Sunday, April 29, 2012

A day out in Krakow



Assalamualaikum semua!



like pasar malam in Malaysia 


Again! a week off from kuliah-ing.

Menurut perkiraan saya,ini cuti Spring yang kedua kalinya.Tiba-tiba rasa banyak holidays untuk bebudak university kat sini.Cuaca? Woah,it is HOT!




what a lovely day in the Jordana Park



Hari baik,cuaca baik.So,we chose to have a picnic and berbulatan gumbira in a park here.Sakina (my friend) suggested us Park Jordana.We went there by trem.Sampai sana,memang ramai orang.Macam-macam gaya ada.Most of them were enjoyed tanned their bodies. Berbikini pun ada lorhh


Tulip merah dan putih



Kagum.Kadang-kadang kagum dengan relationship among family members orang-orang Polish kat sini.Berpegangan tangan suami-isteri time jalan-jalan adalah perkara biasa bagi mereka.Kalau kita orang Melayu,memang lah tersangat janggal kalau suami-isteri pegang tangan jalan-jalan.Kalau shopping and eating,si suami lah yang akan take care of kids when wifey is doing shopping.Oh bahagia!


Some cultures Malaysians should cedok and ambil ^^







just finished bulatan gembira

                             Yesterday, i joined my roomate punya usrah.










Bubble tea.Never try before in Malaysia



Kulit ni hai tersangatlah sensitif.Kalau pakai lotion salah,makan tak jaga,main panas,siaplah..

and yes,balik aja rumah some red rashes appeared on may face.Berbedak sejuk semalamam.

hoho.

have a great day ahead everyone!


Friday, April 20, 2012

Thank you guys!

mata hatimu dimana?


Assalamualaikum semua.

Saat entri ini ditulis..sedang layan lagu winter sonata-from the beginning until now.Orang kata apa..ambil mood! cewaahhh makan nasik tiada kuah.*haha


Okay.Sejak seminggu yang lalu,rindu datang membuak-buak untuk orang-orang Malaysia khususnya.Family tu lain cerita.Hari-hari sakit rumah.Ehek!

Ini kerinduan untuk yang bukan family.SIAPA?

Cikgu-cikgu,(cikgu norizan,cikgu rozana and bla bla),kawan-kawan lama(ida,faten daud,dini,ezzah,siti,kirah,jimah,hara-hara,geng ALPK and bla bla) dan paling penting... sekolah la.MRSM KT and MRSM Gerik..opsss tak lupa saudara mara yang tolong saya before saya fly..qatrunada sekeluarga and bla bla


Di kesempatan ini saya nak ucapkan ucapan khusus tanda terima kasih buat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ini saat diri ini tiada apa-apa.Yang sudi mendengar celoteh,perangai yang entah apa-apa.Peace yo!


---------------@

Cikgu Nasir-thanks sir sebab ajar saya biology and make me understood apa yang ada dalam buku bio tu.Sebab saya lambat pick up facts nih.u inspire me so much sir actually

Cikgu Norizan n cikgu Wahida-thanks teacher sebab ajar chemistry in the easiest ways.thanks for helping me in my research about bunga telang.

Ezzah and family-ezzah!i was so glad because awak sudi tumpangkan saya rumah awak bila saya ulang alik KB-KT dulu-dulu.sayang awak.

Geng2 ku (faten,dini,siti,ida )-rindu nak lepak-lepak kat bilik korang.Study and dengar lagu together.And of course eating together with you all.

Geng ALPK-Kalian memang the best la.Eventhough me is the only one from bahagian utara,tapi cooperation among us memang salute.Rindu juga mahu jaga koop sama-sama dengan u guys.

Qatrunada and family-thaks pak long and mak long yang banyak tolong before fly,duit,laptop and etc.hanya Allah yang dapat balas budi kalian


Thank you sebab mencorakkan warna hidup ini dahulu.Pengalaman pahit,manis,masin,masam akan tersemat dalam diari hidup ini ( ayat bunga-bunga )


DAN kepada pihak yang tak disebutkan .....kalian jangan bimbang...kalian turut ada tempat yang istimewa dalam hati ini...*koff kofff


Setiap kali balik Malaysia kalau boleh mahu pergi melawat sekolah lama.Pergi balik ke kelas-kelas dan lalu koridor-koridor yang dulu pernah jadi laluan setiap hari.Last but not least kumpul semangat balik seperti dolu-dolu!


Oh yeah! All the best for the final examinations everyone.May Allah ease. ^^



Thursday, April 12, 2012

Nasihat vs Teguran

Apa marah-marah saya?Nak kena lempang? aisshh



Assalamualaikum semua. ^^


Pernah tak dengar hadis ni 


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.




Boleh check balik eh from buku Hadis 40 untuk tahu lebih lanjut tentang pengajaran-pengajaran hadis di atas.Apa yang saya nak isukan di sini adalah bab NASIHAT dan TEGURAN.

Ada orang kata,teguran adalah nasihat.Nasihat adalah teguran.Aik?Yang mana satu ni?

Menurut apa yang ustaz terangkan kepada kami.Dalam nasihat mesti ada unsur suci,islah dan hikmah.Kalau teguran,tiada unsur-unsur seperti itu


Contoh:

Dialog nasihat: ''Bad, ko ni baik la.tapi slack nyer ko ni merokok.Kalau ko berenti merokok,mesti lagi baik.''

Dialog teguran: "Bro,boleh tak ko berenti merokok?Aku tak tahan bau rokok tu.Kalau ko nak 
mati cepat awal2..silakan.aku takmau mati awal''


Amacam?Boleh bezakan dah sekarang?



MENASIHATI adalah SENI



Kita pergi ke bab kalau kita yang dinasihati orang pulak.Apa reaksi pertama kita?Konpem-konpem kita muncung seribu sambil marah-marah.Paling kurang pun 2-3 hari tak bertegur sapa.Dinasihati boleh terima agi,kalau ditegur...nak-nak ditegur direct,fuh! mau meletup rasanya.Betul tak?

Secara jujur,saya lebih suka dihantar memo,surat ke,private mesej berbanding face to face punya conversations.Tapi ada orang lebih suka bersemuka.Ikutlah keselesaan individu.Yang penting masalah selesai.Tapi zaman facebook sekarang,senang aja nak tunjuk kita tak puas hati.

Update status ala-ala marah dan komenla seberapa banyak kat situ!


Mari kita lihat sebab-sebab kita ni rasa cam sangaaaatla tak boleh nak terima nasihat.

1.Tiada ukhuwah dengan orang yang menasihati

2.Ada alasan tersendiri

3.Cara teguran

4.Ego

5.Sensitif

6.Nasihat terlalu berat

7.Tidak bersedia tinggalkan jahiliyyah

8.Tidak berlapang dada






Sebaiknya marilah kita sama-sama selak dan semak kita jenis yang macam mana bila tetiba ada orang tegur/nasihat.Adakah kita jenis yang cepat melatah cam mak Joyah  atau diam menikus cam tikus putih makmal!

 MENASIHATI itu adalah SENI. 

Friday, April 6, 2012

MEDIC is FUN ! siri DUA

Siapa takut jarum??mai mai nak cucuk! ^^


Assalamualaikum semua! Harap sihat-sihat dan segar bugar eh belaka?Apa?berat bertambah? Chill chill.Berat bertambah maksudnya anda ada duit untuk beli makanan! Bersyukur =)


sample darah kawan saya 

Buat pembaca yang tertanya-tanya apakah semua ini,meh saya saya nak habaq mai..ri Rabu lepas saya belajar tentang injection dalam subjek Medical First Aid..Asal kelas First Aid saya akan hepi hepi even mata sudah naik layu lagi kuyu. (ngantuk sebab petang).Kami belajar jenis-jenis injection dan how to inject.Yeay!


Awal-awal seram jugak tengok jarum,takut tercucuk diri sendiri.Hehe

practice makes perfect



Magda and Bettina with our lecturer



ini subcutaneous injection.45 degree kedudukan jarum



ini intramuscular injection.90 degree kedudukan jarum

solution need to be applied onto skin before giving an injection


flluid to be inserted into patient's blood vessel



Sekali try takkan cukup,kena praktis lagi lagi dan lagi.Kemahiran,teknik yang betul amatlah penting.SABAR untuk belajar dan SABAR bila buat kerja.



pulang ke rumah meredah hujan.seronok pulak rasa.hehe



             A man who is a master of patience is master of everything else.
                                                   George Savile 



Monday, April 2, 2012

we need to care!



Assalamualaikum semua!



lokasi: Metro Centrum,Warsaw


Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya.Insyaallah.Apa yang saya bawakan untuk post kali ini yer? 

Oh..just nak share salah satu aktiviti yang Ikatan Pelajar Islam Poland sertai baru-baru ini bertarikh 30 March 2012...iaitu Global March to Jerussalem.Bukan kami pi sana,kami join gathering di kawasan lapang berdekatan Metro Centrum..nak kata demonstrasi pun bukan..tapi ada la petition untuk orang ramai tanda tangan.



sungguh semangat!

nak tahu satu kisah? ehem.seminggu sebelum GMJ berlangsung,nak dijadikan cerita,kawan saya post satu video berkaitan GMJ di wall batch universiti kami...kami lupa yang batch kami ada la sorang mamat from Israel..uhuk!

Apa lagi,3 jam selepas itu,berlaku perang mulut antara mamat itu dengan seorang groupmate saya.Mujur groupmate back up kawan saya dalam komen-komen dia.Kami hanya dapat tahu berlaku pertengkaran selepas pulang from kelas Biochemistry..apalagi,admin group suruh la remove dan dia menegaskan selepas ini hanya post-post yang berkaitan akademik saja dibenarkan.Redha!



cantik akak polish ni =)

Tetapi,saya dan lain-lain sangat terharu dengan tindakan groupmate saya ini.Meskipun dia non-muslim dan asal dari Norway tetapi dia faham bahawa isu Palestin itu termasuk dalam humanity..tak macam mamat tu..ada ke patut komen like this

'' this is only terrorist agenda n bla n bla.this is not humanity n bla bla..'' (tak ingat sangat apa yang dia bebelkan)

Malam itu juga,kecoh isu ini among Malaysia students kat Warsaw..kami diarah untuk tidak terlalu bersemangat dan terlalu aktif sebab tujuan kami datang sini untuk belajar,bukan untuk terlibat dalam isu-isu macam ini.

Heh? ye la tu....hidup hanya study,makan,tidur dan enjoy la??

point to ponder!




Esoknya,kami berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku..padahal dalam hati sedikit takut.Alhamdulillah,mamat tu tak serang pun..sebab dia sendiri tak kenal siapa yang post kat facebook! Mujur! ^^


orang-orang turki.sorang tu mamat Malaysia yer? ;D

Sejak peristiwa itu,kami semakin berhati-hati dalam isu-isu bersifat sensitif seperti ini.Dalam masa yang sama kami semakin sedar bahawa dalam perjuangan menegakkan agama Allah,akan ada saja rintangan dan cobaan.Yang penting kesepaduan hati,tolong-menolong sangat sangatlah penting.Kalau kawan jatuh,back up dia.Jangan biar dia sorang-sorang.



hujan turun waktu petang

Dan satu lagi,dalam perjuangan,mungkin kita tak akan dibantu oleh orang-orang Islam sendiri sebab tak semua satu pikiran dengan kita.Jangan bersedih.Allah akan tolong.Mungkin Dia menghantar non-Muslim yang baik hati untuk menolong.Seperti yang terjadi dalam kes kawan saya ini.

ayuhhh! we care about our brothers n sisters!

Hidup bukan hanya tidur,makan dan bersantai..hidup punyai cabaran untuk dirungkai!

Wallahu a'lam