Saturday, November 19, 2011

Menyingkap Erti Keberkatan Dalam Kecamuk Perasaan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.Moga dalam rahmat Allah hendaknya.Pertama-tama nak ucapkan welcome back to myself to the club!Selamat datang ke dunia blog semula.Kes tidak ingat password dan penyakit M telah menyerang.Mujur.Sudah lega.Kembali dengan penuh ceria seperti kebiasaannya..Oopps.dan mungkin post-post selepas ini lebih matang.*senyum lebar*.



Gambar sebagai penyejuk mata.Okay berbalik pada tajuk.Oh ya kenapa aku buat tajuk seperti di atas.Cuba teka..teka dan teka.(berapa banyak teka la).Sebenarnya...dua minggu yang lepas aku terjatuh dalam telaga buta.Ceh bunyinya macam gelap saja.Salah satu tajuk usrah aku 2 minggu lepas adalah berkaitan Mencari Berkat.Maka..kakak-kakak dan usrah-mates aku memberikan berbagai-berbagai input yang sangat berguna.

Hasilnya..diri aku mulalah memikirkan 

"Wah,nampaknya hidup aku ini tidaklah seberkat para ilmuwan Islam terdahululah.Hidup aku masa ini tidak diberkati oleh Allah..oh TIDAK!"_sambil menggaru-garu kepala yang tak seberapa gatal.

"Urm..agak-agak apa yang perlu aku buat ini?"_tanya diri sambil menconteng-conteng buku Biochemistry aku

Bermula episod Cik Nina menyenaraikan langkah-langkah untuk bagi masa diberkati..*jeng jeng*

1.Mulakan dengan mengambil contoh individu yang ideal.siapa?Siapa lagi kalau bukan Rasulullah dan para sahabat

2.Membaca sirah Rasulullah dan mengetahui apa yang Baginda lakukan sehari-sehari

3.Rancang masa.Buat jadual waktu (bunyi macam skema tapi it is a must!)

4.Abaikan gangguan-gangguan luar.Contoh.ada orang nak mengorat ke.Ada orang nak masuk meminang.eh..kena pikir dua kali bab kalau ada orang masuk meminang tu.*dush* fokus tajuk

5.Mohon kepada Allah agar hidup di dunia ini sentiasa diberkati oleh NYA.


Simple bukan?Kekadang yang simple itulah orang  ramai abaikan.Mencari yang mudah konon.Yang mudah itulah yang kekadang menyukarkan dan menyulitkan kita di kemudian hari.Tak percaya?Mari kita tengok berapa ramai yang mengambil pil khayal semata-mata mahu gumbira sepanjang hari.Betapa ramai yang ikut suka berkawan dengan sesiapa dengan alasan mahu cepat famous bak selebriti terkenal.Dan banyak lagilah contoh yang tak dapat ambe kaborkan disini.Ohoi!

Panggilan waktu solat.Haiyya haiyya 



No comments:

Post a Comment