Saturday, January 28, 2012

Filem mana di hatimu?

Assalamualaikum semua!

senyumlah sikit.Masam je..aishh.


Hari ini terasa nak tulis pasal filem pulak..buat pengetahuan semua,saya ni hantu drama dan cerekarama.Telemovie,cerekarama,drama kat malaymovies tu..yang mana best..saya tengok la..Tapi..tak semua,tengok la yang mana bagi pengajaran baik..kita tengok,yang mana merapu tu,kita tolak tepi.hehe..



Anda follow tak cerita ni?

Dulu,amat sikit sekali drama/cerekarama/filem melayu yang berunsurkan Islam..boleh dikira dengan jari sahaja.Tak tau mana silapnya..tapi kini alhamdulillah..penerbit/pengarah cerita sudah sedar cerita-cerita yang berunsurkan Islam perlu diterbitkan.Saluran televisyen yang baru iaitu TV Al-Hijrah sangat bagus..Salah satu program yang menarik adalah 30minit Ustaz Don..ke menarik sebab ada Ustaz Don?jawab dalam hati..=)

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Don kini menarik minat anak-anak muda untuk mengaji agama dengan cara santai tapi berkesan.Syabas! saya pun peminat mereka berdua.hee



Cerita ni anda tengok tak?


Saya tak mahu komen tentang filem-filem melayu yang lain.Contohnya KL Gangster,Ombak Rindu,Songlap dan dll.Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati,ada yang mengecam,ada yang menarik muka masam,tetapi selaku penonton yang pastinya ada akal dan faham  agama,kita buang yang buruk,ambil yang baik.Okay?

Hati saya ni lebih tertarik dan terusik dengan filem-filem dari tanah seberang.Mana?Indonesia.Kenapa saya katakan begitu?Kerana cerita-cerita mereka diolah dengan sangat baik,menyentuh hati,dan lebih berunsurkan Islam.Bukan saya nak puji melambung..tapi saya pasti anda di luar sana juga bersetuju dengan saya..betul?

Mari kita ambil contoh filem di bawah ini..




Filem di atas saya tonton ketika saya first year tahun lepas,stress study Anatomy,relax sekejap dengan tengok cerita di atas.Wah.ceritanya bagus bangat sih!(ayat ala-ala bahasa indonesia).Kisah seorang guru yang berdakwah iaitu Ustaz Rahmat Abdullah dan liku-liku yang dia terpaksa tempuhi dalam usaha menyuntik kesedaran dalam diri pemuda-pemuda di kampungnya.



Salah satu filem yang menarik juga

Filem di atas juga bagus untuk anda tonton bila ada masa lapang.Mari kita lihat komen di bawah.

“Sang Pencerah memang menceritakan tentang kisah K.H. Ahmad Dahlan, namun dibalik itu semua film ini bercerita tentang perjuangan. Di dalamnya berisi tentang semangat anak muda, patriotisme anak muda dalam merepresentasikan pemikiran-pemikirannya,” ujar sang sutradara saat syukuran film Sang Pencerah di Menteng.


Lagi satu filem dari tanah seberang.

Opps lupa pula,ada lagi satu filem iaitu Laskar Pelangi....Dialog yang saya paling suka dalam filem Sang Pemimpi lebih kurang berbunyi begini..

''Tak penting seberapa besar mimpi kalian..lebih penting adalah seberapa besar kalian untuk mimpi kalian itu''..



My favourite ni!!


Haa..cerita Perempuan Berkalung Serban ni saya sangatlah minat,sampai saya tengok dua kali tau?hehe.Bukan senang nak repeat tengok cerita sama kan?Mungkin sebab cerita ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang ada visi dan misinya tersendiri..macam saya..poyo tetiba..Sebab tulah kot,rasa dekat dengan watak tu.Nak tahu..tengoklah sendiri ^^


Ini filem baru..bakal ditayangkan nanti di Malaysia

Bulan Mac nanti,sama-samalah kita saksikan cerita 7 Petala Cinta..Tajuk dan trailer macam best..Fullmovie pula bagaimana?


p/s: Tengah sabar menanti filem baru Hafalan Shalat Delisa...



No comments:

Post a Comment