Saturday, January 19, 2013

persediaan ke alam rumah tangga

Assalamualaikum

Dalam post yang lepas,tajuk artikel saya bertajuk bersabarlah,esok bahagia milikmu (boleh check di list post) ditujukan untuk individu-individu yang nak naik pelamin.Untuk kali ini,saya nak habaq mai apa-apa persediaan-persediaan yang sewajarnya kita lakukan.Tak banyak,tapi bolehlah nak share sikit.

Oleh sebab saya nak tahu tips-tips,maka pada suatu malam time duduk kat dapur with seniors (included seorang akak yang dah naik pelamin; final year medic),saya pun mulakan perbualan kami

''Kak Dina,urm macam mana yer kak Dina dengan mak mertua,nak ambil hati bagaimana?''

''Akak?akak kalau balik rumah dia,akak tolong dia masak.Waktu masak tu,kalau dia suruh kita buat itu ini,kita buat je.Kiranya ikut flow and style masak dia la.''

''OOo..macam tu,lagi satu,berapa Kak Dina spent untuk majlis?''

''Sepuluh ribu..sepuluh ribu tu untuk baju,sewa pelamin,foto and lain-lain.Untuk jamu orang kenduri,mak bapak akak yang keluarkan duit''

Buat pengetahuan kak Dina simpan duit sejak first year study..asalnya untuk simpanan time susah or sesak.Moral value here is kita should start menabung bermula sekarang,at least duit elaun/part time job yang kita dapat simpan rm200  sebulan.Dalam setahun insyaallah kita dapat rm 2400

                 ******************************************************

Bagi persiapan peribadi bagaimana pulak?Personally, saya cadangkan buku-buku berikut..ada yang saya sudah habis baca dan sedang baca.Secara teori  amat bagus untuk kita tahu psikologi pasangan masing-masing.Sebabnya lelaki dan perempuan berfikir tak sama.Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.






Tapi ada satu buku yang betul-betul membuatkan saya rasa nak ubah diri saya iaitu 

Best friend saya asked me to read this.Dia beli di Indonesia.Thank you so much!

Okay nampak macam over kan buku ni,tapi saya nak bagitahu keluh kesah isteri menjadi penghalang suksesnya suami sekaligus menjadi penyebab utama tidak harmonisnya kehidupan berumah tangga. 
''Bisa jadi istri memiliki banyak kelebihan..namun semua itu menjadi tidak bererti jika perangainya buruk,selalu cemberut,dan suka berkeluh kesah''
Cuba kita semak balik diri kita macam mana?Adakah sekarang kita jenis yang suka merungut,sikit-sikit merajuk,sikit-sikit tak puas hati dan suka marah-marah?Jom ubah peribadi yang lebih tenang dan sabar.Moga kita semua lebih tenang dan tak mudah mengeluh.Amin.

*doakan saya,saya pun masih berusaha untuk jadi susuk tubuh yang tenang dah tak mudah mengeluh*


Tak cukup jika kita hanya memfokuskan kepada bacaan semata-mata,kalau rajin dan ada masa bolehla rajin-rajin buka you tube  dan tonton siri tanyalah ustaz di tv 9.

Serius banyak yang kita boleh ambil pengajaran dan pedoman.Sebagai contoh boleh cari video bertajuk Seni mengawal rumah tangga by Ustaz Amin.Antara petua yang ustaz share

1. Untuk lembutkah hati, selalulah baca Al-Fatihah dan sebut nama orang yang kita nak dilembutkan hati

2 Time masak baca surah Al-Kauthar

3.Untuk mudahkan segala urusan banyakkan berselawat.Insyaallah harmoni suasana rumah kita.

Sebenarnya banya cara kita untuk mendapatkan  ilmu.Buku,majalah.video,minta pendapat orang lain.kursus perkahwinan dan etc.Tinggalnya diri kita rajin nak mencari dan beramal dengan apa yang kita sudah dapat.

Walaupun kita rasa masih awal untuk ambil tahu petua-petua berumah tangga,jika betul kita  kata kita nak bersedia,maka inilah antara usaha untuk menambah ilmu.


Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


1 comment: