Tuesday, January 31, 2012

semangat la sikit weh!


Assalamualaikum...

Saya kalau tak ada kerja memang suka memerap dalam rumah.Berkurung dalam rumah merupakan perkara paling best.Kalau nak diikutkan hati,nak berselimut 24 jam,makan selalu dan mengadap laptop je..

Tapi bila fikir-fikir balik,kalau asyik macam itu..sangatlah tidak produktif!Kadang-kadang marah dekat diri sendiri.Tak tahu mana tak kena bila semangat kini makin menurun.Hai?Makin bertambah umur makin hilang semangat?Kalau macam itu..habislah saya.Tak leh jadi ni..

Semangat yang kuat dolu-dolu makin lama makin hilang..tenggelam dalam kesejukan winter..eh?




Then,saya tahu sebabnya!

Saya sudah tidak lagi bercakap dengan diri sendiri depan cermin.Bunyinya macam saiko kan?Tapi itulah salah satunya cara untuk menaikkan balik motivasi diri..Masih ingat lagi..zaman sekolah menengah dulu,setiap pagi..saya akan mengadap cermin besar dalam bilik air.Mula-mula senyum dan cakap kat diri "Nina,semangat okay hari ini.Fokus.''.Punya la semangat kan?haha.Tapi memang berkesan .Wa cakap sama lu.


Bila dah naik uni..sibukla kononnya kan (kalah perdana menteri).Saya dah lama tinggal tabiat tu...patutla pun.Hari demi hari semangat nak study makin down.Aiyyak.
Come on la girl..medical student mana boleh malas-malas.Kesian pesakit nanti.

Wokeh la.Ha..hari ini satu tips saya kongsikan bersama..kalau motivasi makin menurun..make sure,mengadap cermin besar yang boleh nampak diri korang from kepala sampai kaki.Cermin kecil tak menjadi..Lepas tu,komen la pasal diri apa yang tak puas hati...Misalnya,"wei diri apa pasal kau ni makin lama makin jahat ha?'' Kemudian,cakap balik dekat diri solusi-solusi yang berkesan..

Last sekali berilah senyuman paling manis.Bukan sour tapi paling suwit sekali kat diri dan blah from cermin tu.Esok lusa insyaallah korang makin bersemangat balik!


Korang nak cuba?Sila-sila.Sila berebut cermin besar dalam rumah sekarang.^_^

Ho yeah!


Saturday, January 28, 2012

Filem mana di hatimu?

Assalamualaikum semua!

senyumlah sikit.Masam je..aishh.


Hari ini terasa nak tulis pasal filem pulak..buat pengetahuan semua,saya ni hantu drama dan cerekarama.Telemovie,cerekarama,drama kat malaymovies tu..yang mana best..saya tengok la..Tapi..tak semua,tengok la yang mana bagi pengajaran baik..kita tengok,yang mana merapu tu,kita tolak tepi.hehe..



Anda follow tak cerita ni?

Dulu,amat sikit sekali drama/cerekarama/filem melayu yang berunsurkan Islam..boleh dikira dengan jari sahaja.Tak tau mana silapnya..tapi kini alhamdulillah..penerbit/pengarah cerita sudah sedar cerita-cerita yang berunsurkan Islam perlu diterbitkan.Saluran televisyen yang baru iaitu TV Al-Hijrah sangat bagus..Salah satu program yang menarik adalah 30minit Ustaz Don..ke menarik sebab ada Ustaz Don?jawab dalam hati..=)

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Don kini menarik minat anak-anak muda untuk mengaji agama dengan cara santai tapi berkesan.Syabas! saya pun peminat mereka berdua.hee



Cerita ni anda tengok tak?


Saya tak mahu komen tentang filem-filem melayu yang lain.Contohnya KL Gangster,Ombak Rindu,Songlap dan dll.Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati,ada yang mengecam,ada yang menarik muka masam,tetapi selaku penonton yang pastinya ada akal dan faham  agama,kita buang yang buruk,ambil yang baik.Okay?

Hati saya ni lebih tertarik dan terusik dengan filem-filem dari tanah seberang.Mana?Indonesia.Kenapa saya katakan begitu?Kerana cerita-cerita mereka diolah dengan sangat baik,menyentuh hati,dan lebih berunsurkan Islam.Bukan saya nak puji melambung..tapi saya pasti anda di luar sana juga bersetuju dengan saya..betul?

Mari kita ambil contoh filem di bawah ini..




Filem di atas saya tonton ketika saya first year tahun lepas,stress study Anatomy,relax sekejap dengan tengok cerita di atas.Wah.ceritanya bagus bangat sih!(ayat ala-ala bahasa indonesia).Kisah seorang guru yang berdakwah iaitu Ustaz Rahmat Abdullah dan liku-liku yang dia terpaksa tempuhi dalam usaha menyuntik kesedaran dalam diri pemuda-pemuda di kampungnya.



Salah satu filem yang menarik juga

Filem di atas juga bagus untuk anda tonton bila ada masa lapang.Mari kita lihat komen di bawah.

“Sang Pencerah memang menceritakan tentang kisah K.H. Ahmad Dahlan, namun dibalik itu semua film ini bercerita tentang perjuangan. Di dalamnya berisi tentang semangat anak muda, patriotisme anak muda dalam merepresentasikan pemikiran-pemikirannya,” ujar sang sutradara saat syukuran film Sang Pencerah di Menteng.


Lagi satu filem dari tanah seberang.

Opps lupa pula,ada lagi satu filem iaitu Laskar Pelangi....Dialog yang saya paling suka dalam filem Sang Pemimpi lebih kurang berbunyi begini..

''Tak penting seberapa besar mimpi kalian..lebih penting adalah seberapa besar kalian untuk mimpi kalian itu''..



My favourite ni!!


Haa..cerita Perempuan Berkalung Serban ni saya sangatlah minat,sampai saya tengok dua kali tau?hehe.Bukan senang nak repeat tengok cerita sama kan?Mungkin sebab cerita ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang ada visi dan misinya tersendiri..macam saya..poyo tetiba..Sebab tulah kot,rasa dekat dengan watak tu.Nak tahu..tengoklah sendiri ^^


Ini filem baru..bakal ditayangkan nanti di Malaysia

Bulan Mac nanti,sama-samalah kita saksikan cerita 7 Petala Cinta..Tajuk dan trailer macam best..Fullmovie pula bagaimana?


p/s: Tengah sabar menanti filem baru Hafalan Shalat Delisa...



Friday, January 27, 2012

Untuk perempuan yang belajar tinggi-tinggi





Cuti sekolah?? yeay!!!

Assalamualaikum semua!

Minggu ini dan minggu depan ialah winter break untuk kami yang duk belajar overseas ni.Semester baru start 12 hb 2.So,masa yang ada ini..apa lagi..isi dengan aktiviti-aktiviti best la!Senyum gembira kerana dapat lepak-ing lebih banyak kat rumah,baca buku non-akademik dan mengasah bakat terpendam.yippy!

Saya sedar betapa bergayanya kami belek buku ke hulu ke hilir,betapa kusyuknya kami menelaah pelajaran siang malam,betapa tingginya kami aim untuk setiap exam..kami tak lupa kami juga perempuan!

Bila sebut perempuan/anak gadis/wanita..yang terbayang adalah..susuk tubuh yang raut wajahnya lembut mempesona,tutur katanya halus dan sopan,langkah teratur,memasak  tu benda kacang la,menjahit pula dalam genggaman...dan..

Cop!ciri-ciri itu sudah agak luntur dalam diri perempuan/anak gadis/wanita zaman moden.Nak nak perempuan sebaya saya yang sejak form 1 sampai form 5 duduk sekolah asrama..preparation..dan fly!


ni siapa masak hangus ni?haha

Bukan salah asrama,bukan salah mak bapak kami yang tak ajar..cuma mereka taklah menekankan sangat yang kami ini perlu master memasak,perlu ambil masa berjam-jam belajar menjahit,dan perlu pergi kelas tata rias  wajah.

Saya masih ingat lagi...sejak kecil,abah dan mak saya selalu suruh saya score gila-gila setiap exam UPSR,PMR,SPM,A level..dan alhamdulillah..Allah izinkan saya untuk score dalam semua peperiksaan tersebut..kerana mereka percaya..hanya pendidikan sahaja yang dapat menjamin kehidupan saya di masa hadapan.Thanks mak dan abah kerana memberi saya semangat yang tak putus-putus sampaila saya berada di tahap sekarang.



Perempuan kena pandai bersolek juga.=)

Dalam kesibukan kami mengejar silibus dan segulung ijazah di luar negara ni,kami tak lupa yang kami patut mahirkan diri dengan kemahiran memasak,menjahit,mengemas,menjaga kecantikan dan bla bla..sebab kami tahu yang kami ini bukan sahaja bakal bergelar doctor/engineer..tapi akan sampai masanya nanti insyaallah bergelar isteri/ibu..dan ketika itu kalau baru nak belajar pegang kuali/belanga,memang lambat la nak master memasak!

Dan sebab itu,asal cuti je,apa lagi saya and gang serumah akan mengasah lagi menajamkan  bakat masing-masing.Ada yang pandai buat muffin,ada yang pandai buat pau kaya,ada yang reti buat kuih-kuih tradisional,dan macam-macam lagi lah..Kalau cuti..dapur tu tak pernah tak berasap.
Kalau musim exam,memang ya!Makan roti dah cukup.hehe



Kena pandai mengemas juga.^_^

So..kepada anda di luar sana..janganlah pandang serong atau nak kata macam-macam kat kami yang sedang belajar ini..andai kata kami belum master masak memasak,andai kata kami tak kenal yang mana satu halia dan lengkuas,andai kata kami menjahit pun baru level satu..maafkan kami dan beri kami masa untuk kami penuhkan ilmu dalam dada.Kekadang kami juga tersepit antara kehendak diri dan pandangan masyarakat yang duk mengata kepada perempuan yang umur dah 20 an tapi masak sup macam masak air.Sedih.
Apa salahnya ajarkan teknik-teknik yang betul agar nasik yang dimasak tak menjadi bubur.Itu baru betul!


Exam dah nak dekat..banyak lagi yang tak baca,makan tak terurus.Kesian.


Oleh itu saya menyeru rakan-rakan sebaya pakat-pakat la rajinkan diri menjenguk kat dapur dan tolong mak anda kat dapur..belajar siang ayam,siang ikan dan banyak bertanya tentang rempah ratus yang kalian tak tahu.Kenal yang mana satu bunga cengkih,mana satu buah pala..haaa..taklah memalukan mak mertua nanti.Takut dikata orang tak pandai pilih menantu.Aish!Banyak sungguh mulut-mulut orang ni kan?Sabar je lah.




Thursday, January 26, 2012

komen-komen kisah politikus kita.



Assalamualaikum semua!


Pak cik Anwar ke tu?

Saya masih ingat lagi ketika saya berumur 12 tahun dulu-dulu.Sayalah anak yang suka menyelongkar buku-buku abah yang abah letak dalam stor.Abah muda-muda dulu suka beli buku-buku politik..tak kisahla buku tentang parti biru ataupun parti hijau..mungkin dia nak buat perbandingan kut...then,bila abah pergi kerja..sayalah yang duk mengkaji pulak..tolong abah kaji ..selongkar punya selongkar..sampai surat cintan mak dan abah pun saya jumpa jugak..*hehe

Bermula dengan berita yang keluar kat tv3 masa saya darjah dua dan hasil pembacaan saya,saya pun kenal pak cik kat atas tu.Entahla,,saya tak mahu tuduh siapa jahat dan siapa  baik..mereka semua manusia biasa..yang ada salah dan silapnya..sejak itu,saya mula berminat dengan arena politik Malaysia..kiranya macam ambil tahu la jugak..Kalau nak tahu..abah suka saiko saya dengan parti biru..digantung bendera biru itu tinggi-tinggi bila Hari Merdeka..Motif beliau?..fikir-fikirkan..saya buat apa?angguk-angguk dan geleng-geleng..almaklum..umur pun baru belasan tahun..

Komen saya tentang pak cik dia atas...saya gembira dengan pembebasan dia..sebab saya dah muak kot dengar cerita pasal dia sejak umur 8 tahun..sampaila 21 sekarang..cukup-cukuplah kisah tut tut..tak mahu zaman anak saya,kes semacam itu duk jadi hot isu lagi.



kebetulan pulak  spongebob warna kuning.aisey,.

Saya dapat tahu BERSIH ni pun selepas habis exam final first year tahun lepas..dalam awal bulan tujuh gitu..kawanla tanya..tak join BERSIH ke?nak join camna...saya kat Warsaw time tu..baru saja lepas nangis sebab kena retake exam anatomy..*hehe..saya cari dan cari..kemudian dapatlah tahu..oooo..BERSIH itu ke..

Lepas itu..senyap...malas nak tengok berita tv 3 dah..malas nak ambil tahu pasal politik sekejap..fokus new semester second year saya pulak..dengan pindah rumah baru lagi...bla bla..




Siapa mamat atas ni?Saya dan kawan-kawan ketika itu..sedang bercuti di Spain...melawat bumi Andalusia..ada saya post tentang pengalaman saya di sana..bacalah kalau sudi yer?Kecoh dengan video tentang geng yang marah kat mahasiswa..tak tengok lagi video tu..kawan post dekat facebook..holiday mode..takda makna nak serabutkan otak..saya buat mukalah..apalah nak dimarah kat mahasiswa?Okay..lepas tu..dapatla tahu siapa mamat di atas..

komen saya tentang dia..saya kagum dengan semangatnya..yang mahukan perubahan..pemuda yang berfikiran luar biasa biasanya tak akan gentar dengan apa yang dia perjuangkan..dan perjuangan itu sangat syok bila kita tahu apa yang kita sedang perjuangkan..oh yeah!


Saya suka tengok kak ini..tak tahu kenapa..


Kakak kat atas ni pun..saya suka tengok..siap like lagi page dia kat facebook..tidak bermakna saya sokong parti yang dia perjuangkan..saya cuma suka keperibadiannya sahaja..bukan senang perempuan nak aktif politik ni tahu tak?nak nak yang dah bersuami..kalau dapat suami yang sokong apa yang kita buat..takpa..alhamdulillah..dapat yang suruh duk kat dapur je..bersorak kat dapur je lah.

Mak saya tak suka orang yang aktif politik..katanya..atas pagar sudahla..saya mulanya okay..lama-lama bila dah besar ni..saya juga ada prinsip sendiri..dalam hati.nak saya katakan..'orang pun nak aktif politik boleh?'..kalau mereka nak halang.saya tetap akan perjuangkan apa yang saya nak perjuangkan.Mati syahid atau hidup mulia. (lirik lagu mujahid setia_shoutul harakah).Ini bukan pengakuan saya terjun kepada parti hijau..tidak..kalau nak dikutkan hati..nak aja buat parti baru..eh?


Adik saya yang kecik baru tadika. =)


Tengok gambar di atas,jernih saja muka budak-budak ni kan?Sejuk saja mata memandang.Nak marah pun tak jadi..Takut juga kalau budak yang dulunya baik.....berubah jadi tak tentu hala bila besar.Saya cukup takut bagaimana adik-adik saya nak berdepan dengan masalah sosial sekarang.Yang lelaki terutamanya..pemuda kalau dikerah tenaga untuk buat benda-benda manfaat..sangatlah bagus!

Mereka boleh pergi jauh..tiada halangan untuk pergi bermusafir..perempuanlah yang payah sikit..bahaya kalau sering bermusafir seorang diri..(point suruh abah izinkan saya kawen ni..hehe).tapi takpa.itu bukan halangan untuk saya tidak buat kerja!



shotul harakah.banyak lagu sedap daripada diaorang.


Saya tinggalkan kalian dengan video di atas..fikir-fikirkan...apa kalian nak buat..Bukan saya ajak pergi demonstrasi jalanan.bukan jugak ajak sokong parti hijau ataupun biru..Anda dah besar..moleklah fikir sendiri..



Wednesday, January 25, 2012

ADA aku kisah?

Hari ini sembang santai di kedai mamak! hehe

Assalamualaikum semua pembaca!Hari ini saya membawakan anda satu tajuk yang bunyinya semacam sudah sering diuar-uarkan di luar sana bukan?Tapi takpa.anggaplah ini semacam peringatan buat kita semua?okay?


KISAH 1

Abu (bukan nama sebenar) ialah pelajar di sebuah universiti X di negara Z.Dia merupakan pelajar yang cemerlang tahap panda!*hehe.Jadualnya cukup teratur.Daripada celik mata kepadalah tutup mata.Abu petah bercakap,maka layaklah kalau dia dinobatkan sebagai pendebat terbaik di universitinya.Cuma...satu sahaja,Abu tidak begitu sensitif dengan isu-isu yang tidak berkaitan dengan akademik (hal ehwal islam la pendek kata).Abu anti usrah.Jarang benar Abu solat berjemaah di masjid/surau.Abu tidak kisah kalau pergi berdating di tepi tasik/taman bunga bersama pujaan hatinya.Kenapa eh?


KISAH 2

Mimi (bukan nama sebenar) seorang gadis yang cun melecun di kolejnya.Hubungan Mimi dengan kawan-kawan dan pensyarah amat tip top.Mimi menjadi tempat luahan perasaan kawan-kawannya.(semacam kauselor pun ada).Tapi,malangnya Mimi tidak selalu pulang menjenguk ibu bapanya di kampung.Bila ada cuti,Mimi lebih selesa bermalam di rumah kawan-kawannya.Kenapa eh?


KISAH 3

Pak Mi (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja yang cukup rajin.Meskipun hidupnya miskin,Pak Mi tak pernah mengeluh akan kesusahan hidupnya.Pak Mi ada 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Anak-anak lelaki Pak Mi suka merempit manakala anak perempuannya pula sering pulang lewat malam.Alasan yang diberikan oleh mereka adalah buat kerja sekolah di rumah rakan.Tapi,Pak Mi tak pernah nak marah atau menegur anak-anaknya.Kenapa eh?(berapa banyak kenapa la pula)




menung jauh nampak??

Cukuplah 3 kisah yang saya nyatakan di atas untuk menggambarkan betapa tidak kisahnya kita,
yakni masyarakat yang mengaku moden pada hari ini!Siapa kita hari ini?
Kita kini hanya pentingkan perut sendiri daripada perut orang lain.Hatta,kalau jiran sendiri tiada makanan,susah benar kita ni nak menghulurkan 5 kilo beras kepadanya.Hu?


Mana tercampaknya sensitiviti kita?Kita kini sudah tidak peduli adakah hidup seharian kita mengamalkan Islam sepenuhnya.Sekadar cukup-cukup makan saja amalan kita.Tapi,kita tidak kisah pun.Kita tidak kisah juga kalau isteri/suami/anak-anak tak semayang pun tak mengapa.Asalkan mereka tak lari dari rumah sudah.Sanggupnya kita membiarkan darah daging sendiri menjadi bahan bakar api neraka?Ya Allah jauhkanlah semua itu..

Ibu bapa di kampung pula?Pernahkah kita menyelami hati mereka?Bibir mereka semacam mahu mengatakan sesuatu tentang buruknya tingkah laku kita terhadap mereka.Namun,bila anak-anak didepan mata,dilupakan saja resah yang terpendam.Takut sangat anak-anak berkecil hati.Asal anak tersenyum,mereka cukup bahagia!Kita sebagai anak pula?Merengus dan mengherdik mereka apabila kemahuan kita tidak dituruti....Oh sedihnya..



Namun,tak semua dalam kalangan kita yang berperangai sedemikian.Masih ada lagi yang peka dan kisah.Ada insan-insan baik di luar sana yang mengamalkan Islam sepenuhnya dalam hidupnya ,masih ada lagi anak-anak yang berbakti pada ibu bapa mereka dan masih wujud lagi insan-insan yang berusaha membawa keluarga mereka menuju redha Ilahi...keluarga sakinah mawaddah warahmah..




Cuma kalau kita jenis yang tak kisah dengan semuanya,,,,Berubahlah dan bertukar automatically kepada aku kisah la! 

selamat mencuba kawan-kawan .^_^

p/s:Sabar sajalah tunggu orang balik shopping ni...lama bebenor.hehe

Friday, January 20, 2012

Kau nak terbang mana lagi?



AKU NAK TERBANGGG!
PANG! (satu tamparan hinggap di pipi).Heh?Padan muka kau!*Ahak!

Assalamualaikum semua pembaca yang saya kasihi sekalian.Walaupun kita tak bersua wajah..tapi saya tau anda yang sedang baca ini sangatla cute. >.< (bodek)

Bila saya start belajar medik ini,saya cakap dekat diri saya..saya sedia menjadi tempat luahan perasaan kepada siapa-siapa sahajalah yang memerlukan khidmat nasihat saya.(bajet bagus je kau bagi nasihat nina?)
Tak mengapalah tak bagi solusi pun kan?Tetapi cuba untuk menjadi pendengar yang setia.Masalah study ke,masalah dengan kawan-kawan ke,masalah CINTA pun boleh jugak!Biarpun saya tau hidup saya dibelenggu pelbagai masalah..namun,dengan menyelesaikan masalah orang lain..dalam tak sedar masalah kita pun terselesai..

Satu hari saya 'diserang' oleh seseorang (perempuan) di facebook.Cukup saya katakan si A..Si A menghantar mesej kepada saya di facebook,menyatakan terima kasih kerana menglike statusnya dan gembira atas jalinan ukhwah baru di facebook.Saya membalas dan dia meminta pendapat saya tentang masalah beliau.Saya dengan berbesar hati memberikan pendapat saya.Masalah cinta rupanya.Takpa..Orang minta tolong kenalah bantu..

Selesai perbincangan kami,dia memberikan kata-kata yang dia akan cuba untuk melupakan 'si dia' dan memperbanyakkan solat istikharah.(Mohon si A sentiasa tenang sekarang..insyaallah)



BERIKAN AKU SAYAP AGAR KU BISA TERBANG!

Apa yang saya nak komen di sini adalah..jangan block hidup anda bila ada masalah cinta!
Masalah cinta menjadi isu paling hebat dalam kalangan pelajar.Terutama yang duk amek degree ni..(saya tidak terkecuali).Bila hubungan dengan si dia ada masalah,habis semuanya macam takda ertinya lagi.(terutama perempuan la).Hidup rasa gelap.'Habeslah takda orang nak kawen dengan aku dah'..'Dia baik,aku tak dapat nak lupakan dia'.....dan bermacam lagi ayat yang bisa merobek jantung.

Oh plisssla awak-awak sekalian..Meh saya nak cakap sikit....

Hidup ini bukan hanya bertujuan mencari soulmate saja.Celik mata pikir pasal langkah-langkah mencari soulmate..oh tidakk..bukan!bukan!Hidup ini lebih daripada itu..soulmate itu asalnya term orang Greek dahulu..yang mana pada pandangan mereka.manusia diciptakan asalnya 2 kepala,4 kaki,4 tangan..tapi kerana hukuman Tuhan,manusia diciptakan selepas itu 1 kepala,2 tangan,dan 2 kaki.Dan diminta mencari pelengkap mereka di bumi..Wujudlah ayat ..'oh you are my soulmate..you complete my life'

Anda bagus kerana memilih si dia yang baik agamanya,baik akhlaknya,baik kata-katanya.SYABAS!
Tetapi kalau dengan anda,dia buat endah tak endah..layan tak layan..nak kata berkenan nak ambil anda sebagai isteri pun tak..kawan pun bukan..anda pulak asyik-asyik makan hati dan jantung..lebih baik anda undur diri sebelum cancer menyerang hati anda.BAHAYA tu!Anda punya maruah,anda punyai hidup anda yang perlu anda warnai...kanvas hidup anda cukup berwarna-warni biarpun dahulu si dia takda dalam hidup anda bukankah?Haaa..apa tunggu lagi?

Anda katakan anda tak dapat lupakan si dia..Lupakan saja!Melupakan si dia bukan dengan memikirkan bagaimana mahu melupakan si dia..tetapi menyibukkan diri dengan tidak memikirkan si dia!Anda membina tembok dalam hidup anda hanya kerana seorang..padahal ada orang lain rupanya di sebalik tembok itu.anda tak tahu sebab tak pernah nak pecahkan tembok itu..see?

Anda kata tiada orang sebaik dia dah yang anda akan jumpa.Anda pada saat itu.tahukah anda sedang berdoa  tidak akan berjumpa dengan orang yang baik selain dia?Tahukah anda bahawa Allah sepertimana yang anda fikirkan tentang NYA? Kalau anda berfikiran yang negatif,yang negatif jualah yang anda akan dapat?Kalau dapat yang buruk jua setelah berfikiran positif dan berdoa yang baik-baik? Itu adalah UJIAN.

So sekarang macam mana?

PELANGI AKAN MUNCUL JUA SELEPAS HUJAN DI TENGAH HARI

Anggaplah yang harapan akan kembali cerah. Anggaplah yang doa anda akan terkabul dalam cara yang menakjubkan.Kemarau hidup tidak berkekalan.Hujan musim bunga akan kembali.


Selalulah menaruh harapan.  Apabila amalan menaruh harapan menjadi suatu tabiat,anda boleh mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan.


Sudah menjadi hukum alam,selepas hujan di tengah hari akan muncul pelangi.Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.Air mata yang kau titis semalam,pasti ada penawarnya esok.Tersenyumlah..Tapi bilakah pertolongan itu?Katakanlah pada diri..bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.


Allah berfirman yang artinya: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat (QS 2:214).


Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Kalau anda bersedih hari ini.esok atau lusa akan ada saja benda yang boleh buat anda tersenyum kembali.Lupakan kisah yang boleh mencacatkan kejayaan anda.Anda punya tugas berat di dunia.Tak usah kerana masalah cinta dengan si dia meragut ceria di wajahmu.Sungguh anda  mampu jadi wanita yang terkuat!Wanita main peranan yang sangat besar dalam masyarakat.Dengan bersedih tidak tentu hala.Mana peranan yang anda mainkan itu?




p/s:kau nak terbang boleh!tapi ingatlah pertolongan Allah itu sangat dekat sayangku semua!







Wednesday, January 18, 2012

CERPEN:TENTANG MIA

Gembira benar hati Mia kali ini.Keinginannya untuk meraikan lebaran bersama-sama keluarga tersayang di tanah air dimakbulkan.Menyambut lebaran jauh di luar negara walaupun manis namun hati pilu siapa yang tahu.Selesai segala peperiksaan akhir tahun,Mia  bergegas pulang ke tanah air.Kepulangannya tahun ini sedikit berbeza kerana ada sesuatu  yang harus segera diluahkan pada ibu bapanya.


****************************


‘ Petang  esok tolong ajar anak mak cik buat kerja sekolah sains dia yer?Mak cik bukan apa,malas sungguh budak tu nak pergi tuisyen kat pekan.Suruh kamu ajar pun okay.Tak luak kan ilmu tu ’

‘Insyaallah mak cik,suruhlah Anis datang,saya free saja petang esok’

‘Untunglah kamu belajar tinggi-tinggi Mia.Esok bila dah kerja bolehla bantu mak abah kamu tu.Jangan pernah lupakan jasa mereka.’

‘Mak cik doa-doakanlah saya dapat habiskan pengajian saya ya?Manalah tahu umur saya ni tak panjang.Tak dapat nak habiskan study’

‘Ish kamu ni.Ke situ pula.Takpalah mak cik nak balik.Nanti pak cik Karim balik tengok mak cik takda kat rumah,buat muka pulak orang tua tu.’

‘Iyalah mak cik.Hati-hati jalan tu’


 Mia membalas senyuman mak cik Limah sebelum dia melangkah keluar dari pekarangan rumah Mia.Riuh rendah suara adik-adik Mia di halaman rumah.Mereka sungguh gembira bermain dengan anak-anak jiran sebelah.Setiap kali  pulang ke Malaysia,suara adik-adiknya menjadi muzik paling indah bagi Mia.

‘Biarkanlah mereka,takkan nak dimarahkan?’,bisiknya dalam hati

Matanya melirik kearah buku Aku dan Al Ikhwanul Muslimin karya Prof.Dr Yusuf Al Qaradhawi yang terletak elok atas meja solek dalam kamar tidur.Buku itu Mia pinjam daripada kakak naqibahnya sebelum pulang bercuti di Malaysia.Sebuah buku sebulan menjadi moto hidup Mia sejak zaman sekolah menengah lagi.

Mia seorang gadis yang bijak mengisi masa terluang.Setiap pagi,Mia akan menolong ibunya di gerai kecil depan sekolah ,tempat ibunya mencari rezeki.Abahnya kini menjadi pemandu teksi selepas bersara bomba.Umur abahnya sudah meningkat.Tulang empat kerat yang dahulunya kuat menyara keluarga,kini sudah mula lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan kalau memandu lama.Disuruh pergi ke hospital mengambil ubat selalu sahaja mengelak.

Hujung minggu pula Mia akan mengambil upah mengajar anak-anak jiran matapelajaran Biologi.Adiknya,Amin yang sekolah menengah turut ikut sama mendengar kakaknya mengajar.Untuk memastikan Mia dapat mengajar dengan baik,dikorbankan sedikit duit biasiswanya untuk membeli buku-buku rujukan.Tidaklah nanti tersalah ajar pula.Duit yang diperoleh daripada mengajar tuisyen dimasukkan ke dalam Bank Simpanan Nasional untuk simpanan masa hadapan.Malang kan tidak berbau


 **************************************

‘Ha Mia,hari tu Mia kata ada benda nak dicakapkan pada mak dan abah kan?’,soal mak Mia ketika mereka duduk  di ruang tamu selepas selesai makan malam.

Adik-adik Mia dalam bilik masing-masing.Mereka sibuk menyiapkan kerja sekolah.Esok adalah hari Isnin dan pastinya banyak kerja sekolah yang terbengkalai belum disiapkan lagi.

‘Aaa Mia,cepatlah cakap.Abah lepas ni nak ke rumah Pak Meon pula.Pak Meon  nak bincangkan pasal gotong-royong di surau kampung kita hujung minggu ni.Abah yang  AJK ni kenalah ambil tahu’,abah Mia bersuara.

Mia menelan air liur.Mula terbatuk.Batuk yang dibuat-dibuat barangkali.Matanya memandang mak dan abahnya.Namun sempat jua matanya menjeling-jeling  ke arah televisyen.Otaknya berpusing ligat mencari ayat mahu menjawab pertanyaan mereka.Nak cakap pun serba salah.Tapi kalau tak dilontarkan segera apa yang terbuku di hatinya,pasti tak akan selesai kerana memang kepulangannya ke Malaysia untuk duduk dan berbincang bersama mak dan abah.

‘Err.Mia Mia..’,gugup mahu memulakan perbualan.

‘Mia harap mak dan abah dapat terima kalau Mia cakap yer?’

Mak Mia mengangguk.Abah Mia juga.

Mia menarik nafas.Harap-harap mak dan abahnya dapat terima apa yang akan diucapkan selepas ini…


 **********************


APA YANG TERJADI SEBENARNYA?APAKAH PERKARA YANG MIA MAHU KATAKAN PADA KEDUA IBU BAPANYA?DAN APAKAH REAKSI IBU DAN BAPA MIA?UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGANNYA.NANTIKAN SAMBUNGAN TENTANG MIA PADA MINGGU HADAPAN.


p/s:berpeluh jugak saya menulis.hihi.kalau ada idea adalah episod dua =p

Saturday, January 14, 2012

Usah risau jika tayar kau pancit

Arghh.tension tayar pancit lagi?

Assalamualaikum semua!Wah moga-moga hari ini adalah lebih baik daripada semalam ya?

Hari ini saya nak bercerita satu analogi.Mudah saja.Tak perlu nak berkerut dahi dan angkat-angkat kening memikirkan analogi saya ini.*jeng jeng
Analoginya mudah saja.Tahu tak anda bahawa hidup ini seperti memandu kereta (musafir)?Anda adalah pemandu cun dan macho bagi kereta anda?Stesen anda pulak?Mana?Tentu-tentulah akhirat!

Haaa..Amacam?dapat bayangkan tak?Kita adalah musafir saja kat dunia ni.Kita ada kereta iaitu hidup kita.Di dunia kita ada banyak sangat R&R (masa lapang) yang kita perlu berhenti untuk berehat,isi minyak dan hirup udara segar selepas lama memandu.Kita ada masa yang sudah ditetapkan untuk perjalanan menuju ke stesen yang menjadi destinasi iaitu akhirat (umur) .Tetapi dalam keasyikan kita memandu,kita terpaksa berhenti sekejap dan mula resah sebab tayar kita pancit la pulak! (ujian)



Cilok gambar member =)


Dan bila saat itu tiba..kita resah gelisah.Dahla sorang-sorang bawa kereta.Tetiba kena berhenti pulak tengah jalan.Malam pulak tu.Alamak,seramnya!* menjerit minta tolongla.apa lagi
Okay.first time kita sangat gelabah.Telefon kawan sana sini.(bagi yang perempuan).Tapi alhamdulillah ada orang lalu dan tolong kita..Settle!
Kita pun dengan gembira menyambung perjalanan sambil memasang lagu kesukaan kita (cry on my shoulder )



Kereta idaman.


Malang tidak berbau.Hari kedua tayar kita pancit lagi.Sob sob.Apa kita buat?Adakah kita akan gelabah dan cemas seperti hari pertama tayar kita pancit?Tak bukan?Kita akan bertenang dan berfikir lebih rasional saat itu.Dengan tenangnya menekan number kawan (bagi yang perempuan),dan sabar menunggu kawan datang.Rasa tak gelabah pun?Takpun kita sendiri yang tukar tayar.Kalau pandai la.*hehe
Pelik bukan?

Tak pelik haih!Itu kerana kita sudah immune dengan masalah tayar pancit kita dan menganggap hal itu boleh diselesaikan.Sama jugalah dengan hidup ini,pertama kali didatangi ujian,masalah,konflik dan bla bla,kita akan rasa sangat sedih.Semacam dunia ini gelap dan tiada tempat dah untuk kita berteduh.Rasa macam nak terjun sungai dan terjun bangunanlah.Haish!Jangan.

Namun bila kita sudah dua tiga kali berdepan dengan masalah dan konflik,kita akan jadi kuat dan lebih rasional dalam menyelesaikannya.Betul tak?Ujian bukan didatangkan saja-saja.Ujian datang untuk mengklasifikasikan kita dalam golongan mana oleh Allah S.W.T.Kita jenis yang sabar atau terus memberontak.


Al-Ankabut [2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:  Kami beriman,  sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Tanpa ujian Allah tidak tahu setakat mana keimanan kita kepadaNYA.Sama sajalah mengapa kita ada exams di sekolah.Exams diadakan untuk menilai sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu matapelajaran.Siapa tahu kita bakal meraih anugerah cemerlang di akhir tahun?*wink wink.Ingatlah exams bukannya direka untuk membebankan kita.Sama sekali tidak.



Walaupun dihimpit masalah.Cubalah untuk tersenyum


Selain itu,jadilah pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya juga (peraturan Allah).Setiap peraturan jalan raya memang untuk menyenangkan kita.Namun kita suka je memandu laju dan ikut suka hati tanpa menyedari ada lubang besar rupanya didepan.Begitu juga dengan peraturan yang ditetapkan Allah sudah pasti sangat baik bagi kita.Hanya kita manusia yang lemah ini saja yang sukar menyingkap hikmahnya.


"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).


Oleh itu kalian,Janganlah risau jika tayar kau pancit!Itu bagus untuk kesihatan mental kalian juga..>.<

Friday, January 13, 2012

APA bukti CINTA kalian?

when?one day insyaallah.


Assalamualaikum semua! Oit,makin cun la kalian sekarang..muka berseri-seri..Moga-moga cahaya wuduk kalian itulah yang memberi seri..*alhamdulillah


Korang korang eh nak tanyalah..agak-agak bila ek Islam akan dominate balik dunia ni?Bila ek Islam akan jadi gah dan gemilang seperti zaman bani Abbasiyah?Mungkinkah Sepanyol ditawan kembali oleh orang-orang Islam?Tak payah tepuk dada tanya selera lah.Muhasabah balik diri apa yang kalian lakukan untuk sebarkan agama yang kalian anuti ini sekarang.Nak bangunkan tamadun bukan senang..ada pepatah..kalau nak tengok negara apa akan jadi di masa depan,tengoklah pemuda sekarang?Jadi pengikut je  tak syok der!Apa perlu buat?



Alolo comelnyer 

Pada suatu hari,ketika kami ada tazkirah ringkas selepas Isyak..akak yang memang tinggal dengan kami pun mengutarakan soalan.."Em..akak nak tanya sikit,memandangkan korang tahun ni adik-adik tak ramai dan semua tak jadi kakak usrah,apa eh yang korang rasa nak buat untuk dakwah?''

Kami semua tersenyum kambing.Tak tau nak cakap apa..

Dia menyambung.."Meh akak ceritakan apa yang akak rasa korang boleh lakukan..Kami mengangguk dan mendengar...

Beliau menceritakan bahawa setiap orang ada potensi diri yang sememangnya boleh digilap dan mantapkan lagi.Contohnya seorang rakan saya ni boleh melukis.dia diminta untuk melukis kartun-kartun Islamik.Seorang rakan saya ini ada blog,jadi dia bolehlah menyampaikan Islam tu melalui blognya.So,blog sebagai medium dakwah.Saya?haaa..saya pula disuruhnya membuat komik.adess..*saya bukan reti melukis pun..



kalian boleh menulis novel kalau pandai..haaa

Nak diceritakan di sini,setiap orang tu ada saja satu benda yang orang lain tak boleh buat..Itulah kelebihan kita.Jangan pernah kata'' aku tak pandai'',''aku tak boleh''..itu ayat yang boleh melemahkan potensi kalian.Potensi yang baru nak menguntum,mengecut la pulak! Haish!



Kalian pandai bercakap bolehlah jadi macam Aiman Azlan

Kalian nak tahu,bakat perlu diasah dan dilatih..Kalau kecil-kecil dahulu kalian suka sangat main basikal petang-petang dengan harapan boleh racing basikal dengan kawan- kawan.Bakat yang kalian jumpa dalam diri tu kenalah jugak diasah..Berlatih menulis (macam saya buat ni) dan yang pandai melukis tu..lukislah kartun Islamik banyak-banyak macam Rusydee Artz..Dan bolehlah share dengan kawan-kawan (bolehlah start slow-slow dakwah tu)



Dr Muhaya..walaupun sibuk masih sempat menulis buku.Hebat tu!

Amacam?Dah fikir apa bakat kalian yang kalian boleh sumbangkan untuk Islam?Kalian anggaplah hasil karya tu nanti akan menjadi saham akhirat..Hidup ni tak sempat nak kumpul harta banyak-banyak.Moga hasil karya yang manfaat bakal menolong anda saat amalan dihitung.Kan untung tu?



AYUH!!!

Thursday, January 5, 2012

Mati itu pasti,kahwin? belum tentu lagi


Assalamulaikum semua!Hey,termenung je? senyum la sikit..Tau la kat sana tengah hujan renyai-renyai.Chill chill everyone! *mimpi apa hiperaktif nih*

Kita sangat sibuk kan?Aaa...sibuk..padatla jadual kita..ke sana kemari..kelek buku,kelek laptop,pergi meeting malam-malam..maklum..presiden dan setiausaha yang dedikasi..sentiasa kena jaga penampilan..nanti orang tak vote la..

Kita disibukkan setiap hari dari Isnin sampai Ahad dengan apa eh? Ce citer ce citer..







kekoyaan melanda di musim exam.aish!

Ataupun yang ini? *sejibik macam cik Nina dan rakan-rakan ketika preparation A Level dua tahun lalu di Kolej Teknologi Timur,Sepang ..aiyaaakk*



Bangun pagi celik buku,tutup mata beralaskan buku.

Ataupun kita jenis yang disibukkan dengan sikit-sikit rehat..sikit-sikit nak cuti..Aik..terasa?*so sorry*



Berehat biar ala kadar bang oi!


Tahukah kalian,salah satu faktor kemunduran umat Islam adalah bermalas-malas dan banyaknya kerehatan.Betul juga..kalau dalam satu organisasi,asyik-asyik si A buat kerja..mestilah dia letih jugak walaupun kita tengok dia cakap berapi-api bagai singa di siang hari..Kita nak ramai macam si A,supaya organisasi kita makin lama makin mantop sampai tip top.Bukankah?Haa...



Kejarlah harta benda seadanya bukan diperdaya olehnya



Kuasa?

Kahwin memang best..orang kata lah..hidup bujang emas,hidup berkahwin indah?Eh,betulkah? Entah..tak kawen lagi.* haha*..Nak dibuat research,umur yang menghampiri 20 ke atas merupakan umur yang dikira sedang menggedik nak kawen..topik kawen topik hot spanjang zaman,era 60 an mahupun era  facebook masa kini.Sembang dalam KFC topik kawen.sembang kat library pun kawen juga..Aik? tak study ke cik abang?*hoho*

Semua remaja sedang mempersiapakan diri nak kawen,nak naik pelamin,nak tempah baju kawen dan tak tido siang malam memikirkan hari menjadi raja sehari nanti.Berpeluh-peluh kira duit setiap bulan.Si dara dengan caranya,si teruna dengan lagak cool lagi machonya.


Syok ke kawen?haha

Tapi berapa ramai remaja yang di luar sana,yang ambik  kisah pasal MATI?tak ambik kisah pun nak banyakkan amalan setiap hari..takut-takut bila nyawa diambil,amalan tak cukup.Parah time tu.Nauzubillah.


Bukan menghalang kalian prepare nak kawen,prepare lah.buatlah details berjela-jela.Tapi ingat,siapa tahu di saat satu jam sebelum akad nikah,time tu lah nyawa diambil.Kemudian..apa amalan yang dibawa mengadap Tuhan semesta alam ?Takkan nak jawab .."Ampun ya Allah,aku sibuk kerja tiap hari,kumpul duit nak kawen.takda masa nak ibadah sangat.ampunkan ku ya Allah..''

Kita nak kejar sorga abadi bukan senang.Kena berakhlak macam ahli-ahli sorga.



Ziarah kubur mengingatkan bahawa kita juga bakal menghuni tempat itu.






Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Al Imran 185.


Post ini sekadar memberi peringatan,kejarlah dunia..tapi jangan sampai dunia tu di hatimu.Kalau yer,tunggulah akibatnya.Ya Allah jauhkan kami semua daripada sikap cintakan dunia ini.


Bakal imamku,pimpinlah aku menuju redha Ilahi

p/s: MATI itu pasti..KAHWIN di dunia ini belum tentu lagi...