Sunday, September 23, 2012

musim luruh dalam jantungku (translate)


Assalamualaikum....


Bertemu kita lagi di alam maya...saya penulis dan anda pembacanya.Makin hari makin sejuk kat sini,dah nama pun hujung bulan September ; dah nak musim luruh..orang putih kata autumn...nak lagi glamour ala-ala korea,autumn in my heart.Translate ke bahasa melayu,akan bertukar kepada musim luruh dalam jantungku..eh tak betul?betul la tu..heart kan jantung!




Orang tua-tua lebih-lebih lagi di kampung saya iaitu Kampung Jong dan kampung2 yang sama waktu dengannya,sangat menantikan musim kemarau.Ini kerana waktu kemarau makin banyak susu getah dan makin banyak ongkos masuk.ehek!.Meskipun musim kemarau dikaitkan dengan panas dan ramai orang tak menyukainya akan tetapi suatu rahmat bagi penoreh-penoreh getah.Dan nak tahu tak,saya tabik spring toing toing kepada anak-anak muda yang mahu dan pandai menoreh getah ni......kerana





Sebab pertama : Anak-anak muda sering dikaitkan dengan moto hidup enjoy..bekerja di ladang menyekat kehidupan enjoy.

Sebab kedua: Getah yang telah beku busuk baunya..hanya yang tegar dan tahan saja sanggup.Nak nak bila bau tu melekat biarpun dah mandi. *macam ada pengalaman je..hehe..rahsia ^^

Sebab ketiga: Sanggup menahan cakap-cakap orang luar yang mungkin menggelarnya 
 Leman si penoreh getah,Meon si tukang kebun dan macam-macam lagi di saat kawan-kawannya yang lain mungkin menjadi kontraktor berjaya,peguam,askar


sebab yang lain anda boleh senaraikan sendiri..peace :)







Anda nak tahu satu-satunya barang di Poland bercop made in Malaysia setakat ini yang saya  nampak depan mata kepala adalah sarung tangan getah kegunaan di hospital-hospital..tak tahulah nak rasa tersangat bangga atau sedikit bangga.tapi banggalah jugak..

Makanan-makanan seperti perencah tomyam,pes kari hijau,pes kari merah,serai,cabai merah yang dijual di Asian Shop kebanyakannya dari negara jiran kita..siapa lagi kalau bukan Thailand..kalau orang Malaysia bukak kedai sini mesti laku.Kedai kebab dari Turki dan kedai Vietnam/Thai dah bagai cendawan tumbuh selepas hujan kat sini.Boleh je orang-orang Polish telan makanan spicy.Siapa kata omputih tak boleh makan pedas?















credit to encik google.....>.<

Dalam kesibukan suka suki masuk lembaran baru aka semester baru di musim luruh ni..hati kecik yang dari dulu kecik terusik juga bila mengenangkan arwah angah yang meninggalkan kami bulan dua yang lalu....



Sofea (adik nombor 7) di tepi pusara angah 


"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)


Friday, September 14, 2012

glamourkah baju putih itu?

                  Assalamualaikum

         Bertemu kembali kita yer.setelah lama gilaaaa tak hapdate belog ini.Rasanya hampir 3 bulan tak update apa-apa. Almaklum,bila balik Malaysia kita gunakan masa yang terluang dengan family techenta,pergi praktikal kat sepital,cuti-cuti Malaysia,jalan-jalan cari makan dan tidak lupa melawat orang-orang kampung (ala-ala YB gituu)


        Dua minggu terakhir sebelum masuk semester baru saya isi dengan attachment kat hospital Banacha selama seminggu (tolak tambah 5 hari ja.haha).Tiga minggu  attachment dah buat kat Hospital Gerik masa balik Malaysia haritu.Every year kami dikehendaki buat praktikal selama sebulan di mana-mana hospital yang kami mahu.Kiranya macam praktiskan apa yang dah setahun belajar.Tahun pertama adalah nursing.Tahun kedua adalah di out patient department and laboratory.Hari ini adalah hari last praktikal di hospital Banacha.Done!Cukup sebulan.Di Banacha Hospital, saya dan dua orang kawan  praktikal di department of general and thoracic surgery.

*nak buat kat out patient...tapi tak fasih Polish sangat.sobs.sobs.

     
   Bercerita tentang pengalaman praktikal memang tak kering gusi la.Lain padang lain belalang.Lain hospital lain la pengalaman...gituuu..apapun,disebabkan blog ini adalah medium menceritakan hal ehwal saya sepanjang di sini (Poland ) eloklah habaq mai apa suasana disini.ye tak?



tingkat 5 ;department of general and thoracic surgery

Pengalaman hari pertama :

Knok! Knok! *ketuk pintu bilik sekretariat (secretary)

Pintu pun terbuka...ada seorang pak cik pakai kot putih sapa kitaorang..taktau la doktor atau tak.

kami :dzien dobry. (good morning)
pak cik: dzien dobry..
shikin: czy mowisz po angielsku? (can you speak english?)
pak cik: yes..what can i help you?
pak cik hulur tangan nak salam..

kami semua geleng kepala.. and one of us said..

fisza:i'm sorry.we don't...sambil geleng kepala lagi..
pak cik: oh..i see..okay..maybe KISS?

what???

haha..kami bertiga buat muka toya dan kerut-kerut dahi..dalam hati memang gelak gila dah.aduhai~


Pengalaman hari kedua :

   Doktor yang guide saya iaitu pani doktorze Jerzy Leczczynski ni bukan hanya setakat surgeon..tapi doktor yang baik hati to his patients.Ada la satu masa ni...dia tolong potong roti kat sorang mak cik waktu ward round pagi-pagi.Fuh..ada ke doktor yang sanggup meluangkan masa 3 minit potong roti untuk pesakit dia waktu ward round so far?hurmm.. *tersentuh


  Saya paling suka bila dia cakap..''yes,you can go home now.enjoy your holiday''..
Memang pun..sebab saki baki cuti pun tinggal berapa hari je lagi.


Pengalaman hari ketiga :

  Doktor saya haritu handle operation.so kitaorang pun follow la dia masuk operation theatre. (OT).Sebelum masuk OT tu kitaorang kena tukar baju yang khas untuk masuk ke sana.

mak cik: sukienka? (mak cik tunjuk kat baju hijau utk masuk ke OT)
ckin: tak..tak.. (ya..ya)
mak cik: (hulurlah baju kpd kami 3 org)
ckin: poprosze spodnie? (nak seluar)
mak cik:nie..nie (xde..xde..)
ckin: xde seluar ke? (brtanya pd na)
na:dlu masuk ad..

ckin: przepraszam pani..poprosze spodnie.. (dgn suara yg ala2 merayu n nak nangis,hakhak)
mak cik: dziewczynki!! (girls!!) (dah bulat mata mak cik,sambil g ambik sluar)
mak cik: (lps g ambik seluar) ale duzo..(tapi besar)
ckin,na,hafisza: bardzo dobrze!!!!! (sangat xpe!!!)

*copy paste status kawan di facebook pasal kejadian

hehe..tak dapat bayangkan hari tersebut kalau just pakai dress tanpa seluar.Alamak! macam Mr Bean la kan?Then senior pesan lainkali prepare legging,inner hitam longgar untuk masuk OT...in case diberi dress saja sekali lagi.noted!


one two three..cheeseeee..


Pengalaman hari terakhir:

  Disebabkan hari last posting kat department tu..so saya pun beramah mesra and tanya banyak la soalan kat pani doktorze tu..saya nak tahu sangat apa yang motivate dia untuk stay cool dalam kerjanya.

''doctor,urm..how do you motivate yourself at work?and how do you manage your busy schedule?

 ''how?''
''well,i'm a man...and also a married man.i have a family.i need to work.work..and work.sometimes when you have so many things to do..you don't even care to get some rest.''
''but..i do spend time with my family''

lebih kurang macam tu la perbualan kami.....

kemudian dia sambung cerita pasal isteri dia (seorang doktor juga..nephrologist),tentang dia yang upah cleaner untuk bersihkan rumah..pengalaman dia bercuti di France...dia juga ada bertanya macam mana lelaki kat Malaysia layan isteri diaorang..

saya pun katalah...tak smestinya perempuan kena ikut saja kata lelaki..kami boleh saja keluar bekerja and jadi apa yang kami mahu..ada je perempuan yang jadi surgeon and pakar2 lain..tapi ramai yang prefer jadi cikgu,pensyarah,jururawat etc..bergantungla pada pasangan tersebut nak tolerate macam mana.

tapi ayat saya yang saya rasa nak tergelak bila dia tnya

'''i've heard Malaysia and Indonesia are developing country?''

''yes.they are''
''and our prime minister is trying so hard to improve our country.''

memang patriotik habislah bila bagi jawapan macam tu.nak tergelak pun ada...tak sia-sia JPA taja bak kata kawan saya.. *big smile












glamourkah bila pakai kot putih?



With great power comes great responsibility-Spider Man