Tuesday, December 6, 2011

Daripada Kata Timbul Pula Rasa



Ku hela nafas damai semalam
Dalam rimbun rasa lelah
Ombak rasa selalu hadir
Dalam hati seorang musafir
Aku ajak tarik mereka bersama
Mereka geleng penuh bantah
Akur sudah aku biar tanpa kata dan madah
Mereka bilang aku lupa
Sengaja lupa nikmat  berdunia
Dunia untuk mereka
Tapi aku untuk siapa pula
Hari ini aku hela nafas
Dalam tunas reranting  harap
Lekas-lekaslah beralih arah
Berkali-kali pesan dilaung
Dunia tidak betah  buat kita
Kerna kita memang untuk akhirat!

Nukilan rasa bayi perempuan sudah remaja kini berada di luar negara. ^_^


Bam bam pipi dia nih.haha




p/s: Puisi itu cik Nina hasilkan lepas ulang baca karya sasterawan negara kita ,A Samad Said sejak dua menjak ini.Cik Nina juga ada test untuk minggu ini.Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi beli keyboard budak-budak kecik.Berkongsi duit dengan rakan sebilik.Kononnya nak berlatih main piano dan imbangkan otak yang makin berkarat dan tepu kerana selalu amalkan makan maggi.Hadoi~




No comments:

Post a Comment