Monday, November 21, 2011

Medik Bukan Kerana Terpaksa Tapi Kerana Suka

"Kringggggggggggggg"
"Kringgggggggggg"


Pukul 5.05 minit pagi.Masuk sudah waktu Subuh untuk kawasan Warsaw dan sewaktu dengannya.Post kali ini macam berdrama sedikit.*hehe*

Dalam kepala selain solat,mandi dan bersiap, sempat lagi komen dalam hati ."Alamak kelas Physiology hari ini pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari.Urmm ".Okay.sekejap je tu.(ayat penyedap hati)
Kelas bermula seperti biasa dan cik Nina mendengar dengan penuh semangatnya..sambil tangan tak berhenti-henti tulis nota.

"Oh,macam itu ka.Baik salin.penting tu......"_berterusan sampai lah satu jam...Entah kenapa sejam kemudian suara profesor yang umur sebaya atuk cik Nina makin lama makin sayu..sayu..sayu.plus romantika de amor dan hilang!

"ah.sengguk lagi macam minggu lepas.Cover cover!"

Pelajar Medik!satu gelaran yang glamour atau penyedap info dalam facebook?
Dah hampir setahun setengah cik Nina bergelar pelajar Medik.Tipu lah kalau nak katakan bahawa diri ini suka yang amat mahu amek bidang ini pada awalnya.Pada awalnya diri hanya mahu belajar ke luar negara,merasa encik salji yang putih melepak dan naik kapal terbang yang ada sayap sebenarnya.

Alhamdulillah,rezeki ada di sini.Cik Nina percaya di mana anda dicampakkan di situlah tempat yang terbaik untuk anda ditarbiyyah.Mana tahu kalau anda belajar di Universiti X anda tidak menjadi orang.Menjadi makhluk asing mungkin.Eh seram pula.Gelap cerah -gelap cerah dah nak masuk semester baru tahun hadapan.Aiyaaaaakk.*giler muka cemas*

Tapi nak diceritakan di sini,kalau dulu pandangan cik Nina tentang menjadi doktor semata-mata mahu kerja tetap dan gaji banyak.Prinsip itu telah berubah 360 darjah.Bergelar doktor ertinya menjadi orang yang dekat dengan masyarakat.Tak kira tua muda mahupun budak-budak.Bersedia menjadi tempat luahan perasaan pesakit.Itu sudah semestinya berserta batas-batas.Dan lagi satu adalah DAKWAH. (isu ini akan dikupas lebih lanjut dalam next post)

Satu saja pesanan bagi pelajar medik.Kena kuat!dan sentiasa perbaharui niat tak kisahlah anda dah tahun keberapa sekarang.Tambah-tambah lagi belajar bukan di Malaysia.Dicampakkan ke tempat yang sebelum ini tak pernah termimpi kaki ni bertapak.Cuaca yang sejuk bak dalam peti sejuk,anjing-anjing jiran yang nampak macam nak makan kita bila lalu tepi dia,omesick tahap panda mata lebam setiap hari, subjek yang memerlukan revision setiap hari,langguage barrier dan dll.*senarai mungkin berjela-jela *

Satu saja pesanan seterusnya.Kena kuat dan minta padaNYA supaya dikuatkan hati dan semangat.

Ops.lupa pula.Lagi satu pesanan adalah berasa suka untuk bergelar doktor dan ada matlamat yang jelas.Adakah aku mahu menjadi doktor kerana saja-saja kejar populariti,ataupun supaya ramai orang suka?Ataupun " Biology saja yang aku pandai.Fizik aku tak suka!Arghhh!! "

Tepuk meja dan tulislah niat itu sekarang.Tak terlambat lagi wahai cik adik yang cun dan cik abang yang hensem semua.Takpun cukup tersemat dalam jantung sanubari (ayat bersastera sebagai penambah perisa )


p/s:Cik Nina berazam supaya tak tersengguk sengguk lagi dalam kelas seterusnya.Ahoi!

Beginilah keadaan kami pagi hari mengejar bas pergi ke kelas.Ahak!

No comments:

Post a Comment