Tuesday, March 13, 2012

Root Canal Treatment tu apa kebenda?



Assalamualaikum semua!
ahhh...sakit gigi.






Tu la..orang tua-tua kata,prevention is better than cure.Kalau dah sakit dan baru nak cure,memang parahla sikit.Uhuk!

Before fly,saya pi tampal dua gigi yang berlubang.Yelah,nak fly..kena buat medical check up.So,pergila jumpa dentist.Swasta pulak tu.Mahal sikit.Tapi,nak dijadikan cerita,tampalan tu tercabut balik.Tak tau la kenapa,makanan Poland keras macam batu ke?or saya yang tak reti jaga gigi?Rasanya,tiap-tiap malam before tidur berus gigi and sayalah yang tak makan manis dalam rumah ni.Pening-pening.







Diri ni sebenarnya malas nak pergi jumpa dentist kat Poland.Mahal la,sibukla nak study,takda masa la n bla bla.Kalau sakit tengah-tengah malam,saya rela telan 2 bijik panadol dan tidur!Esok pagi lega.Punya la malas.Haha.Tapi ada satu malam,time kami duk sibuk-sibuk makan kat dinner,gigi saya buat hal.Sakit tak terkata.Makanan tolak tepi.Painkiller terus saya telan and rasa nak menjerit sebab sakit sangat kot.Saya nekad esok buat appointment!hehe..Baru la nak cari dentist.


Hari Isnin lepas kelas,saya membawa diri dan gigi yang dah tak sakit pi la klinik..nama klinik tu Klinik Promed.Agak jauh from rumah.almost one hour jugakla naik tram.Okay first appointment gigi saya di x-ray.Doktor Polish,perempuan muda and baik hati.Cakap pun lembut aja.Dia cakap saya punya decay dah worst.Kena buat treatment.Nama dia Root Canal Treatment.

Saya yang taktau apa2..buat2 faham dan tanyala dua-tiga soalan.Nak tanya banyak malu.Balik rumah terus google.Tu dia eh..ni yang saya dapat search.



sila search tuk image yang clear.^^


Mula-mula dia x-ray gigi and nak tau ada inflammation or not.Daripada x-ray tu,dia tau la apa nak buat.Lepas x-ray,dia buat temporary filling.Kena bius jugak.Sampai tiga kali,sebab saya duk kata sakit.Hehe.Kebas sebab bius tu tunggu 2-3 hours baru hilang.

Next meeting,dia remove temporary filling and masukkan gutta percha.time ni ubat bius tak diperlukan,cuma kalau sakit bolehla nak bius sikit.Sejam jugakla nak masukkan gutta percha ni.Ades.

contoh x-ray gigi 

Dah tiga kali duk ulang-alik pi klinik.Naik bosan jugak,tapi memikirkan kesihatan lebih penting,redah ajala,tak jauh pun klinik from rumah.Cuma bila pi klinik adala lecture yang terpaksa ponteng!Orang kat Malaysia cakap,RCT ni mahal sangat kalau kat swasta,tak sure la berapa,kalau nak buat kat government,siap beratur list name.Sakit berbulan-bulan baru dapat treatment?hoho.Tak sanggup diri ini nak menanggung sakit gigi berbulan-bulan.


p/s:minggu depan pi lagi..buat crown pulak.
jumlah bayaran terkumpul
x-ray:90 zlotty
filling:119 zlotty
gutta percha:360 zlotty

crown??hurmm..berapa la agaknya eh nak kena bayar tuk next appointment?


No comments:

Post a Comment