Saturday, November 19, 2011

Kita Patut Hentuk Kepala Di Dinding

"Letihnya belajar.Nak berhenti pulak rasa."

"Banyaknya kerja nak kena buat.Aduh.Tak mahu buat la.Malas!"

"Sedihnya kena marah.Merajuk!"

"Hari-hari makan ini.Takda benda lain ke nak masak?Huh!''

Aduhai kalian semua.Kenapa ya macam keluhan-keluhan kita seharian saja.Apa?Bukan?Baguslah...boleh buat calon menantu lah kalau macam itu.*ehem*

Semalam kitaorang(ahli-ahli group 4) ada Biokimia Lab.Start pukul 2.45 petang-5.45 petang.Awalnya,diri ini memang malas tahap panda mata lebam nak pergi lab.Merungut-rungut kat kawan seorang ni.Okay.Legalah sikit pemberontakan diri dan buat lab dengan hati seikhlas mungkin.Kami pun balik rumah.Hooray!

Malamnya,diri ini terasa nak habiskan filem Tears of Gaza.Sambil menyuap nasi dan minum air milo panas.Fuh.Macam heaven.Sampailah dekat aksi pengeboman,kanak-kanak ramai yang cedera,pakcik dan makcik meraung-raung anak-anaknya terbunuh.Ambulans sibuk kesana-kemari.Baby muntah-muntah darah.oh tidaaaaakkk!!

AKU TERKEDU.Sebak dan rasa bersalah.terus letak pinggan ketepi meja.Menoleh ke kanan dan kiri.Empuknya tilam aku.Sedapnya makanan yang aku makan.Selamatnya rumah yang aku tinggal sekarang.Banglo lagi!

Muhasabah diri.

*Kita patut bersyukur kalau kita dapat makan setiap hari,mereka belum tentu ada roti depan mata

*Kita patut gembira pergi sekolah dan banyak kerja hari-hari,mereka belum tentu ada sekolah yang masih belum di bom

*Kita patut senyum setiap hari ada ibu bapa dan adik-beradik lagi,mereka belum tentu masih ada semua itu.

Mewahnya makanan kita!!
Jadi.Kalian dan saya kenalah tengok balik muka dekat cermin,tengok anggota cukup ke tidak.Dan ucapkanlah Alhamdulillah.Kalau masih keras hati juga marilah hentuk kepala ke dinding beramai-ramai.Ohoi!

No comments:

Post a Comment