Wednesday, November 30, 2011

UBAT hati gundah-gulana,hidup porak peranda

Pesakit :Doktor N..tolonglah saya.Saya rasa tak sedap badan.Hati resah gelisah.Makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah,siang jadi malam,malam jadi siang.Susah kalau selalu macam ni doktor.Hurm"

Doktor N:"Senang saja untuk ubat ANGAU ni.Amik krim gatal dan sapu.Amik waktu pagi dan petang.Kalau tak sembuh biar saya jadi wakil masuk meminang!"

*Dialog antara pesakit dan doktor rekaan semata-mata.*

Oh lupa nak bagi salam.Selamat sejahtera pembaca semuanya.Moga gumbira dan senyum hari-hari biarpun Malaysia panas sokmo.

.Bukan isu ANGAU nak dikupas untuk kali ini tetapi...isu HATI yang parah..Malahan hati kalau pergi wad ICU pun kena pakai mask oxygen 24 jam kalau tak dirawat cepat-cepat.Ayuh selamatkan HATI yang dalam ICU tu!

Erk.Cik Nina,apa ubat yang mujarab,dijamin halal dan menyembuhkan dengan efektif sekali untuk penyakit hati yang dah masuk wad ICU ni? Macam takda jer.
Giler takda ubat.Adalah...Semua penyakit ada ubatnya.Setiap masalah ada penyelesaiannya.Ada A..adalah Z..eh boleh pulak kait macam itu?*hehe*

Ubat itu kalau pergi kauter Farmasi mesti takda..sebab ubat itu namanya SUJUD.Pergilah mintak ubat nama SUJUD dekat mana-mana kaunter Farmasi.Sah mesti orang jaga kaunter kerut dahi seribu dan geleng-geleng kepala ke kanan dan ke kiri.

Sujud dalam erti kata lain.Solat lah.Perkataan orang ramai faham.Solat malam.Nak nak kalau sujud dalam solat tahajjud.Kalian bangun pukul 3 atau 4 pagi.Berdating dengan Allah.Serius perasaan amat syahdu lagi melegakan hati selepas itu.

Sesungguhnya ubat paling mujarab bila hati resah gelisah,hidup porak peranda,rasa macam nak terjun bangunan 14 tingkat.tengok dinding macam nak tumbuk,sikit-sikit naik angin ribut taufan.Maka,perbanyakkanlah solat malam anda.Mohon kekuatan jiwa.Menangislah sepuasnya.Kita menangis merintih kepada Pencipta kita.Siapa nak marah?Bahkan Dia lagi suka dan bertambah cinta.

"Erk.Tapi cara lain pun boleh kan?Pergi karaoke,main bowling,hang out malam-malam.Happy jugak.Tenang apa"

"Boleh.Dan memang akan happy.Tapi lepas tu korang rasa macam kurang sesuatu.Dan hati tak tenang jugak.Konpem!''

Nak cuba cara lain.Cik Nina tak marah.Cubalah dan kalau cara-cara lain tak menjadi silalah pergi ke tandas.Ambil wuduk 3 minit.Solat 5 minit.Berdoa 5 minit.Total 13 minit.*sekejap tapi ketenangan kekal lama*

Berbanding pergi karaoke satu jam,main bowling setengah jam.Total satu jam setengah.*lama tapi ketenangan hilang semula*

Pilihan di tangan anda.Anda mampu mengubahnya.Oh yeah!







Kesian  hati ni.Tuan dia tak bagi ubat ke?


                                             

2 comments:

  1. hati resah gelisah, rase mcm banyak xkena je.
    pastu xleh solat lagi rse xtahu nak pegi mana..
    i miss my Rabb.T.T

    ReplyDelete
  2. alololo..takpa aisyah...baca Quran pun tenang juger..sabar ye sayang? hehe

    ReplyDelete