Monday, December 12, 2011

Makan tak kenyang,mandi tak basah jalan tak straight

Assalamualaikum pembaca sekalian.Bismillah pembuka kalam.Di saat entri ini dibuat cik Nina mengalami simptom-simptom seperti tajuk di atas.

Uhuk!Tarik nafas dan hela.

Orang kata buat medik oberseas senang sikit daripada dalam negara? Ye ka?Boleh senang lenang dan tak payah susah-susah study?huh?
Cik Nina yang sedang belajar di oberseas ni pun tak dapat beri jawapan tepat.Tapi kalau sedikit tu bolehla nak komen.
Kelebihan study medik oberseas yang cik Nina dapat huraikan di sini adalah (terutama area europe):

1.Dapat biasiswa ala-ala macam sudah gaji.Beribu-ribu lemon bak kata orang zaman sekarang.(tapi kena pandai budget..takut tak terbayar sewa rumah.heh!)
Jadi dapat beli buku medik yang tebal-tebal tanpa perlu risau akan masalah duit tak cukup

2.Dapat pergi ronda-ronda dunia.Sebut saja.Paris,London,Rome..ha...insyaallah boleh pergi..(tapi kena ikat perut sikit from gila shopping..bukan apa..tambang mahal)
Jadi boleh jumpa rakan-rakan yang buat medik di negara lain dan boleh bertukar-tukar idea.

3.Internet laju gila.Bukak la you tube ke,google ke.malaymovies ke..tak payah nak tunggu loading lama-lama.Boleh layan movie banyak-banyak dalam satu malam kerana internet laju.( cayalah europe.Erk.Malaysia bun boleh juga jadi macam ni..tunggu zaman anak-anak kita kot ..hehe)
Jadi dapat bukak wikipedia dan tengok video medik dengan senang hati tanpa perlu mencebik muka tunggu video loading.

4.Pengangkutan yang sistematik.Katakan pukul satu suku bas bergerak.Satu suku lah bas dan pemandu bas tu bergerak.Kita yang menunggu ni..konpem takkan marah-marah siap buat muka toya.
Jadi tiada alasan untuk pergi lewat ke hospital pagi-pagi

yang terakhir adalah yang paling 'best'.

5.Exams setiap minggu!Exams dia bukannya setiap bulan...tetapi ikut sistem kredit dan dijalankan bila dah habis satu topik.Nampak macam senang..ala..satu topik..sikit je kan.Tapi..kalau ada 3 subjek..dalam seminggu yang ada exam.haa.tepuk dahi la.!



Hentak kaki seratus kali pun dan melalak bagai nak pecah suara.exams tetap exams.Kita ditaja belajar bukan untuk menghabiskan duit rakyat dan ronda-ronda dunia.tapi ada tanggung jawab atas bahu ni.Kalau tak larat nak bawa.kenapa rajin sangat pergi temu duga dulu?Hadoi.





Kusyuk sungguh cik Tuti (nama bear ini) study! @_@





p/s:Moga esok sudah boleh makan kenyang,mandi basah dan jalan straight!

Friday, December 9, 2011

Maybe she's born with it. Maybe it's Maybelline

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati!

Assalamualaikum pembaca sekalian.Moga sedang tenang tanpa high blood pressure.Kalau ada sila minum air Peria (petua mak-mak).Pantun ditujukan buat perut cik Nina yang sedang digest ayam masak merah (kawan masak tonight).Yummy~



cantik.semua perempuan nak mata camni.



Cik Nina hari itu ketika bersantai rehatkan minda daripada baca buku physiology,ambil masa 5-10 minit buka laman muka buku.Tengok status menarik.Like.Tengok gambar menarik.Open link with new tab dan stalk.Komen dalam hati. "Urmm cantik".(bukan gambar di atas la)

Kalau dah nama perempuan,belajarlah setinggi mana pun atau serendah mana pun.Perempuan tu perempuan juga.Tambah-tambah umur dah nak masuk alam 20-an plus plus.Bedak compact dan celak paling kurang mesti ada dalam almari kat kampus tu.Belum dikira lagi eye shadow,gincu,eye liner,curling up mascara (bagi yang gila make up).Sebutla apa saja ..Mereka (bagi yang gila make up) pasti ada.*sila mengaku beramai-ramai.*

Cik Nina sembang-sembang dengan rakan sebilik yang setia mendengar lagi rajin mengomen

"I rasa diri i ni tak cantik,hodoh,tak kurus dan tak tinggi lampai macam model.Cukup-cukup je ayu I ni.Macam mana nak buat ni eh U?'' (kami senang panggil U and I.ala-ala western gitu)

"U..cantik tu U anggap camna?''

"Urmm..bagi I cantik pada perempuan mestilah macam ala-ala perempuan melayu terakhir cenggitu.Cakap tak kasar-kasar dan bak kata orang..sedap mata memandang''

Kemudian dia balas

"First cik Nina,kita kena tahu definisi cantik itu apa.Cantik itu ada dalam brain si tuan punya badan.Maksudnya,diri sendiri yang kena letak kayu ukur cantik untuk diri sendiri.
Cantik yang bagaimana mahu.Kalaulah senyum dalam kondisi genting itu cantik.Jadilah macam itu.Dan kalaulah cakap beralas itu cantik.Cuba lah jangan tengking bila bercakap''

"Lorh..mana mekapnya cik kak oi?Tak perlu make up ke?''

"Na..kalau kita mekap setebal mana pun dan pakai seseksi habes pun..akan ada orang yang lebih cantik daripada kita.Katakanlah si A cun..kita tengok si B pun cantik jugak.Siap ada lesung pipit lagi.Lagi cantik from si A..Then si C lalu..eh cantik juga..pendek kata ramai orang-orang cantik di sekeliling kita''

''Oh kalau macam itu..takda yang hodoh la?''  '' Nope.kalau U rasa diri U hodoh..hodohlah..heyy,positif la sikit cik Na oii!''

''Ye ye..positif la ni..Haish"

Cik Nina berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Cik Nina terus mengambil cermin bulat dalam almari dan membelek-belek muka sambil buat muka berkerut-kerut..kot-kot ada  jerawat yang tumbuh.Okay takda! Cantik lah ni.*hehe*



Datuk Siti without make up.Natural beauty.I like!

Tuesday, December 6, 2011

Daripada Kata Timbul Pula Rasa



Ku hela nafas damai semalam
Dalam rimbun rasa lelah
Ombak rasa selalu hadir
Dalam hati seorang musafir
Aku ajak tarik mereka bersama
Mereka geleng penuh bantah
Akur sudah aku biar tanpa kata dan madah
Mereka bilang aku lupa
Sengaja lupa nikmat  berdunia
Dunia untuk mereka
Tapi aku untuk siapa pula
Hari ini aku hela nafas
Dalam tunas reranting  harap
Lekas-lekaslah beralih arah
Berkali-kali pesan dilaung
Dunia tidak betah  buat kita
Kerna kita memang untuk akhirat!

Nukilan rasa bayi perempuan sudah remaja kini berada di luar negara. ^_^


Bam bam pipi dia nih.haha




p/s: Puisi itu cik Nina hasilkan lepas ulang baca karya sasterawan negara kita ,A Samad Said sejak dua menjak ini.Cik Nina juga ada test untuk minggu ini.Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi beli keyboard budak-budak kecik.Berkongsi duit dengan rakan sebilik.Kononnya nak berlatih main piano dan imbangkan otak yang makin berkarat dan tepu kerana selalu amalkan makan maggi.Hadoi~




Wednesday, November 30, 2011

UBAT hati gundah-gulana,hidup porak peranda

Pesakit :Doktor N..tolonglah saya.Saya rasa tak sedap badan.Hati resah gelisah.Makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah,siang jadi malam,malam jadi siang.Susah kalau selalu macam ni doktor.Hurm"

Doktor N:"Senang saja untuk ubat ANGAU ni.Amik krim gatal dan sapu.Amik waktu pagi dan petang.Kalau tak sembuh biar saya jadi wakil masuk meminang!"

*Dialog antara pesakit dan doktor rekaan semata-mata.*

Oh lupa nak bagi salam.Selamat sejahtera pembaca semuanya.Moga gumbira dan senyum hari-hari biarpun Malaysia panas sokmo.

.Bukan isu ANGAU nak dikupas untuk kali ini tetapi...isu HATI yang parah..Malahan hati kalau pergi wad ICU pun kena pakai mask oxygen 24 jam kalau tak dirawat cepat-cepat.Ayuh selamatkan HATI yang dalam ICU tu!

Erk.Cik Nina,apa ubat yang mujarab,dijamin halal dan menyembuhkan dengan efektif sekali untuk penyakit hati yang dah masuk wad ICU ni? Macam takda jer.
Giler takda ubat.Adalah...Semua penyakit ada ubatnya.Setiap masalah ada penyelesaiannya.Ada A..adalah Z..eh boleh pulak kait macam itu?*hehe*

Ubat itu kalau pergi kauter Farmasi mesti takda..sebab ubat itu namanya SUJUD.Pergilah mintak ubat nama SUJUD dekat mana-mana kaunter Farmasi.Sah mesti orang jaga kaunter kerut dahi seribu dan geleng-geleng kepala ke kanan dan ke kiri.

Sujud dalam erti kata lain.Solat lah.Perkataan orang ramai faham.Solat malam.Nak nak kalau sujud dalam solat tahajjud.Kalian bangun pukul 3 atau 4 pagi.Berdating dengan Allah.Serius perasaan amat syahdu lagi melegakan hati selepas itu.

Sesungguhnya ubat paling mujarab bila hati resah gelisah,hidup porak peranda,rasa macam nak terjun bangunan 14 tingkat.tengok dinding macam nak tumbuk,sikit-sikit naik angin ribut taufan.Maka,perbanyakkanlah solat malam anda.Mohon kekuatan jiwa.Menangislah sepuasnya.Kita menangis merintih kepada Pencipta kita.Siapa nak marah?Bahkan Dia lagi suka dan bertambah cinta.

"Erk.Tapi cara lain pun boleh kan?Pergi karaoke,main bowling,hang out malam-malam.Happy jugak.Tenang apa"

"Boleh.Dan memang akan happy.Tapi lepas tu korang rasa macam kurang sesuatu.Dan hati tak tenang jugak.Konpem!''

Nak cuba cara lain.Cik Nina tak marah.Cubalah dan kalau cara-cara lain tak menjadi silalah pergi ke tandas.Ambil wuduk 3 minit.Solat 5 minit.Berdoa 5 minit.Total 13 minit.*sekejap tapi ketenangan kekal lama*

Berbanding pergi karaoke satu jam,main bowling setengah jam.Total satu jam setengah.*lama tapi ketenangan hilang semula*

Pilihan di tangan anda.Anda mampu mengubahnya.Oh yeah!







Kesian  hati ni.Tuan dia tak bagi ubat ke?


                                             

Friday, November 25, 2011

Manisnya Macam Madu Sabar Itu

Kuih bangkit kuih bahulu,
Kuih bahulu sedap dirasa,
Sabar hamba tiba di hulu,
Tidak tertahan memendam rasa.

Jeng Jeng..Pantun sebagai pembuka kata kali ini.Salam sejahtera pembaca semua.Moga dalam rahmat Tuhan semuanya.Meh meh kita kupas dan bedah isu sabar kali ini.


Madu ini banyak khasiatnya


Mari kita sambung.Suatu hari datang surat layang kepada anda.Berbunyi begini...

"Ke hadapan saudara/saudari yang sedang membaca surat ini.Saya ni sebenarnya tak puas hati lama dah.Saudara/saudari ingat diri sendiri tu banyak bagus?Setakat bagi nasihat banyak-banyak siang-malam belum cukup baguslah.Kat luar ramai yang bagus daripada saudara/saudari.Ceh!""


.............(tanda koma bermaksud diam)

Aha!Surat layang seperti itu belum cukup panas bukan?Tapi kalau namanya surat layang dan menerima secara tiba-tiba..Hai..hati yang secute doraemon pun akan meletup-letup boom boom mahunya.Mahu saja tumbuk muka orang itu biar lebam warna ungu.Asal hati puas!Bukan setakat surat layang.Kadang-kadang ayat seseorang time bersembang dan pedas sikit.Senang sangat nak terasa.

Eh..Sabar..dan di situlah letaknya sabar..Kata nak masuk syurga bagai.Nak minum air sungai dalam syurga.Nak dapat bidadari syurga lah.Then.kalau tak bersabar.Tak layak kita semua ini cik akak dan cik abang oi..

 “Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)

Orang-orang yang bertakwa ini.Pengakhirannya di mana?Insyaallah di syurga.(pikir-pikirkan)

Macam mana nak bersabar nih?Payah la.Sabar ini ada batasnya.Aku ini manusia bukan malaikat.
Oh.delete delete ayat itu semua.Itu ayat-ayat yang merupakan simptom-simptom sabar anda terkena serangan virus.(almaklum baru selesai belajar tentang virus.aplikasikan di sini )

Cara-cara untuk bersabar kalau mendapat surat layang atau dimaki hamun dan dicaci maki sampai telinga merah-merah:

1.Tarik nafas dan berlapang dada.Istighfar.Cakap pada diri.Aku ini lagi cantik dan handsome kalau bersabar..So cool

2.Balas surat layang itu.Simpan dalam sampul surat yang cantik.Jangan hantar.Kemudian bakar.Habis cerita surat layang.

3.Pergi gym.Tumbuklah punch bag dalam gym seratus kali sampai lebam tangan kalau mahu.

4.Deactivate facebook.Pergi bercuti atau balik kampung dan bersembang sampai larut malam dengan adik-beradik

Tak berkesan lagi?

5.Masukkan  kemarahan dalam mulut.Kunyah dan telan.Biar digest dalam perut.


                     Selamat Mencuba


Selepas beberapa hari,api kemarahan anda.Insyaallah beransur-ansur hilang.Yang ada cuma abu berterbangan.Kemudian,anda  dapat rasakan,sabar itu macam madu rasanya.Anda bahagia.Orang sekeliling anda pun tak tercedera dan patah tulang belulang dek panas baran anda itu.

Yang sedang dalam latihan bersabar,

Cik Nina 


Monday, November 21, 2011

Medik Bukan Kerana Terpaksa Tapi Kerana Suka

"Kringggggggggggggg"
"Kringgggggggggg"


Pukul 5.05 minit pagi.Masuk sudah waktu Subuh untuk kawasan Warsaw dan sewaktu dengannya.Post kali ini macam berdrama sedikit.*hehe*

Dalam kepala selain solat,mandi dan bersiap, sempat lagi komen dalam hati ."Alamak kelas Physiology hari ini pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari.Urmm ".Okay.sekejap je tu.(ayat penyedap hati)
Kelas bermula seperti biasa dan cik Nina mendengar dengan penuh semangatnya..sambil tangan tak berhenti-henti tulis nota.

"Oh,macam itu ka.Baik salin.penting tu......"_berterusan sampai lah satu jam...Entah kenapa sejam kemudian suara profesor yang umur sebaya atuk cik Nina makin lama makin sayu..sayu..sayu.plus romantika de amor dan hilang!

"ah.sengguk lagi macam minggu lepas.Cover cover!"

Pelajar Medik!satu gelaran yang glamour atau penyedap info dalam facebook?
Dah hampir setahun setengah cik Nina bergelar pelajar Medik.Tipu lah kalau nak katakan bahawa diri ini suka yang amat mahu amek bidang ini pada awalnya.Pada awalnya diri hanya mahu belajar ke luar negara,merasa encik salji yang putih melepak dan naik kapal terbang yang ada sayap sebenarnya.

Alhamdulillah,rezeki ada di sini.Cik Nina percaya di mana anda dicampakkan di situlah tempat yang terbaik untuk anda ditarbiyyah.Mana tahu kalau anda belajar di Universiti X anda tidak menjadi orang.Menjadi makhluk asing mungkin.Eh seram pula.Gelap cerah -gelap cerah dah nak masuk semester baru tahun hadapan.Aiyaaaaakk.*giler muka cemas*

Tapi nak diceritakan di sini,kalau dulu pandangan cik Nina tentang menjadi doktor semata-mata mahu kerja tetap dan gaji banyak.Prinsip itu telah berubah 360 darjah.Bergelar doktor ertinya menjadi orang yang dekat dengan masyarakat.Tak kira tua muda mahupun budak-budak.Bersedia menjadi tempat luahan perasaan pesakit.Itu sudah semestinya berserta batas-batas.Dan lagi satu adalah DAKWAH. (isu ini akan dikupas lebih lanjut dalam next post)

Satu saja pesanan bagi pelajar medik.Kena kuat!dan sentiasa perbaharui niat tak kisahlah anda dah tahun keberapa sekarang.Tambah-tambah lagi belajar bukan di Malaysia.Dicampakkan ke tempat yang sebelum ini tak pernah termimpi kaki ni bertapak.Cuaca yang sejuk bak dalam peti sejuk,anjing-anjing jiran yang nampak macam nak makan kita bila lalu tepi dia,omesick tahap panda mata lebam setiap hari, subjek yang memerlukan revision setiap hari,langguage barrier dan dll.*senarai mungkin berjela-jela *

Satu saja pesanan seterusnya.Kena kuat dan minta padaNYA supaya dikuatkan hati dan semangat.

Ops.lupa pula.Lagi satu pesanan adalah berasa suka untuk bergelar doktor dan ada matlamat yang jelas.Adakah aku mahu menjadi doktor kerana saja-saja kejar populariti,ataupun supaya ramai orang suka?Ataupun " Biology saja yang aku pandai.Fizik aku tak suka!Arghhh!! "

Tepuk meja dan tulislah niat itu sekarang.Tak terlambat lagi wahai cik adik yang cun dan cik abang yang hensem semua.Takpun cukup tersemat dalam jantung sanubari (ayat bersastera sebagai penambah perisa )


p/s:Cik Nina berazam supaya tak tersengguk sengguk lagi dalam kelas seterusnya.Ahoi!

Beginilah keadaan kami pagi hari mengejar bas pergi ke kelas.Ahak!

Sunday, November 20, 2011

NAGA YANG MEMAKAI SARI.*SOOO CANTIK*

Assalamualaikum semua pembaca.Moga dalam rahmat Tuhan sekalian.Stress nampak cik abang dan cik akak.cuba kendur-kendurkan urat muka dengan senyum 2 minit.!

Lega bukan?Mari sambung baca post kali ini tentang naga yang memakai sari.Wow! Comel bukan?*hehe*

Pagi ini.kawan cik Nina yang baik hati lagi cun melecun mengasah bakat yang sudah tergilap lagi berkelip-kelip dengan memasak KUIH NAGA SARI.(bukan haiwan okay.tapi kuih!)

Menurut kawan cik Nina ini.kuih itu terkenal di kawasan selatan tanah air,di Johor.Kerana kami yakni cik Nina dan kaum kerabat di sebelah utara dan pantai barat jarang-jarang makan apatah lagi nak membuatnya.

Esok pagi,bila celik saja mata.Bau harum kuih menusuk hidung.Yeay!Kuih sudah dikukus.Tunggu untuk dimakan sahaja.*sayang kawan cik Nina banyak-banyak*.
Tau-tau je lah di oberseas ni.mana nak cari daun pisang,tapi dia pergi cari jugak di kedai Asian.(tempat kami selalu pergi beli serai,lengkuas,dan dll).Harga satu plastik 10 zl.(berbaloi la).

Apa lagi,cik Nina dengan senyum sipu-sipu makan dengan girangnya di pagi hari.Ahoi!


Tengok dah sedap.makan lagila yummy!


Dibawah disertakan resipi lepat pisang,kerana cik Nina mengidam sangat haritu nak makan.Last-last lepat liat utara jugak yang jadi pilihan kalbu.

Bahan-bahan ( 3 org )

  • 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
  • 4 biji pisang yg dilenyek halus
  • 70 gm tpg gandum
  • 30 gm tpg jagung
  • 70 gm gula melaka dicincang halus
  • 4 sb pati santan
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Lepat_007
     layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
  2. Lepat_016
     pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
  3. kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
  4. Lepat_021
     adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  5. Lepat_020
     daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
  6. Lepat_023
     air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
  7. Selamat Menjamu Selera 


p/s:sumber resipi daripada laman web My Resipi

Saturday, November 19, 2011

Siapa Pak Cik Tariq Ramadhan?Jiran sebelah rumah ke?


Pak cik Tariq Ramadhan ni bila bercakap.Sebutan terang jelas dan nyata.*wow*

Siapa pak cik ini?Orang mana?Kerja apa?Kenapa tetiba cik Nina post pasal dia? Dibawah ada serba sedikit perihal beliau:

Tariq Ramadan (Arabicطارق رمضان‎; born 26 August 1962 in GenevaSwitzerland) is a Swiss academicpoet and writer. He is also a Professor of Contemporary Islamic Studies in the Faculty of Oriental Studies at Oxford University. He advocates the study and re-interpretation of Islamic texts, and emphasizes the heterogeneous nature of Western Muslims.


Tak cukup lagi?Nah!

Tariq Ramadan is the son of Said Ramadan and Wafa Al-Bana, who was the eldest daughter of Hassan al Banna, who in 1928 founded the Muslim Brotherhood in EgyptGamal al-Banna, the liberal Muslim reformer is his great-uncle. His father was a prominent figure in the Muslim Brotherhood

Tak cukup lagi?hangpa carilah sendiri.*hehe*

Pada awalnya aku tidaklah berapa berminat nak cari pasal pak cik Tariq Ramadhan ini.Even kakak-kakak pernah bagitau sedikit pasal beliau.Tak ada rasa pun nak cari.Takda rasa pun nak tengok video dia.Tapi sejak dia datang ke Poland untuk menghadiri Academic Forum For Peace dan begitu heboh kakak-kakak bercerita tentang beliau,maka,aku pun rajinlah menaip videonya dan Wahhh! hebatnya pak cik ini.

Bercakap dan bagi talk penuh yakin.Bersemangat dan masuk kedalam otak kata-kata dia.Even he is a muslim in western country.itu bukanlah penghalang untuk menjadi hamba kepada Allah.

Kita.kita?Ada berani tunjuk kita sebagai muslim sebenar?ada berani bercakap depan orang ramai macam dia?

P/S: mari buat ANJAKAN PARADIGMA.bukan terkinja kinja tengok bola atau shopping saja. 

        sebarkan peace ^ _^



Kita Patut Hentuk Kepala Di Dinding

"Letihnya belajar.Nak berhenti pulak rasa."

"Banyaknya kerja nak kena buat.Aduh.Tak mahu buat la.Malas!"

"Sedihnya kena marah.Merajuk!"

"Hari-hari makan ini.Takda benda lain ke nak masak?Huh!''

Aduhai kalian semua.Kenapa ya macam keluhan-keluhan kita seharian saja.Apa?Bukan?Baguslah...boleh buat calon menantu lah kalau macam itu.*ehem*

Semalam kitaorang(ahli-ahli group 4) ada Biokimia Lab.Start pukul 2.45 petang-5.45 petang.Awalnya,diri ini memang malas tahap panda mata lebam nak pergi lab.Merungut-rungut kat kawan seorang ni.Okay.Legalah sikit pemberontakan diri dan buat lab dengan hati seikhlas mungkin.Kami pun balik rumah.Hooray!

Malamnya,diri ini terasa nak habiskan filem Tears of Gaza.Sambil menyuap nasi dan minum air milo panas.Fuh.Macam heaven.Sampailah dekat aksi pengeboman,kanak-kanak ramai yang cedera,pakcik dan makcik meraung-raung anak-anaknya terbunuh.Ambulans sibuk kesana-kemari.Baby muntah-muntah darah.oh tidaaaaakkk!!

AKU TERKEDU.Sebak dan rasa bersalah.terus letak pinggan ketepi meja.Menoleh ke kanan dan kiri.Empuknya tilam aku.Sedapnya makanan yang aku makan.Selamatnya rumah yang aku tinggal sekarang.Banglo lagi!

Muhasabah diri.

*Kita patut bersyukur kalau kita dapat makan setiap hari,mereka belum tentu ada roti depan mata

*Kita patut gembira pergi sekolah dan banyak kerja hari-hari,mereka belum tentu ada sekolah yang masih belum di bom

*Kita patut senyum setiap hari ada ibu bapa dan adik-beradik lagi,mereka belum tentu masih ada semua itu.

Mewahnya makanan kita!!
Jadi.Kalian dan saya kenalah tengok balik muka dekat cermin,tengok anggota cukup ke tidak.Dan ucapkanlah Alhamdulillah.Kalau masih keras hati juga marilah hentuk kepala ke dinding beramai-ramai.Ohoi!

Menyingkap Erti Keberkatan Dalam Kecamuk Perasaan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.Moga dalam rahmat Allah hendaknya.Pertama-tama nak ucapkan welcome back to myself to the club!Selamat datang ke dunia blog semula.Kes tidak ingat password dan penyakit M telah menyerang.Mujur.Sudah lega.Kembali dengan penuh ceria seperti kebiasaannya..Oopps.dan mungkin post-post selepas ini lebih matang.*senyum lebar*.



Gambar sebagai penyejuk mata.Okay berbalik pada tajuk.Oh ya kenapa aku buat tajuk seperti di atas.Cuba teka..teka dan teka.(berapa banyak teka la).Sebenarnya...dua minggu yang lepas aku terjatuh dalam telaga buta.Ceh bunyinya macam gelap saja.Salah satu tajuk usrah aku 2 minggu lepas adalah berkaitan Mencari Berkat.Maka..kakak-kakak dan usrah-mates aku memberikan berbagai-berbagai input yang sangat berguna.

Hasilnya..diri aku mulalah memikirkan 

"Wah,nampaknya hidup aku ini tidaklah seberkat para ilmuwan Islam terdahululah.Hidup aku masa ini tidak diberkati oleh Allah..oh TIDAK!"_sambil menggaru-garu kepala yang tak seberapa gatal.

"Urm..agak-agak apa yang perlu aku buat ini?"_tanya diri sambil menconteng-conteng buku Biochemistry aku

Bermula episod Cik Nina menyenaraikan langkah-langkah untuk bagi masa diberkati..*jeng jeng*

1.Mulakan dengan mengambil contoh individu yang ideal.siapa?Siapa lagi kalau bukan Rasulullah dan para sahabat

2.Membaca sirah Rasulullah dan mengetahui apa yang Baginda lakukan sehari-sehari

3.Rancang masa.Buat jadual waktu (bunyi macam skema tapi it is a must!)

4.Abaikan gangguan-gangguan luar.Contoh.ada orang nak mengorat ke.Ada orang nak masuk meminang.eh..kena pikir dua kali bab kalau ada orang masuk meminang tu.*dush* fokus tajuk

5.Mohon kepada Allah agar hidup di dunia ini sentiasa diberkati oleh NYA.


Simple bukan?Kekadang yang simple itulah orang  ramai abaikan.Mencari yang mudah konon.Yang mudah itulah yang kekadang menyukarkan dan menyulitkan kita di kemudian hari.Tak percaya?Mari kita tengok berapa ramai yang mengambil pil khayal semata-mata mahu gumbira sepanjang hari.Betapa ramai yang ikut suka berkawan dengan sesiapa dengan alasan mahu cepat famous bak selebriti terkenal.Dan banyak lagilah contoh yang tak dapat ambe kaborkan disini.Ohoi!

Panggilan waktu solat.Haiyya haiyya 



Monday, January 31, 2011

TAKDA PERASAAN~~


LOL..

takda perasaan pun nak tulis ke??

i said of course la..aish!!!


rahsia:

actually emosi kurang stabil minggu ni..entah kenapa..hu..tapi..syukur dah reda because saya ada kawan-kawan yang 'tidak berperasaan' disekeliling saya..=)


keliru???:

saya katakan tak berperasaan kerana..saya ini terlalu berperasaan.saya suka melayan rasa sedih,gelisah,kecewa malah tidak puas hati.Bukan saya tidak normal..cuma keterlebihan normal itu menjadikan saya bagai makhluk asing dalam kalangan rakan-rakan saya...memetik kata-kata kawan saya semalam ketika kami berskype-ing sambil meluahkan masalah terlalu berperasaan saya itu,,


"kau ni kena kawan dengan orang-orang tak berperasaan macam aku''..

"aa..la..bagus jugak kan aku dapat kawan macam ko ni..baru aku perasan lorh"

"ha..tau takpa..lepas ni kau jangan la buat camtu la ya??''

''iyala aku akan jadi lebih kejam!''

''???''


kesan:

selepas berskype-ing semalam dan setelah meluangkan masa muhasabah diri aku.maka aku mengambil keputusan untuk tidak penuh perasaan lagi.Maka aku kembali menjadi seperti orang-orang yang tiada perasaan.haha.bukan apa aku perhatikan setelah menjadi tidak berperasaan hidupku semakin seimbang dan tidak banyak masalah.Malah diriku kurasakan semakin dekat dengan Penciptaku.


AMARAN:Tidak berperasaan di atas hanya boleh dilakukan kepada sesiapa yang mengalami heart broken sahaja.Selagi mana tidak pecah dan retak jantung anda.Maka,jangan dilakukan aksi sedemikian..