Thursday, January 26, 2012

komen-komen kisah politikus kita.



Assalamualaikum semua!


Pak cik Anwar ke tu?

Saya masih ingat lagi ketika saya berumur 12 tahun dulu-dulu.Sayalah anak yang suka menyelongkar buku-buku abah yang abah letak dalam stor.Abah muda-muda dulu suka beli buku-buku politik..tak kisahla buku tentang parti biru ataupun parti hijau..mungkin dia nak buat perbandingan kut...then,bila abah pergi kerja..sayalah yang duk mengkaji pulak..tolong abah kaji ..selongkar punya selongkar..sampai surat cintan mak dan abah pun saya jumpa jugak..*hehe

Bermula dengan berita yang keluar kat tv3 masa saya darjah dua dan hasil pembacaan saya,saya pun kenal pak cik kat atas tu.Entahla,,saya tak mahu tuduh siapa jahat dan siapa  baik..mereka semua manusia biasa..yang ada salah dan silapnya..sejak itu,saya mula berminat dengan arena politik Malaysia..kiranya macam ambil tahu la jugak..Kalau nak tahu..abah suka saiko saya dengan parti biru..digantung bendera biru itu tinggi-tinggi bila Hari Merdeka..Motif beliau?..fikir-fikirkan..saya buat apa?angguk-angguk dan geleng-geleng..almaklum..umur pun baru belasan tahun..

Komen saya tentang pak cik dia atas...saya gembira dengan pembebasan dia..sebab saya dah muak kot dengar cerita pasal dia sejak umur 8 tahun..sampaila 21 sekarang..cukup-cukuplah kisah tut tut..tak mahu zaman anak saya,kes semacam itu duk jadi hot isu lagi.



kebetulan pulak  spongebob warna kuning.aisey,.

Saya dapat tahu BERSIH ni pun selepas habis exam final first year tahun lepas..dalam awal bulan tujuh gitu..kawanla tanya..tak join BERSIH ke?nak join camna...saya kat Warsaw time tu..baru saja lepas nangis sebab kena retake exam anatomy..*hehe..saya cari dan cari..kemudian dapatlah tahu..oooo..BERSIH itu ke..

Lepas itu..senyap...malas nak tengok berita tv 3 dah..malas nak ambil tahu pasal politik sekejap..fokus new semester second year saya pulak..dengan pindah rumah baru lagi...bla bla..




Siapa mamat atas ni?Saya dan kawan-kawan ketika itu..sedang bercuti di Spain...melawat bumi Andalusia..ada saya post tentang pengalaman saya di sana..bacalah kalau sudi yer?Kecoh dengan video tentang geng yang marah kat mahasiswa..tak tengok lagi video tu..kawan post dekat facebook..holiday mode..takda makna nak serabutkan otak..saya buat mukalah..apalah nak dimarah kat mahasiswa?Okay..lepas tu..dapatla tahu siapa mamat di atas..

komen saya tentang dia..saya kagum dengan semangatnya..yang mahukan perubahan..pemuda yang berfikiran luar biasa biasanya tak akan gentar dengan apa yang dia perjuangkan..dan perjuangan itu sangat syok bila kita tahu apa yang kita sedang perjuangkan..oh yeah!


Saya suka tengok kak ini..tak tahu kenapa..


Kakak kat atas ni pun..saya suka tengok..siap like lagi page dia kat facebook..tidak bermakna saya sokong parti yang dia perjuangkan..saya cuma suka keperibadiannya sahaja..bukan senang perempuan nak aktif politik ni tahu tak?nak nak yang dah bersuami..kalau dapat suami yang sokong apa yang kita buat..takpa..alhamdulillah..dapat yang suruh duk kat dapur je..bersorak kat dapur je lah.

Mak saya tak suka orang yang aktif politik..katanya..atas pagar sudahla..saya mulanya okay..lama-lama bila dah besar ni..saya juga ada prinsip sendiri..dalam hati.nak saya katakan..'orang pun nak aktif politik boleh?'..kalau mereka nak halang.saya tetap akan perjuangkan apa yang saya nak perjuangkan.Mati syahid atau hidup mulia. (lirik lagu mujahid setia_shoutul harakah).Ini bukan pengakuan saya terjun kepada parti hijau..tidak..kalau nak dikutkan hati..nak aja buat parti baru..eh?


Adik saya yang kecik baru tadika. =)


Tengok gambar di atas,jernih saja muka budak-budak ni kan?Sejuk saja mata memandang.Nak marah pun tak jadi..Takut juga kalau budak yang dulunya baik.....berubah jadi tak tentu hala bila besar.Saya cukup takut bagaimana adik-adik saya nak berdepan dengan masalah sosial sekarang.Yang lelaki terutamanya..pemuda kalau dikerah tenaga untuk buat benda-benda manfaat..sangatlah bagus!

Mereka boleh pergi jauh..tiada halangan untuk pergi bermusafir..perempuanlah yang payah sikit..bahaya kalau sering bermusafir seorang diri..(point suruh abah izinkan saya kawen ni..hehe).tapi takpa.itu bukan halangan untuk saya tidak buat kerja!



shotul harakah.banyak lagu sedap daripada diaorang.


Saya tinggalkan kalian dengan video di atas..fikir-fikirkan...apa kalian nak buat..Bukan saya ajak pergi demonstrasi jalanan.bukan jugak ajak sokong parti hijau ataupun biru..Anda dah besar..moleklah fikir sendiri..



No comments:

Post a Comment