Lega bukan?Mari sambung baca post kali ini tentang naga yang memakai sari.Wow! Comel bukan?*hehe*
Pagi ini.kawan cik Nina yang baik hati lagi cun melecun mengasah bakat yang sudah tergilap lagi berkelip-kelip dengan memasak KUIH NAGA SARI.(bukan haiwan okay.tapi kuih!)
Menurut kawan cik Nina ini.kuih itu terkenal di kawasan selatan tanah air,di Johor.Kerana kami yakni cik Nina dan kaum kerabat di sebelah utara dan pantai barat jarang-jarang makan apatah lagi nak membuatnya.
Esok pagi,bila celik saja mata.Bau harum kuih menusuk hidung.Yeay!Kuih sudah dikukus.Tunggu untuk dimakan sahaja.*sayang kawan cik Nina banyak-banyak*.
Tau-tau je lah di oberseas ni.mana nak cari daun pisang,tapi dia pergi cari jugak di kedai Asian.(tempat kami selalu pergi beli serai,lengkuas,dan dll).Harga satu plastik 10 zl.(berbaloi la).
Apa lagi,cik Nina dengan senyum sipu-sipu makan dengan girangnya di pagi hari.Ahoi!
![]() |
Tengok dah sedap.makan lagila yummy! |
Bahan-bahan ( 3 org )
- 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
- 4 biji pisang yg dilenyek halus
- 70 gm tpg gandum
- 30 gm tpg jagung
- 70 gm gula melaka dicincang halus
- 4 sb pati santan
- secubit garam
Cara-cara
- layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
- pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
- adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
- daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
- air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
- Selamat Menjamu Selera
p/s:sumber resipi daripada laman web My Resipi
No comments:
Post a Comment