Wednesday, January 18, 2012

CERPEN:TENTANG MIA

Gembira benar hati Mia kali ini.Keinginannya untuk meraikan lebaran bersama-sama keluarga tersayang di tanah air dimakbulkan.Menyambut lebaran jauh di luar negara walaupun manis namun hati pilu siapa yang tahu.Selesai segala peperiksaan akhir tahun,Mia  bergegas pulang ke tanah air.Kepulangannya tahun ini sedikit berbeza kerana ada sesuatu  yang harus segera diluahkan pada ibu bapanya.


****************************


‘ Petang  esok tolong ajar anak mak cik buat kerja sekolah sains dia yer?Mak cik bukan apa,malas sungguh budak tu nak pergi tuisyen kat pekan.Suruh kamu ajar pun okay.Tak luak kan ilmu tu ’

‘Insyaallah mak cik,suruhlah Anis datang,saya free saja petang esok’

‘Untunglah kamu belajar tinggi-tinggi Mia.Esok bila dah kerja bolehla bantu mak abah kamu tu.Jangan pernah lupakan jasa mereka.’

‘Mak cik doa-doakanlah saya dapat habiskan pengajian saya ya?Manalah tahu umur saya ni tak panjang.Tak dapat nak habiskan study’

‘Ish kamu ni.Ke situ pula.Takpalah mak cik nak balik.Nanti pak cik Karim balik tengok mak cik takda kat rumah,buat muka pulak orang tua tu.’

‘Iyalah mak cik.Hati-hati jalan tu’


 Mia membalas senyuman mak cik Limah sebelum dia melangkah keluar dari pekarangan rumah Mia.Riuh rendah suara adik-adik Mia di halaman rumah.Mereka sungguh gembira bermain dengan anak-anak jiran sebelah.Setiap kali  pulang ke Malaysia,suara adik-adiknya menjadi muzik paling indah bagi Mia.

‘Biarkanlah mereka,takkan nak dimarahkan?’,bisiknya dalam hati

Matanya melirik kearah buku Aku dan Al Ikhwanul Muslimin karya Prof.Dr Yusuf Al Qaradhawi yang terletak elok atas meja solek dalam kamar tidur.Buku itu Mia pinjam daripada kakak naqibahnya sebelum pulang bercuti di Malaysia.Sebuah buku sebulan menjadi moto hidup Mia sejak zaman sekolah menengah lagi.

Mia seorang gadis yang bijak mengisi masa terluang.Setiap pagi,Mia akan menolong ibunya di gerai kecil depan sekolah ,tempat ibunya mencari rezeki.Abahnya kini menjadi pemandu teksi selepas bersara bomba.Umur abahnya sudah meningkat.Tulang empat kerat yang dahulunya kuat menyara keluarga,kini sudah mula lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan kalau memandu lama.Disuruh pergi ke hospital mengambil ubat selalu sahaja mengelak.

Hujung minggu pula Mia akan mengambil upah mengajar anak-anak jiran matapelajaran Biologi.Adiknya,Amin yang sekolah menengah turut ikut sama mendengar kakaknya mengajar.Untuk memastikan Mia dapat mengajar dengan baik,dikorbankan sedikit duit biasiswanya untuk membeli buku-buku rujukan.Tidaklah nanti tersalah ajar pula.Duit yang diperoleh daripada mengajar tuisyen dimasukkan ke dalam Bank Simpanan Nasional untuk simpanan masa hadapan.Malang kan tidak berbau


 **************************************

‘Ha Mia,hari tu Mia kata ada benda nak dicakapkan pada mak dan abah kan?’,soal mak Mia ketika mereka duduk  di ruang tamu selepas selesai makan malam.

Adik-adik Mia dalam bilik masing-masing.Mereka sibuk menyiapkan kerja sekolah.Esok adalah hari Isnin dan pastinya banyak kerja sekolah yang terbengkalai belum disiapkan lagi.

‘Aaa Mia,cepatlah cakap.Abah lepas ni nak ke rumah Pak Meon pula.Pak Meon  nak bincangkan pasal gotong-royong di surau kampung kita hujung minggu ni.Abah yang  AJK ni kenalah ambil tahu’,abah Mia bersuara.

Mia menelan air liur.Mula terbatuk.Batuk yang dibuat-dibuat barangkali.Matanya memandang mak dan abahnya.Namun sempat jua matanya menjeling-jeling  ke arah televisyen.Otaknya berpusing ligat mencari ayat mahu menjawab pertanyaan mereka.Nak cakap pun serba salah.Tapi kalau tak dilontarkan segera apa yang terbuku di hatinya,pasti tak akan selesai kerana memang kepulangannya ke Malaysia untuk duduk dan berbincang bersama mak dan abah.

‘Err.Mia Mia..’,gugup mahu memulakan perbualan.

‘Mia harap mak dan abah dapat terima kalau Mia cakap yer?’

Mak Mia mengangguk.Abah Mia juga.

Mia menarik nafas.Harap-harap mak dan abahnya dapat terima apa yang akan diucapkan selepas ini…


 **********************


APA YANG TERJADI SEBENARNYA?APAKAH PERKARA YANG MIA MAHU KATAKAN PADA KEDUA IBU BAPANYA?DAN APAKAH REAKSI IBU DAN BAPA MIA?UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGANNYA.NANTIKAN SAMBUNGAN TENTANG MIA PADA MINGGU HADAPAN.


p/s:berpeluh jugak saya menulis.hihi.kalau ada idea adalah episod dua =p

1 comment: