Sunday, December 8, 2013

Soalnya jantung



Jantung berdegup kencang
Pandangan berbalam-balam
Semacam naik roller coster
Nafas ditarik panjang-panjang
Ada apa dengan jantung?

Penciptaan jantung ajaib sekali.Jantung berdenyut setiap detik.Setiap waktu meskipun mata terpejam lena di malam hari.Tapi jantung tetap bekerja bagai dirantai oleh sesuatu agar sentiasa bekerja.Ada kuasa yang Maha Hebat dalam penciptaan ini.Subhanallah.Maha Suci Allah.

Bila dilihat dalam-dalam,betapa tersusun penciptaan sistem kardiovaskular dalam badan manusia.Jantung terbahagi kepada empat bahagian,dua atrium untuk kiri dan kanan,dua ventricular untuk kiri dan kanan.Bahagian kanan jantung untuk pengaliran darah yang tiada oksigen (mengutip darah daripada organ-organ kembali ke paru-paru) manakala bahagian kiri jantung mengepam darah keluar daripada jantung untuk kegunaan organ-organ seperti buah pinggang,otak,dan lain-lain.

Apa yang menarik sangat-sangat adalah,meskipun jantung yang mengepam darah dan dilihat super cool,tetapi ianya sendiri mempunyai salur darah untuk mendapatkan oksigen dan  nutrient.Ianya disebut coronary arteries; khas untuk jantung.Jika salur darah ini tersumbat oleh kolesterol hingga berlaku atherosclerosis,jantung tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi dan sel-sel jantung akan mati.Hal ini menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan sebaiknya.Ini berlaku ketika serangan jantung yang dipanggil myocardial infarction.




Pengajaran daripada kisah ini adalah,jantung pun ada bekalan oksigen dan nutrient sendiri.Kita manusia sebagai binaan sel-sel yang berjuta jumlahnya lagilah memerlukan kebergantungan yang lebih banyak daripada jantung.Kita sebagai  manusia ada jasad, nafsu dan akal.Nafsu dipandu oleh akal.Akal dipandu oleh al-quran dan sunnah.Manakala jasad dipengaruhi oleh nafsu dan akal.Sebagaimana jantung memerlukan oksigen,manusia memerlukan tarbiyyah (pendidikan).Jika tarbiyyah yang diperoleh haru-biru,kesannya terserlah pada pembawakan individu itu sendiri.



Saturday, November 23, 2013

Tak cukup tanah nak jalan tak cukup jam nak tengok.

Assalamualaikum
Hai adik akak abang dan semua yang tengah baca my post kali ini.

Poyo je kan tajuk post kali ini.Kau student baru,dah kata busy bagai..kalau dah HO nanti,MO nanti..acaner? Ce citer ce citer apa sebenarnya entri kali ini.

Macam ini,sejak masuk semester ke tujuh aka tahun ke empat as a medical student ni,pheww,tekejut den.Tekejut sebab asyik duduk dengar lecture saja.Naik kebas muscles gluteus maximus saya asyik duduk.Then,banyak pulak benda nak kena menghafal tahun ni.Apa benda tu? Lain tidak bukan adalah nama-nama ubat yang akak senior pernah kata, 

''Nama-nama ubat tu dah macam nama alien.Awak hafal jer." 
Pasrah 

Baiklah

Maka bermulah episod cik Nina dalam dilema dan insomnia asyik tidur lewat sebab pusing kiri kanan tak boleh tidur.Esoknya dalam kelas mulalah menguap selang 5 minit.Ohoi.

Satu hari,waktu kelas Hygiene and Epidemiology,cikgu ajar how to manage your time.





Alkisahnya,kitaorang discuss isu junior doctor yang baru-baru kerja mengadu terlalu banyak kerja yang perlu dibuat.Jadi,dia pun bagitahu table ini.

Menarik kan? Saya dah pernah tahu table macam ini,tapi terlupa.So far asyik duk list dari 1----10.Memang nampak serabut lah kan? Kalau dalam table,lebih tersusun dan kemas.

SELAMAT MERANCANG MASA ANDA

(^.^v) 



Thursday, May 9, 2013

Tak tahu bukan maksud bodoh

Assalamualaikum semua.hye everyone!

Demam pasca pilihanraya umum 13 masih belum berakhir,setiap hari ada saja berita sensasi di dada akhbar dan muka buku.Cerita-cerita yang sebelum ini kita tidak tahu,telah dihebah dicanang merata-rata.Terbaru muncul parody bertajuk ''Tok Ali saya" di you tube.Macam-macam.Sistem demokrasi di Malaysia dikatakan telah rest in peace R.I.P.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bangkit menuntut sistem pilihan raya yang lebih adil.Dengar khabar BERSIH 4.0 mahu dijalankan?Betul kah?

Namun bukan itu yang saya nak bawakan untuk post kali ini,ianya lebih menjurus kepada how we should act.

But what? 

Suatu hari sewaktu kelas Microbiology sesi petang (5 ptg-8 mlm),kami diberi tugasan untuk menyalin nota tentang our next credit Microbe.It is our last credit before final.Tengah belek-belek petri dish berisi agar dan bakteria yang diculture,saya bertanya kepada groupmate omputih saya

''Do u know what is this? MBL stands for what?''

''Hurm..dont know.yet...''

Lepas dia jawab camtu, i was like.wow.Positif ayat dia ni..Lebih kurang saya belum tahu lagi,lepas ni saya tahu.Kita,kalau jawab mesti macam ni...''Ha? yang ni,ala tak tahu la.'' takpun macam ni,''Sorry,saya tak tahu.''

See,sometimes ada benda yang kita boleh belajar from minah and mat salleh ni.Yes.Diaorang suka sosial,but,disiplin menuntut ilmu dan kesungguhan mereka patut kita contohi.Nak menuntut ilmu apa pun,disiplin mesti ada.I repeat.Disiplin.

Ayuh,mari mendisiplinkan diri dan fokus dengan matlamat kita.Siapa lagi nak mendisiplinkan diri kita kalau bukan diri sendiri? 

Ini kalilah! Hoho!


And now, the end is here 
And so I face the final curtain 
My friend, I'll say it clear 
I'll state my case, of which I'm certain 
I've lived a life that's full 
I traveled each and ev'ry highway 
And more, much more than this, I did it my way  





Saturday, March 2, 2013

Menyeru semangat yang hilang


   Assalamualaikum semua.salam 1 Malaysia.Luangkan masa sejenak mendoakan kesejahteraan negara kita tercinta,bumi Malaysia.

  Bila tengok post terakhir saya,bulan Januari yang lalu.Wah,dah dua bulan lebih saya tak update blog ini.Apa yang saya buat?Jom semak.

  Naik saja semester ke enam,selama sebulan ni,setiap minggu saya ada kredit/test.Setiap hari pagi-pagi keluar pukul 8 pagi dan balik petang.Malamnya kalau tak mengantuk akan stay up study untuk test.Hujung minggu pula ada program.Jadi masa study hujung minggu adalah hanya hari Ahad.Itupun petang Ahad atau malam.Jadi saya kena pandai-pandailah mencelah waktu study misalnya dalam bus,waktu tengah tunggu bus ataupun dalam trem on the way to hospital.

   Maka setiap hari saya kena maintainkan semangat.Tapi,sampailah satu hari ni,sebab rasa macam dah tak boleh nak masuk dalam otak semua benda yang dibaca,saya rasa down sangat.Salah satu sebab adalah saya fail test microbiology dan kena retake in two weeks time.Fail sebab tak cukup satu lagi markah.Nak nangis?Nangis pun tak guna,benda dah nak jadi.

  Disebabkan semangat yang luntur macam disimbah clorox,saya memang tak pergi kelas internal medicine pada hari tersebut.Ponteng! Saya pun call mak,mengadu,awalnya suara okay,lepas tu,mula sebak.Nangis. (^.^)

  Mak saya pun bagilah kata-kata semangat kepada anaknya yang sedang gundah gulana ini.Katanya,

 '' Kalau akak rasa bosan study dan duk ulang benda sama,anggap setiap hari akak belajar benda baru.Set mind setiap hari adalah hari baru.Amek contoh,kalau hari-hari kita makan ikan,kita jangan kata itu ikan,tapi kata itu daging.''

  Banyak lagilah yang mak saya pesan sebenarnya,biasalah kalau pesanan mak,memang panjang pun.hehe.Tapi betul apa yang dikatakan oleh mak saya tu,anggap setiap hari ada saja benda baru yang kita belajar.Barulah bersemangat! Tak gitu bang?adik?akak?

                                                    http://youtu.be/NlYbRccqcR8

  Ini adalah lagu yang memberi semangat kepada saya,lagu tema filem Darah Satria.Mentang-mentanglah anak askar,lagu filem tentera jadi pilihan.Seriously,best lagu ni.Well,saya rasa saya nak doktor tentera la =)





 




Thursday, January 24, 2013

Apa pun tak boleh.

Assalamualaikum

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia! 

Alhamdulillah bulan Februari ni saya dah nak masuk semester enam.Tak sabar-sabar nak habiskan third year dan masuk tahun ke empat bulan September.Sedikit cerita tentang diri.

Oh yer isu kali ni saya nak share sikit adalah tentang keburukan makan mi segera dan sardin.Eh?Kenapa mi segera dan sardin? 

Sebab mi segera dan sardin adalah makanan kegemaran siswa-siswi dan tak terkecuali saya jugak! Saya tahu mi segera ni tak elok tapi atas alasan kegawatan ekonomi kadang-kadang memaksa saya untuk menelannya. -.-






Sungguh terkejut lagi terbeliak biji mata saya bagaikan nak terkeluar tengok gambar di atas.Alamak! Berapa bungkus mi segera dah aku telan?huhu.Please stop it cik Nina sebelum kidneys anda ada problem.Tahukan kalian kidneys andalah yang menapis segala bahan kimia dalam badan.Dan kalau terover dose bahan kimia,buah pinggang akan ada masalah dan susahlah nanti bila toksik dalam badan tak dapat dikeluarkan melalui urine.Masa muda-muda memanglah takda masalah lagi,tapi bila dah tua nanti?haaa..siapa yang susah?

Jadi atas kesedaran itu saya menghadkan mi segera.Kalau dulu asal lapar masak mi segera,mi segera mi segera.Kini saya hadkan hanya sebungkus dalam setahun.hehe.Mujahaddah!!






Sardin ni pula.urm..cuba kalian fikir.Apa yang menyebabkan tulang sardin ni lembut tak macam tulang ikan yang lain?

They put something la untuk lembutkan tulang sardin..and of course la bahan yang tak elok juga untuk kesihatan.

Fikir punya fikir kalau nak diikutkan memang banyak sangat benda yang tak boleh dimakan gitu.

But wait....

Bukan tak boleh makan langsung.Boleh.Boleh makan,tapi jangan melampau batas.Setakat nak rasa,setakat nak hilangkan kempunan tu amat dialukan.Ikut nafsu makan,memanglah semua sedap.


Selamat mengubah menu makanan anda!



Saturday, January 19, 2013

persediaan ke alam rumah tangga

Assalamualaikum

Dalam post yang lepas,tajuk artikel saya bertajuk bersabarlah,esok bahagia milikmu (boleh check di list post) ditujukan untuk individu-individu yang nak naik pelamin.Untuk kali ini,saya nak habaq mai apa-apa persediaan-persediaan yang sewajarnya kita lakukan.Tak banyak,tapi bolehlah nak share sikit.

Oleh sebab saya nak tahu tips-tips,maka pada suatu malam time duduk kat dapur with seniors (included seorang akak yang dah naik pelamin; final year medic),saya pun mulakan perbualan kami

''Kak Dina,urm macam mana yer kak Dina dengan mak mertua,nak ambil hati bagaimana?''

''Akak?akak kalau balik rumah dia,akak tolong dia masak.Waktu masak tu,kalau dia suruh kita buat itu ini,kita buat je.Kiranya ikut flow and style masak dia la.''

''OOo..macam tu,lagi satu,berapa Kak Dina spent untuk majlis?''

''Sepuluh ribu..sepuluh ribu tu untuk baju,sewa pelamin,foto and lain-lain.Untuk jamu orang kenduri,mak bapak akak yang keluarkan duit''

Buat pengetahuan kak Dina simpan duit sejak first year study..asalnya untuk simpanan time susah or sesak.Moral value here is kita should start menabung bermula sekarang,at least duit elaun/part time job yang kita dapat simpan rm200  sebulan.Dalam setahun insyaallah kita dapat rm 2400

                 ******************************************************

Bagi persiapan peribadi bagaimana pulak?Personally, saya cadangkan buku-buku berikut..ada yang saya sudah habis baca dan sedang baca.Secara teori  amat bagus untuk kita tahu psikologi pasangan masing-masing.Sebabnya lelaki dan perempuan berfikir tak sama.Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.






Tapi ada satu buku yang betul-betul membuatkan saya rasa nak ubah diri saya iaitu 

Best friend saya asked me to read this.Dia beli di Indonesia.Thank you so much!

Okay nampak macam over kan buku ni,tapi saya nak bagitahu keluh kesah isteri menjadi penghalang suksesnya suami sekaligus menjadi penyebab utama tidak harmonisnya kehidupan berumah tangga. 
''Bisa jadi istri memiliki banyak kelebihan..namun semua itu menjadi tidak bererti jika perangainya buruk,selalu cemberut,dan suka berkeluh kesah''
Cuba kita semak balik diri kita macam mana?Adakah sekarang kita jenis yang suka merungut,sikit-sikit merajuk,sikit-sikit tak puas hati dan suka marah-marah?Jom ubah peribadi yang lebih tenang dan sabar.Moga kita semua lebih tenang dan tak mudah mengeluh.Amin.

*doakan saya,saya pun masih berusaha untuk jadi susuk tubuh yang tenang dah tak mudah mengeluh*


Tak cukup jika kita hanya memfokuskan kepada bacaan semata-mata,kalau rajin dan ada masa bolehla rajin-rajin buka you tube  dan tonton siri tanyalah ustaz di tv 9.

Serius banyak yang kita boleh ambil pengajaran dan pedoman.Sebagai contoh boleh cari video bertajuk Seni mengawal rumah tangga by Ustaz Amin.Antara petua yang ustaz share

1. Untuk lembutkah hati, selalulah baca Al-Fatihah dan sebut nama orang yang kita nak dilembutkan hati

2 Time masak baca surah Al-Kauthar

3.Untuk mudahkan segala urusan banyakkan berselawat.Insyaallah harmoni suasana rumah kita.

Sebenarnya banya cara kita untuk mendapatkan  ilmu.Buku,majalah.video,minta pendapat orang lain.kursus perkahwinan dan etc.Tinggalnya diri kita rajin nak mencari dan beramal dengan apa yang kita sudah dapat.

Walaupun kita rasa masih awal untuk ambil tahu petua-petua berumah tangga,jika betul kita  kata kita nak bersedia,maka inilah antara usaha untuk menambah ilmu.


Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Saturday, December 1, 2012

Bersabarlah esok bahagia milikmu



Assalamualaikum.

Sebelum itu saya menyusun jari memohon maaf jika penulisan kali ini bakal mebuat anda terangkat kening memandang sinis pada saya.Saya tahu diri ini masih terlalu muda untuk menulis tentang isu rumah tangga,kahwin,cerai dan sewaktu dengannya.Berbekalkan pengalaman dan pemerhatian selama ini ingin saya kongsikan pendapat saya.Diri ini bukanlah ustazah,bukanlah pakar cinta,cuma hambaNya yang masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini.


Bermula pertengahan  tahun 2011,hujung tahun dan baru-baru ini semakin ramai rakan-rakan sebaya melangkah ke alam baru iaitu alam berumah tangga.Malah ada yang sudah beranak-pinak.Semoga Allah berkati pernikahan kalian dan anak-anak kalian menjadi penyejuk mata serta berbakti bagi agama bangsa dan negara.

Dalam keriuhan mendapat undangan daripada rakan-rakan yang bakal berkahwin,keluh-kesah,kegelisahan,keterujaan rakan-rakan yang belum bernikah turut sama kedengaran.


''Untungla ada orang nak kat dia..aku siapa ada?diri sendiri tak terjaga.nak jaga anak dara orang.''

''Pakwe aku tak masuk meminang lagi.Macam mana ni?''

''Aku try dah dia..jual mahal la pulak minah tu..''

''Ana tak layak untuk enti,carilah yang lebih sesuai''







Bagi yang belum berpunya,even dah berpunya belum lagi si dia masuk meminang,bagi yang dah bertunang..bersabarlah..giliran kalian akan tiba juga..penantian memang suatu penyeksaan,tetapi penantian yang berserta kesabaran,suatu ketenangan.

Berkahwin bukanlah matlamat.ianya hanya alat mencapai redha Allah.Sekiranya kahwin dijadikan matlamat,bila dah berkahwin,ke mana hala tuju kalian berdua?Samalah seperti orang makan nasi, nasi hanyalah alat untuk menghilangkan lapar.Yang dikejar bukanlah nasi,yang menjadi matlamat adalah menghilangkan rasa lapar.

Rakanku sekalian,perkahwinan yang tenang adalah bila isteri/suami dan anak-anak bahagia bila duduk bersama.Meskipun keluarga anda tak kaya raya,makan pun kadang-kadang mengikat perut,tetapi kalau anak-anak berasa bahagia bila bersama ibu bapa mereka,itu sudah cukup.Jika suami tiada di rumah...anak-anak dan isteri mula merindui,maka anda adalah ketua keluarga yang baik.Jika sebaliknya,check balik diri..






 Sebelum berkahwin,persiapkan diri,ilmu,kewangan dan emosi.Sekiranya emosi tak kuat,senang sangat bakal kecundang di tengah jalan.Ada saja yang tak kena tentang pasangan di mata kalian.Petua yang paling penting,jangan terlalu bergantung kepada pasangan.Pasangan bukannya senantiasa ada 24 jam dengan kita.Dia pun ada kerja dia,kita ada kerja kita.Belajar berdikari dan berlapang dada dalam apa jua situasi.Kerenah mertua,ipar duai kadang-kadang menjadi punca perkelahian.





Menurut statistik di Malaysia perceraian berlaku setiap 15 minit.Berita yang amat mengejutkan bagi sebuah negara yang  ramainya orang Islam.Perceraian bukanlah jalan penyelesaian.Tetapi kalau perkahwinan diteruskan namun maki hamun,caci maki,penampar,suami pula tak balik rumah berbulan-bulan,makan minum anak isteri tidak dihiraukan,maka perpisahan adalah jalan yang terbaik.


 Sebagai seorang anak yang ibu bapa bercerai,saya tahu betapa peritnya melihat perkahwinan mereka putus di tengah jalan.Mungkin itu yang terbaik bagi mereka,sebagai anak kita mendoakan sahaja yang baik-baik.Allah menguji seseorang mengikut kemampuan mereka.Sekiranya belum berkahwin lagi,mungkin Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran kalian menanti jodoh yang telah ditetapkan.Rakan-rakan yang sudah berkahwin,Allah menguji mereka sejauh mana mereka meletakkan Allah dalam perkahwinan mereka.Setiap yang terjadi di saat dan ketika ini,adalah yang terbaik buat diri.Cuba bertenang dan cari perkara-perkara positif disebalik apa yang berlaku.

Bukannya Allah tidak sayangkan kita.Tidak sekali kali tidak.



''.....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
(al-Baqarah: 216)