Thursday, March 29, 2012

ada apa dengan MAAF?



Assalamualaikum semua!





                   " Maafkan saya..saya yang salah...harap awak boleh maafkan saya...''


MAAF. Satu perkataan keramat yang susah sangat nak diluahkan oleh kita semua!
Tambah-tambah bila kita rasa  

" aku yang betul..dia yang salah..asal aku pula nak minta maaf?''

''oh plisss,aku berada di pihak yang benar okay!'' 

dan bermacam-macam lagi ayat membela diri.





Ya! saya tahu...yang benar tetap benar,dan yang salah akan selamanya salah.Tetapi,kadang-kadang EGO yang membuak-buak dalam diri itu perlu direndahkan sedikit.EGO itu akan mengeruhkan lagi keadaan,EGO itu akan menjarakkan lagi ikatan dan EGO itu juga bakal memakan diri sendiri.

Siapa makhluk yang ego atas muka bumi ini? Perempuan? Lelaki?

Oh..rupanya IBLIS lebih dahulu EGO.....kerana EGO dan merasakan dirinya lebih mulia berbanding Nabi Adam,tidak mahu sujud kepada Nabi Adam,lalu dicampakkan keluar dari syurga. Dan kini manusia pula ramai-ramai mewarisi satu sifat iblis itu.





Kita manusia tiada yang sempurna.Nobody is perfect.Tapi tak salah untuk berusaha menjadi sempurna.Tak salah sama sekali.Tapi,jangan pernah menganggap pabila kita punya kedudukan,punya kuasa,sedikit berharta,maka cakap kita saja yang betul! Semua orang salah,lebih-lebih lagi orang yang kurang daripada kita.

Hentikan.

Hakikatnya,awal kita lahir ke dunia tanpa ada apa-apapun..dan bila mati kelak,kita pergi membawa amal masing-masing mengadapNYA





Jadi,jika merasakan kita ada berbalah,kutuk dan sewaktu dengannya..maka eloklah saling bermaafan meskipun kita berada di pihak yang benar.Benar atau salah itu tidak penting.Yang penting urusan kita dengan manusia selesai.

Selesaikan semuanya di dunia lagi..takut nanti di mahkamah Allah nanti kita tak sanggup nak berdepan.




p/s : moga apa yang berlaku lebih mematangkan diri.Sekian.

Sunday, March 18, 2012

permaisuri hatiku!


Assalamualaikum semua!






Kalau lama tak telefon mak,lama tak dengar suara mak..buat kerja tak tenang,baca buku tak masuk.

hati ni resah gelisah..ada sesuatu yang hilang..saya selalu sembang dan luahkan apa yang terbuku kat hati kepada mak lebih kepada abah..mungkin sebab tu kot.....

Tapi nak dikatakan kat sini,kalau saya kat sini sakit,demam atau sedih..esok lusa adalah mesej dari Malaysia from mak...


''Akak sihat?moga study okay semuanya.''

 saya berkata dalam hati..

''mak aku macam tau-tau aja aku tengah sakit/mood down giler''



Hujung minggu saya akan call dan banyaklah kisah-kisah yang keluar from mulut emak.Saya akan bertanya perkembangan adik-adik.Study diaorang,kenduri-kendara kat kampung  and bla bla..Hati yang tak tenteram tadi,akan beransur-ansur hilang..mula tenang..

Subhanallah...AJAIB sungguh!Suara mak mampu menghilangkan resah gelisah ini.






Saya fail,saya pass exams,mak yang akan diberitahu dahulu..abah tak tanya banyak sangat..jarang sekali saya nak luahkan kat abah.

Mak lain..saya suka siapa,orang suka saya,,semua saya bagitahu..then,dia lah yang akan komen banyak..kalau kat dia berkenan,so lulus la orang tu.Ehe!



Di hujung talian,mak akan selalu sebut


"Love u akak,miss u"






yer mak,Nina love u and miss u more!

Saturday, March 17, 2012

YEAY!!medik makin seronok!

ASSALAMUALAIKUM semua!


awal2 tahun kedua masam giler!





hujung tahun kedua makin senyum!



KENAPA?







Sebab bila dah masuk semester keempat ni,saya dah start praktikal di hospital instead of belajar teori semata-mata.Mengadap buku aja sangatlah tak best!Kita nak jugak praktiskan apa yang dah belajar kan?So,bila dah start pratikal apa yang da belajar..makin seronok!!!hehe


Kelas Medical First Aid di awal-awal tahun,amatlah boring.Menyalin nota aja kerja dia.Lepas tu tersengguk-sengguk.Erk! *jangan tiru aksi ini


Kini,tidak lagi,setiap kali kelas,saya akan pastikan mata sentiasa segar dan fokus apa yang doktor ajar.Kalau tak tahu cepat-cepat tanya,walaupun hampir tergeliat lidah nak berenglish sokmo.


Chest compression on adults

First of all,bila tengok orang tiba-tiba pengsan tepi jalan,pastikan keadaan selamat..anda selamat,dia pun selamat.Jerit mintak tolong dan telefon ambulans.

Kalau accident,jangan gerakkan pesakit too much,takut ada kecederaan tulang belakang.Gerakkan slow2.Tanya dia okay or not.If not response..

Follow rules A,B,C..iaitu airways,breathing,and circulation

1.Check saluran pernafasan..kalau ada makanan or benda asing dalam mulut..keluarkan daripada mulut

2.tengok dia bernafas or not,by looking at turun naik dada,feel the breathing by letakkan pipi to his/her mouth

3.kalau bernafas,letak dia dalam recovery position..bagi rehat..tunggu ambulans sampai.

4.Kalau tak bernafas,untuk orang dewasa..terus buat CPR..chest compression 30 kali dan rescue breathing 2 kali..teruskan sampai ambulans sampai..atau sampai anda letih,atau sampai dia bernafas balik



untuk bayi lain sikit



kalau untuk bayi yang tiba2 tak tak bernafas,atau anda2 check bayi tu pengsan serta tak bernafas,,bagi 5 times rescue breath..then,chest compression 15 kali dan 2  rescue breath..ulang sampai bayi bernafas kembali atau sampai anda letih atau sampai ambulans sampai




HUH!..macam susah kan?Tapi takpa..bila dah praktis banyak kali..mesti tak cuak punya.

hehe..hope so!


p/s:minggu depan belajar benda baru pulak! ^^

Tuesday, March 13, 2012

Root Canal Treatment tu apa kebenda?



Assalamualaikum semua!
ahhh...sakit gigi.






Tu la..orang tua-tua kata,prevention is better than cure.Kalau dah sakit dan baru nak cure,memang parahla sikit.Uhuk!

Before fly,saya pi tampal dua gigi yang berlubang.Yelah,nak fly..kena buat medical check up.So,pergila jumpa dentist.Swasta pulak tu.Mahal sikit.Tapi,nak dijadikan cerita,tampalan tu tercabut balik.Tak tau la kenapa,makanan Poland keras macam batu ke?or saya yang tak reti jaga gigi?Rasanya,tiap-tiap malam before tidur berus gigi and sayalah yang tak makan manis dalam rumah ni.Pening-pening.







Diri ni sebenarnya malas nak pergi jumpa dentist kat Poland.Mahal la,sibukla nak study,takda masa la n bla bla.Kalau sakit tengah-tengah malam,saya rela telan 2 bijik panadol dan tidur!Esok pagi lega.Punya la malas.Haha.Tapi ada satu malam,time kami duk sibuk-sibuk makan kat dinner,gigi saya buat hal.Sakit tak terkata.Makanan tolak tepi.Painkiller terus saya telan and rasa nak menjerit sebab sakit sangat kot.Saya nekad esok buat appointment!hehe..Baru la nak cari dentist.


Hari Isnin lepas kelas,saya membawa diri dan gigi yang dah tak sakit pi la klinik..nama klinik tu Klinik Promed.Agak jauh from rumah.almost one hour jugakla naik tram.Okay first appointment gigi saya di x-ray.Doktor Polish,perempuan muda and baik hati.Cakap pun lembut aja.Dia cakap saya punya decay dah worst.Kena buat treatment.Nama dia Root Canal Treatment.

Saya yang taktau apa2..buat2 faham dan tanyala dua-tiga soalan.Nak tanya banyak malu.Balik rumah terus google.Tu dia eh..ni yang saya dapat search.



sila search tuk image yang clear.^^


Mula-mula dia x-ray gigi and nak tau ada inflammation or not.Daripada x-ray tu,dia tau la apa nak buat.Lepas x-ray,dia buat temporary filling.Kena bius jugak.Sampai tiga kali,sebab saya duk kata sakit.Hehe.Kebas sebab bius tu tunggu 2-3 hours baru hilang.

Next meeting,dia remove temporary filling and masukkan gutta percha.time ni ubat bius tak diperlukan,cuma kalau sakit bolehla nak bius sikit.Sejam jugakla nak masukkan gutta percha ni.Ades.

contoh x-ray gigi 

Dah tiga kali duk ulang-alik pi klinik.Naik bosan jugak,tapi memikirkan kesihatan lebih penting,redah ajala,tak jauh pun klinik from rumah.Cuma bila pi klinik adala lecture yang terpaksa ponteng!Orang kat Malaysia cakap,RCT ni mahal sangat kalau kat swasta,tak sure la berapa,kalau nak buat kat government,siap beratur list name.Sakit berbulan-bulan baru dapat treatment?hoho.Tak sanggup diri ini nak menanggung sakit gigi berbulan-bulan.


p/s:minggu depan pi lagi..buat crown pulak.
jumlah bayaran terkumpul
x-ray:90 zlotty
filling:119 zlotty
gutta percha:360 zlotty

crown??hurmm..berapa la agaknya eh nak kena bayar tuk next appointment?


Sayonara Jahiliyyah





Assalamualaikum semua





Alhamdulillah selesai sudah satu program anjuran IPIP (ikatan pelajar islam poland) hujung minggu lepas bertajuk Sayonara Jahiliyyah dan tafsir Surah Al-Kahfi.Saya selaku AJK kecil-kecil aja untuk program kali ini. ^^


Pada mulanya agak pening untuk akak-akak senior tentukan program untuk adik-adik.Yalah kita tkmau mereka terkejut dan rasa terbeban dengan program-program Islamik.Takut dikatakan memaksa pula.Tapi,setelah musyawarrah,semua setuju untuk adakan program SJ instead of Shahadatul Haq.(SH coming soon)

Pada hari pertama,penyampai iaitu kak Naqlis bagi pembentangan tajuk SJ,Ilmu,Fikrah.
Sepanjang persekolahan kita dahulu,sungguh banyak ilmu yang kita dapat.Ilmu agama tu kalau nak ditanya,most of us boleh jawab dan bagi hukum-hakam dengan betul.Tapi sayang dengan ilmu yang banyak itu,tak mampu melahirkan insan-insan yang mampu berfikir yakni miliki fikrah Islam sebetulnya.Ada ilmu tak semesti ada fikrah.Ada fikrah sudah pasti ada ilmu.Right?






Bercakap soal Jahiliyyah,apa maksud  Jahiliyyah tu?
Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Dari segi istilah jahiliah bermaksud tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban tamadun, masyarakat yang kurang dari sudut ilmu dan tidak berakhlak.
Istilah Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Saba' sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Jangka masa zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M sehingga 610 M. Zaman jahiliah juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab jahiliah tidak menyembah Allah malah kebanyakan mereka menyembah berhala.



Kita rasa kita sekarang bukan Jahiliyyah kan?Zaman teknologi tinggi beb.Jahiliyyah apa ke bendanya?Tapi..sedar tak kita sebenarnya dah buat apa yang masyarakat Arab Jahiliyyah dulu buat.Contoh?

1.bunuh anak  perempuan
-orang zaman kita agi dasyat..bayi lelaki or perempuan dah tak kisah dah.semua duk buang masuk tong sampah

2.arak
-sikit-sikit kalau tension,arak di tangan.bak kata orang,bagi panas badan.

3.hiburan melampau
-akademi tu,akademi ni,filem ombak la,filem hantu la,lambakan lagu-lagu berkisarkan dunia semata

4.dan banyak lagi


see,who said yang kita BEBAS daripada unsur-unsur jahiliyyah?sorry man!kita masih ada sisa-sisa jahiliyyah!saya pun sama.Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini.Sebab apa kita nak bebas daripada jahiliyyah ni?






sebab kita nak sama-sama merasai manisnya....manisnya IMAN!





Macam mana eh nak keluar daripada perangai Jahiliyyah tu?Nah di bawah adalah solusinya iaitu 10 muwasaffat tarbiyyah.Kita nak berubah..tapi taktau macam mana nak mula.Berubahla slow-slow.Tinggalkan sikit-demi sedikit perangai-perangai buruk yang kita nak buang tu.Jangan drastik.Takut-takut tak istiqamah (berterusan).Jangan hari ini putus couple.Esok rasa rindu,sambung balik.Nak putus putuslah betul-betul.Macam kartun la pulak!







p/s:Takkan lari gunung dikejar,hilang kabus tampaklah ia.Sejauh mana kalian berlari menjauhkan diri,andai tersurat,digarisan takdir kalian bertemu ^^

Thursday, March 8, 2012

dia pergi dulu daripada aku.


Assalamualaikum semua...

Diharap semuanya dalam sihat sejahtera..i want to say soooo sorry...lama tak update blog..kalian tahukan,angah dah pergi tinggalkan kami..angah menghembuskan nafas terakhir dah selamat dikebumikan 27 februari yang lalu.


I called angah as Noni (nama panggilan keluarga).





Untuk menyebut arwah Noni..pada awalnya sangatlah pelik.walaupun dia dah takda,memori,senyuman,dan suara angah tetap segar dalam ingatan ini.Seolah-olah dia masih ada dan menjalani hidup seperti biasa.Tapi...

Saya mengambil masa agak lama untuk set mind dan pulih selepas insiden ini.Hari first,memang otak ni tak boleh nak fikir apa...air mata ni senang sangat nak tumpah..tambah-tambah lepas solat.Hanya Allah saja yang tahu betapa sebaknya hati lepas telefon mak abah di kampung..Mereka suruh saya tabahkan hati..Redha dan fokus study saya.Terkilan satu hal.Terkilan sebab takda di sisi arwah saat dia  sedang bertarung dengan hidup dan mati.






Macam tu la saya untuk 3 hari lepas tu..bukannya nak nangis..tapi..bila duk sorang-sorang,senang sangat syaitan nak cucuk-cucuk hati ni.Dahla hari Jumaat tu ada exam Biochemistry dan hari Selasa ada Physiology...dengan emosi tak stabil kalian tahu jela macam mana preparation saya untuk 2 exams tersebut.

Satu malam bila saya sedang study Physiology..hati ni tetiba sebak sangat.Belek buku macam tak masuk apapun.Dalam fikiran,banyak sangat yang saya fikir.Masa depan,adik-adik,mak abah and bla bla.So,saya nangis je la.Hee..



.


Roomate saya yang menjadi teman pendengar setia pelik dengan saya yang tiba-tiba nangis kat meja study.Dia tanya.Saya jawab.

Ayah dia meninggal time form 5 sebab serangan jantung.


''Na,orang faham apa yang Na rasa sekarang. Na jadi macam ni sebab adik Na meninggal.Ye memang susah nak buat dan ceria macam dulu.Tapi tolong ingat..jangan jadikan kematian orang yang kita sayang sia-sia.''

Saya balas

''Orang bukannya nak nangis,,tapi banyak yang orang fikir..tanggung jawab tu rasa berat sangat..risau fikir masa depan adik-adik.Mak abah pun harapkan orang.Kalaulah nanti orang pergi dulu..''

Fisza jawab

"Na,masa depan tu misteri.Kita tak tahu apa yang akan jadi.Kalau Na rasa risau pasal rezeki,ingat yang rezeki tu Allah dah tetapkan untuk Na dan adik-adik.Jangan pernah rasa sebab kita,keluarga kita akan bahagia,itu semua Allah yang bagi.Mengadu pada Allah,Dia lebih tahu,,kalau orang cakap banyak pun,orang tak tahu nak cakap apa dah.Insyallah Dia aja yang boleh bagi Na tenang''

Malam tu saya nangis semahu-mahunya..Luahkan apa yang saya rasa pada Pemilik hati ini.



Saya ada daurah ritu..dan suka ayat ini

surah al-baqarah ayat 214

Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai ujian)  sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata "bilakah datang pertolongan Allah?" dan ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat


saya suka juga hadis ini

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

''Orang yg sgt bnyk mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yg lebih dekat 

darjatnya kepda mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kpda agamanya.Jika 

sangat kuat dlm beragama,maka sgt kuat pula ujian yng menimpanya,bila lemah dlm 

agamanya,maka diuji oleh Allah sesuai dgn tingkatan ketaatan pda agamanya.Demikianlah 

ujian itu sentiasa ditimpakan kpd seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi 

dalam keadaan tidak berdosa'' 

(HR.Tarmizi)


p/s:Benar.Bahagia itu datang dalam ketaatan.To Fisza,malu rasa asyik nangis depan 

awak.

AL FATIHAH to arwah Noni.