Friday, January 20, 2012

Kau nak terbang mana lagi?



AKU NAK TERBANGGG!
PANG! (satu tamparan hinggap di pipi).Heh?Padan muka kau!*Ahak!

Assalamualaikum semua pembaca yang saya kasihi sekalian.Walaupun kita tak bersua wajah..tapi saya tau anda yang sedang baca ini sangatla cute. >.< (bodek)

Bila saya start belajar medik ini,saya cakap dekat diri saya..saya sedia menjadi tempat luahan perasaan kepada siapa-siapa sahajalah yang memerlukan khidmat nasihat saya.(bajet bagus je kau bagi nasihat nina?)
Tak mengapalah tak bagi solusi pun kan?Tetapi cuba untuk menjadi pendengar yang setia.Masalah study ke,masalah dengan kawan-kawan ke,masalah CINTA pun boleh jugak!Biarpun saya tau hidup saya dibelenggu pelbagai masalah..namun,dengan menyelesaikan masalah orang lain..dalam tak sedar masalah kita pun terselesai..

Satu hari saya 'diserang' oleh seseorang (perempuan) di facebook.Cukup saya katakan si A..Si A menghantar mesej kepada saya di facebook,menyatakan terima kasih kerana menglike statusnya dan gembira atas jalinan ukhwah baru di facebook.Saya membalas dan dia meminta pendapat saya tentang masalah beliau.Saya dengan berbesar hati memberikan pendapat saya.Masalah cinta rupanya.Takpa..Orang minta tolong kenalah bantu..

Selesai perbincangan kami,dia memberikan kata-kata yang dia akan cuba untuk melupakan 'si dia' dan memperbanyakkan solat istikharah.(Mohon si A sentiasa tenang sekarang..insyaallah)



BERIKAN AKU SAYAP AGAR KU BISA TERBANG!

Apa yang saya nak komen di sini adalah..jangan block hidup anda bila ada masalah cinta!
Masalah cinta menjadi isu paling hebat dalam kalangan pelajar.Terutama yang duk amek degree ni..(saya tidak terkecuali).Bila hubungan dengan si dia ada masalah,habis semuanya macam takda ertinya lagi.(terutama perempuan la).Hidup rasa gelap.'Habeslah takda orang nak kawen dengan aku dah'..'Dia baik,aku tak dapat nak lupakan dia'.....dan bermacam lagi ayat yang bisa merobek jantung.

Oh plisssla awak-awak sekalian..Meh saya nak cakap sikit....

Hidup ini bukan hanya bertujuan mencari soulmate saja.Celik mata pikir pasal langkah-langkah mencari soulmate..oh tidakk..bukan!bukan!Hidup ini lebih daripada itu..soulmate itu asalnya term orang Greek dahulu..yang mana pada pandangan mereka.manusia diciptakan asalnya 2 kepala,4 kaki,4 tangan..tapi kerana hukuman Tuhan,manusia diciptakan selepas itu 1 kepala,2 tangan,dan 2 kaki.Dan diminta mencari pelengkap mereka di bumi..Wujudlah ayat ..'oh you are my soulmate..you complete my life'

Anda bagus kerana memilih si dia yang baik agamanya,baik akhlaknya,baik kata-katanya.SYABAS!
Tetapi kalau dengan anda,dia buat endah tak endah..layan tak layan..nak kata berkenan nak ambil anda sebagai isteri pun tak..kawan pun bukan..anda pulak asyik-asyik makan hati dan jantung..lebih baik anda undur diri sebelum cancer menyerang hati anda.BAHAYA tu!Anda punya maruah,anda punyai hidup anda yang perlu anda warnai...kanvas hidup anda cukup berwarna-warni biarpun dahulu si dia takda dalam hidup anda bukankah?Haaa..apa tunggu lagi?

Anda katakan anda tak dapat lupakan si dia..Lupakan saja!Melupakan si dia bukan dengan memikirkan bagaimana mahu melupakan si dia..tetapi menyibukkan diri dengan tidak memikirkan si dia!Anda membina tembok dalam hidup anda hanya kerana seorang..padahal ada orang lain rupanya di sebalik tembok itu.anda tak tahu sebab tak pernah nak pecahkan tembok itu..see?

Anda kata tiada orang sebaik dia dah yang anda akan jumpa.Anda pada saat itu.tahukah anda sedang berdoa  tidak akan berjumpa dengan orang yang baik selain dia?Tahukah anda bahawa Allah sepertimana yang anda fikirkan tentang NYA? Kalau anda berfikiran yang negatif,yang negatif jualah yang anda akan dapat?Kalau dapat yang buruk jua setelah berfikiran positif dan berdoa yang baik-baik? Itu adalah UJIAN.

So sekarang macam mana?

PELANGI AKAN MUNCUL JUA SELEPAS HUJAN DI TENGAH HARI

Anggaplah yang harapan akan kembali cerah. Anggaplah yang doa anda akan terkabul dalam cara yang menakjubkan.Kemarau hidup tidak berkekalan.Hujan musim bunga akan kembali.


Selalulah menaruh harapan.  Apabila amalan menaruh harapan menjadi suatu tabiat,anda boleh mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan.


Sudah menjadi hukum alam,selepas hujan di tengah hari akan muncul pelangi.Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.Air mata yang kau titis semalam,pasti ada penawarnya esok.Tersenyumlah..Tapi bilakah pertolongan itu?Katakanlah pada diri..bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.


Allah berfirman yang artinya: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat (QS 2:214).


Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Kalau anda bersedih hari ini.esok atau lusa akan ada saja benda yang boleh buat anda tersenyum kembali.Lupakan kisah yang boleh mencacatkan kejayaan anda.Anda punya tugas berat di dunia.Tak usah kerana masalah cinta dengan si dia meragut ceria di wajahmu.Sungguh anda  mampu jadi wanita yang terkuat!Wanita main peranan yang sangat besar dalam masyarakat.Dengan bersedih tidak tentu hala.Mana peranan yang anda mainkan itu?




p/s:kau nak terbang boleh!tapi ingatlah pertolongan Allah itu sangat dekat sayangku semua!







No comments:

Post a Comment