Friday, November 25, 2011

Manisnya Macam Madu Sabar Itu

Kuih bangkit kuih bahulu,
Kuih bahulu sedap dirasa,
Sabar hamba tiba di hulu,
Tidak tertahan memendam rasa.

Jeng Jeng..Pantun sebagai pembuka kata kali ini.Salam sejahtera pembaca semua.Moga dalam rahmat Tuhan semuanya.Meh meh kita kupas dan bedah isu sabar kali ini.


Madu ini banyak khasiatnya


Mari kita sambung.Suatu hari datang surat layang kepada anda.Berbunyi begini...

"Ke hadapan saudara/saudari yang sedang membaca surat ini.Saya ni sebenarnya tak puas hati lama dah.Saudara/saudari ingat diri sendiri tu banyak bagus?Setakat bagi nasihat banyak-banyak siang-malam belum cukup baguslah.Kat luar ramai yang bagus daripada saudara/saudari.Ceh!""


.............(tanda koma bermaksud diam)

Aha!Surat layang seperti itu belum cukup panas bukan?Tapi kalau namanya surat layang dan menerima secara tiba-tiba..Hai..hati yang secute doraemon pun akan meletup-letup boom boom mahunya.Mahu saja tumbuk muka orang itu biar lebam warna ungu.Asal hati puas!Bukan setakat surat layang.Kadang-kadang ayat seseorang time bersembang dan pedas sikit.Senang sangat nak terasa.

Eh..Sabar..dan di situlah letaknya sabar..Kata nak masuk syurga bagai.Nak minum air sungai dalam syurga.Nak dapat bidadari syurga lah.Then.kalau tak bersabar.Tak layak kita semua ini cik akak dan cik abang oi..

 “Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)

Orang-orang yang bertakwa ini.Pengakhirannya di mana?Insyaallah di syurga.(pikir-pikirkan)

Macam mana nak bersabar nih?Payah la.Sabar ini ada batasnya.Aku ini manusia bukan malaikat.
Oh.delete delete ayat itu semua.Itu ayat-ayat yang merupakan simptom-simptom sabar anda terkena serangan virus.(almaklum baru selesai belajar tentang virus.aplikasikan di sini )

Cara-cara untuk bersabar kalau mendapat surat layang atau dimaki hamun dan dicaci maki sampai telinga merah-merah:

1.Tarik nafas dan berlapang dada.Istighfar.Cakap pada diri.Aku ini lagi cantik dan handsome kalau bersabar..So cool

2.Balas surat layang itu.Simpan dalam sampul surat yang cantik.Jangan hantar.Kemudian bakar.Habis cerita surat layang.

3.Pergi gym.Tumbuklah punch bag dalam gym seratus kali sampai lebam tangan kalau mahu.

4.Deactivate facebook.Pergi bercuti atau balik kampung dan bersembang sampai larut malam dengan adik-beradik

Tak berkesan lagi?

5.Masukkan  kemarahan dalam mulut.Kunyah dan telan.Biar digest dalam perut.


                     Selamat Mencuba


Selepas beberapa hari,api kemarahan anda.Insyaallah beransur-ansur hilang.Yang ada cuma abu berterbangan.Kemudian,anda  dapat rasakan,sabar itu macam madu rasanya.Anda bahagia.Orang sekeliling anda pun tak tercedera dan patah tulang belulang dek panas baran anda itu.

Yang sedang dalam latihan bersabar,

Cik Nina 


2 comments:

  1. if the dose is bitter swallow it fast.
    teringat ayat ni..

    bgus la nina!! note to myself gak ni.. =)

    ReplyDelete
  2. hehe..tenkiu aisyah..tengah nak marah..jadi lepas geram kat blog.tenkiu2 kerana sudi baca blog tak seberapa ini =).mmuah

    ReplyDelete