Sunday, September 23, 2012

musim luruh dalam jantungku (translate)


Assalamualaikum....


Bertemu kita lagi di alam maya...saya penulis dan anda pembacanya.Makin hari makin sejuk kat sini,dah nama pun hujung bulan September ; dah nak musim luruh..orang putih kata autumn...nak lagi glamour ala-ala korea,autumn in my heart.Translate ke bahasa melayu,akan bertukar kepada musim luruh dalam jantungku..eh tak betul?betul la tu..heart kan jantung!




Orang tua-tua lebih-lebih lagi di kampung saya iaitu Kampung Jong dan kampung2 yang sama waktu dengannya,sangat menantikan musim kemarau.Ini kerana waktu kemarau makin banyak susu getah dan makin banyak ongkos masuk.ehek!.Meskipun musim kemarau dikaitkan dengan panas dan ramai orang tak menyukainya akan tetapi suatu rahmat bagi penoreh-penoreh getah.Dan nak tahu tak,saya tabik spring toing toing kepada anak-anak muda yang mahu dan pandai menoreh getah ni......kerana





Sebab pertama : Anak-anak muda sering dikaitkan dengan moto hidup enjoy..bekerja di ladang menyekat kehidupan enjoy.

Sebab kedua: Getah yang telah beku busuk baunya..hanya yang tegar dan tahan saja sanggup.Nak nak bila bau tu melekat biarpun dah mandi. *macam ada pengalaman je..hehe..rahsia ^^

Sebab ketiga: Sanggup menahan cakap-cakap orang luar yang mungkin menggelarnya 
 Leman si penoreh getah,Meon si tukang kebun dan macam-macam lagi di saat kawan-kawannya yang lain mungkin menjadi kontraktor berjaya,peguam,askar


sebab yang lain anda boleh senaraikan sendiri..peace :)







Anda nak tahu satu-satunya barang di Poland bercop made in Malaysia setakat ini yang saya  nampak depan mata kepala adalah sarung tangan getah kegunaan di hospital-hospital..tak tahulah nak rasa tersangat bangga atau sedikit bangga.tapi banggalah jugak..

Makanan-makanan seperti perencah tomyam,pes kari hijau,pes kari merah,serai,cabai merah yang dijual di Asian Shop kebanyakannya dari negara jiran kita..siapa lagi kalau bukan Thailand..kalau orang Malaysia bukak kedai sini mesti laku.Kedai kebab dari Turki dan kedai Vietnam/Thai dah bagai cendawan tumbuh selepas hujan kat sini.Boleh je orang-orang Polish telan makanan spicy.Siapa kata omputih tak boleh makan pedas?















credit to encik google.....>.<

Dalam kesibukan suka suki masuk lembaran baru aka semester baru di musim luruh ni..hati kecik yang dari dulu kecik terusik juga bila mengenangkan arwah angah yang meninggalkan kami bulan dua yang lalu....



Sofea (adik nombor 7) di tepi pusara angah 


"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)


1 comment:

  1. haha..sorry baru ada kesempatan nak baca..sume nak translate ke bm skrg nih..cm inche gabbana pon ye jgk..

    ReplyDelete