Sunday, February 26, 2012

Ya Allah aku serahkan urusan ini padamu.




Assalamualaikum semua

Dua hari yang lalu dan hari ini,saya rasa hidup ini macam gelap seketika.

Adik kedua (angah) dimasukkan ke ICU di Hospital Tuanku Bainun,Ipoh setelah diserang sawan ekoran demam malaria.Saya yang awalnya hanya menyangka demam malaria sudah sembuh sepenuhnya..tapi ditakdirkan Allah tidak begitu

Sekarang dia masih tak sedarkan diri,otak sebelah kanan is not functioning normally,bernafas pun guna tiub...dan sudah masuk 3 hari jugaklah saya dan kawan-kawan serumah baca Yassin.Tapi hari ini,dia still tak wake up.Dan saya tak mahu kehilangannya.Penuh pengharapan agar angah sembuh.
.


Al Quran teman terbaik kala duka lara

Hati siapa tak remuk kalau orang yang dia sayang dahulunya sihat wal afiat tiba-tiba jatuh sakit secara mengejut.Hati ini sebak,terkilan dan bercampur baur.Sudahla jauh..hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja..pikiran sejak 2 hari ini,sangat-sangat negatif.Hari pertama sampai kena paksa makan oleh kawan untuk makan,kalau tak saya memang biarkan perut ni kosong





Saya cuba cari kekuatan kembali dengan banyakkan baca Al Quran,dengar ceramah-ceramah Dr Asri,dan baca buku bertajuk Rahmat Disebalik Dugaan..kawan-kawan rapat tak henti-henti bagi nasihat dan suruh saya kuatkan semangat..kata mereka kalau saya tak kuat,bagaimana mahu teruskan hidup..angah mesti sedih kalau saya terlalu melayan perasaan sampai terabai hidup.Kalau dahulu saya yang banyak bagi nasihat kat kawan-kawan,kini saya mendambakan nasihat-nasihat mereka..kalau dahulu saya yang sering ketawa,kini mengharapkan orang lain ketawa di sisi saya..

saya cuba untuk kuat dan berusaha kembalikan diri saya yang dahulu.





Tapi bila fikir balik,Allah tak turunkan ujian ini dengan sengaja kepada kami sekeluarga bukan?Saya yakin ada hikmah pada masa depan.Saya kerap berdoa agar kami sekeluarga tabah untuk sebarang kemungkinan.

  ''Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini,dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini''

Kita semua kena sedar bahawa harta,pangkat,anak-anak,suami,isteri,keluarga bukanlah milik kita.Mereka adalah milik Allah.Allah pemilik sebenar.Allah hanya mengamanahkan kita dan meminjamkan mereka sekejap saja.Sampai masa Allah akan ambil semula semua yang Dia pinjamkan pada kita.Ketika itu,kita perlu merelakan kerana semua yang berlaku dengan izin Allah.



Big girl please don't cry baby.

      ''Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar''_( Al-Baqarah : 155)

p/s:Doakan angah sihat dan sembuh...berharap keajaiban berlaku.tapi kalau dia pergi dan kembali menghadap Ilahi,saya redha..saya tahu saya pun bakal ke alam sana juga.Sama-samalah kita ingat bahawa kematian makin dekat sebenarnya.


 Ya Allah aku serahkan urusan ini padaMU


Sunday, February 19, 2012

berkorban?atau terkorban?




Assalamualaikum semua.
moga semua sihat-sihat dan ceria selalu.



Isnin till Jumaat adalah week yang saya rasa uhuk.Tak cukup masa nak sedut oxygen,kunyah makanan macam nak tercekik,langkah seribu meredah salji tebal,celik mata tapi rasa cam nak usung saja tilam gi kelas sekali..okay,pliss stop.jalan cerita sangat over!




redah padang pasir mahu tak?hehe..

Ewah ewah kalau diminta beri komen tentang jadual hidup kita,ada saja komen-komen berbau negatif..lebih banyak tidak puas hati daripada komen-komen yang membahagiakan.Kenapa la yer?

Begitu juga kalau ditanya apa yang kau dah buat untuk sahabat/keluarga/masyarakat.Kita 
lebih banyak ceritakan apa yang kita buat untuk orang lain daripada orang lain buat untuk kita.Jarang kita dapat mengesan pengorbanan orang lain untuk kita. ''Asyik,asyik aku je yang buat kerja''
''Aku saja yang berkorban..dia tak pun..'' Lalu air mata pun mengalir berjurai-jurai dan maki hamun dalam hati.Eh..sungguh tak moleknya kelakuan macam itu.






Saya pernah terfikirkan satu soalan ni.Perlukah kita berkorban untuk kebahagian orang lain sehingga membiarkan diri kita terkorban?Betulkah lirik lagu berkorban apa saja nyanyian P Ramlee ...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini

haa..jawab...

dan hanya orang-orang yang merasakan diri pernah berkorban  untuk orang lain  sahaja mampu menjawab.Kitakah itu?

Berkorban untuk orang lain hanya dapat direalisasikan bila kita ada sekeping hati yang tulus dan murni tanpa memikirkan balasan daripada manusia di kemudian hari.hati kering tolak tepi.Ibu yang sanggup bangun tengah malam untuk menyusukan anaknya tak pernah marah anaknya bila menjerit tengah malam.Guru yang letih mengajar tak pernah mengeluh bila anak-anak murid kurang ajar dengannya.Bapa yang sering habis duit di hujung bulan tak pernah paksa anak-anak untuk cepat-cepat kerja sebab dia tak sanggup dah nak tanggung anak-anak.


Contoh-contoh di atas adalah individu-individu yang dalam sedar tak sedar pernah berkorban untuk kita.Itu yang kita nampak..yang kita tak nampak?

Begitu juga dengan kerja nak sampaikan kebenaran ni..nak sampaikan risalah-risalah Islam ni..setiap penyampai perlu bersedia untuk berkorban...'ber' kata kerja mahu..'ter' pula kata kerja tak sengaja..kalaupun terkorban bila melakukan tugas-tugas daie ini..pengorban-pengorban tak pernah merintih sakit pun..Hebat sungguh semangat pengorban-pengorban ini bukan?



Ini semua terasa indah bila mana tujuan itu untuk meraih redha Ilahi semata.Mahu masuk syurgaNya bersama ahli-ahli keluarga yang lain.Bilamana kalimat La ilaha illallah..Muhammadarasulullah tersemat kemas dalam hati,pasti para penyaksi kebenaran yang berada dalam jalan menyampaikan,membentuk dan melaksana tak kisah diri mereka terkorban kerana mereka memang sudah rela untuk berkorban asalkan kalamullah tersebar di merata tempat.Takkan wujud dialog-dialog berkeluh kesah langsung dalam kamus hidup..yang ada cuma helaan nafas letih sahaja.Dan kalaupun letih,mereka takkan hebohkan bahawa mereka sudah letih dan mahu resign..dalam keperitan terselit kebahagian..kebahagian tu pula tak semestinya diraih sekelip mata!



Ajaibnya!Subhanallah.


p/s: Aku menulis kerana rasa bukan kerana terpaksa....





Friday, February 10, 2012

mujur ada heater kalau tak



Assalamualaikum...

Moga ceria-ceria dan happy selalu kalian...dan paling penting hidup dalam redha Allah hendaknya.Insyaallah.



heater electric yang kami selalu guna time winter



Masuk kali ini,dah 3 kali saya terpaksa menukar portable heater saya dalam bilik.Pertama sekali rosak sebab heating elemen dia rosak..Kali kedua,fan dia tercabut!hee..ganas sungguh saya dan roomate kan?Dan untuk kali ketiga saya pun beli yang mahal sikit dan warranty yang lebih lama..kalau rosak,boleh tuntut yang baru.Nice!

Disebabkan sejuk yang melampau hari tu,suhu dalam -21 Celcius,kami duk merungut-rungut .sejuk la..malas nak keluar rumah la...then satu hari time tazkirah..kak naqibah saya cakap macam ni

''Mujur ada heater,kalau takda heater?'''
''Mujur ada rumah yang penebat haba,kalau takda rumah?''


heee.kami tunduk dan mata terkebil-kebil tangok carpet merah kat rumah dia.

INSAF!

Sebenarnya kakak usrah saya baru pulang dari Jordan,dia menceritakan betapa pelajar-pelajar di Jordan hidup seadanya dalam musim winter.Jauh sekali daripada kami di europe yang ada gas heater,rumah penebat haba,comforter tebal,air panas dan dll.

Mereka di sana air panas dahla kena tunggu lama baru ada,kalau habis,berebut-rebut la dengan kawan-kawan yang lain..rumah pula jenis yang summer house,memang sejuk la kan?
heater ada..tapi mereka hanya akan guna bila study..time tidur tutup..Jimat elektrik...jadi diganti dengan selimut tebal yang beratnya 9 kilo.Fuh! berat tu.





Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? '

Jadi,kita seharusnya berfikir dan muhasabah kembali..mungkin dalam kehidupan seharian,kadang-kadang terkeluar daripada mulut kita kata-kata seperti orang yang buta akan nikmat yang Allah beri.Ya kita manusia.Tapi manusia dikurniakan akal,untuk berfikir dan mencari hikmah apa jua yang terjadi.

Mungkin heater kita akan selalu rosak,tapi bersyukurlah yang kita pernah ada heater.Mungkin kita akan ada masalah keluarga,bersyukurlah yang kita masih punya ayah,ibu dan adik-adik.Mungkin anda tak suka tempat anda belajar sekarang,tapi bersyukurlah yang kini anda masih belajar bukan?Betapa ramai diluar sana yang teringin ada degree tapi tidak ada peluang mungkin ketiadaan wang atau masalah-masalah lain.





Saya hari tu duk list kenapa saya perlu bersyukur datang study kat sini walaupun perubahan musim yang kadang-kadang menyebabkan saya merungut sometimes

1.batch saya sikit.ya.tapi saya bersyukur dengan sikitnya kami,ini melatih kami untuk depend on ourselves more.so,kami akan kuat la kan?

2.studying medic in Poland tak sangat so strict seperti negara-negara lain.

3.orang-orang Poland baik.diaorang leh terima orang Islam di sekeliling diaorang sebab mereka dulu under jajahan komunis yang mengamalkan equality among them

4.Tukaran matawang zlotty takla banyak beza dengan ringgit Malaysia..so,kalau berbelanja tu tak rasa sangat mahal macam shopping kat Germany.Adess..pokai tengok duit euro melayang every time membeli!



Ya!bersyukurlah kita semua agar Allah menambahkan lagi nikmat ke atas kita semua.

Insyaallah~


Sunday, February 5, 2012

Melatih otak



Assalamualaikum semua

Semoga kalian sihat selalu.Winter break hampir tamat..ada lagi seminggu lebih berbaki.
Pejam celik pejam celik sudah beberapa hari saya tak update blog ini.

Semangat alhamdulillah semakin pulih...diri semacam bersedia nak masuk semester baru..eh ye ke? >.<

Tapi tetiba homesick pula menyerang..adesss...jadi saya pun melatih otak dengan..jeng jeng



buat video dan upload di you tube! hehe..baru beginner..ada salah silap tolong maafkan =)