Wednesday, January 25, 2012

ADA aku kisah?

Hari ini sembang santai di kedai mamak! hehe

Assalamualaikum semua pembaca!Hari ini saya membawakan anda satu tajuk yang bunyinya semacam sudah sering diuar-uarkan di luar sana bukan?Tapi takpa.anggaplah ini semacam peringatan buat kita semua?okay?


KISAH 1

Abu (bukan nama sebenar) ialah pelajar di sebuah universiti X di negara Z.Dia merupakan pelajar yang cemerlang tahap panda!*hehe.Jadualnya cukup teratur.Daripada celik mata kepadalah tutup mata.Abu petah bercakap,maka layaklah kalau dia dinobatkan sebagai pendebat terbaik di universitinya.Cuma...satu sahaja,Abu tidak begitu sensitif dengan isu-isu yang tidak berkaitan dengan akademik (hal ehwal islam la pendek kata).Abu anti usrah.Jarang benar Abu solat berjemaah di masjid/surau.Abu tidak kisah kalau pergi berdating di tepi tasik/taman bunga bersama pujaan hatinya.Kenapa eh?


KISAH 2

Mimi (bukan nama sebenar) seorang gadis yang cun melecun di kolejnya.Hubungan Mimi dengan kawan-kawan dan pensyarah amat tip top.Mimi menjadi tempat luahan perasaan kawan-kawannya.(semacam kauselor pun ada).Tapi,malangnya Mimi tidak selalu pulang menjenguk ibu bapanya di kampung.Bila ada cuti,Mimi lebih selesa bermalam di rumah kawan-kawannya.Kenapa eh?


KISAH 3

Pak Mi (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja yang cukup rajin.Meskipun hidupnya miskin,Pak Mi tak pernah mengeluh akan kesusahan hidupnya.Pak Mi ada 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Anak-anak lelaki Pak Mi suka merempit manakala anak perempuannya pula sering pulang lewat malam.Alasan yang diberikan oleh mereka adalah buat kerja sekolah di rumah rakan.Tapi,Pak Mi tak pernah nak marah atau menegur anak-anaknya.Kenapa eh?(berapa banyak kenapa la pula)




menung jauh nampak??

Cukuplah 3 kisah yang saya nyatakan di atas untuk menggambarkan betapa tidak kisahnya kita,
yakni masyarakat yang mengaku moden pada hari ini!Siapa kita hari ini?
Kita kini hanya pentingkan perut sendiri daripada perut orang lain.Hatta,kalau jiran sendiri tiada makanan,susah benar kita ni nak menghulurkan 5 kilo beras kepadanya.Hu?


Mana tercampaknya sensitiviti kita?Kita kini sudah tidak peduli adakah hidup seharian kita mengamalkan Islam sepenuhnya.Sekadar cukup-cukup makan saja amalan kita.Tapi,kita tidak kisah pun.Kita tidak kisah juga kalau isteri/suami/anak-anak tak semayang pun tak mengapa.Asalkan mereka tak lari dari rumah sudah.Sanggupnya kita membiarkan darah daging sendiri menjadi bahan bakar api neraka?Ya Allah jauhkanlah semua itu..

Ibu bapa di kampung pula?Pernahkah kita menyelami hati mereka?Bibir mereka semacam mahu mengatakan sesuatu tentang buruknya tingkah laku kita terhadap mereka.Namun,bila anak-anak didepan mata,dilupakan saja resah yang terpendam.Takut sangat anak-anak berkecil hati.Asal anak tersenyum,mereka cukup bahagia!Kita sebagai anak pula?Merengus dan mengherdik mereka apabila kemahuan kita tidak dituruti....Oh sedihnya..



Namun,tak semua dalam kalangan kita yang berperangai sedemikian.Masih ada lagi yang peka dan kisah.Ada insan-insan baik di luar sana yang mengamalkan Islam sepenuhnya dalam hidupnya ,masih ada lagi anak-anak yang berbakti pada ibu bapa mereka dan masih wujud lagi insan-insan yang berusaha membawa keluarga mereka menuju redha Ilahi...keluarga sakinah mawaddah warahmah..




Cuma kalau kita jenis yang tak kisah dengan semuanya,,,,Berubahlah dan bertukar automatically kepada aku kisah la! 

selamat mencuba kawan-kawan .^_^

p/s:Sabar sajalah tunggu orang balik shopping ni...lama bebenor.hehe

1 comment: