class this morning!


Fuh,mengelap peluh di dahi.Makin naik tahun,makin banyak kena belajar.Adatla,kalau tak susah bukan namanya hidup kan?


Okay,selamat mencuba menggeliatkan lidah anda membaca translation di atas! ^^