Friday, December 9, 2011

Maybe she's born with it. Maybe it's Maybelline

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati!

Assalamualaikum pembaca sekalian.Moga sedang tenang tanpa high blood pressure.Kalau ada sila minum air Peria (petua mak-mak).Pantun ditujukan buat perut cik Nina yang sedang digest ayam masak merah (kawan masak tonight).Yummy~



cantik.semua perempuan nak mata camni.



Cik Nina hari itu ketika bersantai rehatkan minda daripada baca buku physiology,ambil masa 5-10 minit buka laman muka buku.Tengok status menarik.Like.Tengok gambar menarik.Open link with new tab dan stalk.Komen dalam hati. "Urmm cantik".(bukan gambar di atas la)

Kalau dah nama perempuan,belajarlah setinggi mana pun atau serendah mana pun.Perempuan tu perempuan juga.Tambah-tambah umur dah nak masuk alam 20-an plus plus.Bedak compact dan celak paling kurang mesti ada dalam almari kat kampus tu.Belum dikira lagi eye shadow,gincu,eye liner,curling up mascara (bagi yang gila make up).Sebutla apa saja ..Mereka (bagi yang gila make up) pasti ada.*sila mengaku beramai-ramai.*

Cik Nina sembang-sembang dengan rakan sebilik yang setia mendengar lagi rajin mengomen

"I rasa diri i ni tak cantik,hodoh,tak kurus dan tak tinggi lampai macam model.Cukup-cukup je ayu I ni.Macam mana nak buat ni eh U?'' (kami senang panggil U and I.ala-ala western gitu)

"U..cantik tu U anggap camna?''

"Urmm..bagi I cantik pada perempuan mestilah macam ala-ala perempuan melayu terakhir cenggitu.Cakap tak kasar-kasar dan bak kata orang..sedap mata memandang''

Kemudian dia balas

"First cik Nina,kita kena tahu definisi cantik itu apa.Cantik itu ada dalam brain si tuan punya badan.Maksudnya,diri sendiri yang kena letak kayu ukur cantik untuk diri sendiri.
Cantik yang bagaimana mahu.Kalaulah senyum dalam kondisi genting itu cantik.Jadilah macam itu.Dan kalaulah cakap beralas itu cantik.Cuba lah jangan tengking bila bercakap''

"Lorh..mana mekapnya cik kak oi?Tak perlu make up ke?''

"Na..kalau kita mekap setebal mana pun dan pakai seseksi habes pun..akan ada orang yang lebih cantik daripada kita.Katakanlah si A cun..kita tengok si B pun cantik jugak.Siap ada lesung pipit lagi.Lagi cantik from si A..Then si C lalu..eh cantik juga..pendek kata ramai orang-orang cantik di sekeliling kita''

''Oh kalau macam itu..takda yang hodoh la?''  '' Nope.kalau U rasa diri U hodoh..hodohlah..heyy,positif la sikit cik Na oii!''

''Ye ye..positif la ni..Haish"

Cik Nina berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Cik Nina terus mengambil cermin bulat dalam almari dan membelek-belek muka sambil buat muka berkerut-kerut..kot-kot ada  jerawat yang tumbuh.Okay takda! Cantik lah ni.*hehe*



Datuk Siti without make up.Natural beauty.I like!

No comments:

Post a Comment