Sunday, January 1, 2012

Ada apa sih di Andalusia? Bahagian 2


Assalamualaikum semua.Kembali ke bahagian kedua dengan cerita-cerita lebih panas.*haha* control Cik Nina control sikit ayat.*perempuan tak boleh over-over sangat.Hilang cun seyh*




Di Gibraltar bersama pemandu pelancong kitaorang.Abaikan monyet-monyet itu.Ahak!




Sampai di Gibraltar,hujan mula turun.Dahla kitaorang pergi 25 hb 12.It was Christmas Day la weyh! Memang tutup la semua kedai.*sobs*.Gibraltar sekarang sudah under UK..Haaa...Nampak je dekat dengan Spain...
Kami sepakat ambil tour guide sebab dah hujan,nak jalan kaki? Haila..Nampak macam seksa diri pulak nanti,berjalan dalam hujan dengan bag besar gedabak kat belakang.


Telefon merah di Gibraltar!

Untuk penginapan,kami memilih hotel-hotel yang murah la.Kami students okay.Bukan pekerja lagi.Tapi walaupun hotel-hotel murah (harga dalam 15 euro untuk semalam).Kemudahan sangat memuaskan.Thumbs up!Yang tak puas hati sikit ada lah dua hotel ni,tak sediakan breakfast.Kami makan roti dan minum susu (beli di kedai kecik tepi jalan) saja keesokan pagi.*nanges dalam diam*


Katil yang selesa.Memang nyenyak tidur!

Orang-orang Spain muka tak macam orang Europe.Rambut tak blonde,kalau yang perempuan tu,tinggi macam orang-orang Asia je.Cuma tang hidung lah..Tinggi dan mancung.Kalah la orang-orang kita.*hehe*
Kalau yang lelaki?hurmm..boleh la tahan.Ada yang good looking.Ada yang tak.Eh?sempat usher cik Nina?
Erk..sorry cik Abang ,terrrtengok saja.*ingat pesanan awak,suruh jaga pandangan =)*




Sangat suka yang ini.Di Plaza Espana,Seville

Lagi gambar penyejuk mata kalian.....


Masjid di Gibraltar.Pandangan jauh.



Nampak tak tulisan?Di dinding bangunan Al Hambra

Wa-la ghaliba illa-Llah and translates as "There is no Conqueror but God". 




Ini masjid di Lisbon,Portugal

Kalau nak dibilang,cuti kali ini kami pergi banyak masjid.Di atas gambar masjid di Lisbon,Portugal.Sempat bersembahyang Maghrib dan Isyak di sana.Sebelah masjid ada kedai makan.Yummy sungguh kari ayam kat situ.Ehem!




Bahagia sungguh muka kawan Cik Nina ni.hehe

Sebelum akhir kalam,nak pesan sikit..kalau travel tu...beg duit jaga-jaga.Lebih-lebih lagi bila kat area yang ramai orang.Contohnya dalam metro,train or trem.Kalau tak mahu beg duit anda di curi oleh pencuri profesional antrabangsa, pastikan juga beg silang/hand bag anda jenis yang susah membenarkan pencuri masukkan tangan dan ambil dompet dengan jayanya!


p/s: Cik Nina jadi mangsa pencuri licik antarabangsa dalam metro  di Madrid ketika otw ke Masjid Madrid.Muka gelabah habis.Macam ibu kehilangan anak.Mujur dompet tak ambik sekali.Yang tinggal hanyalah kad bank dan kad-kad lain.Sabar saja banyak-banyak..Pencuri curi  belanja kawen.Haish! Haha 

 ^_^  Ahoi!

Renungan bersama :

Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka” (Mukmin: 82).



No comments:

Post a Comment