Friday, January 13, 2012

APA bukti CINTA kalian?

when?one day insyaallah.


Assalamualaikum semua! Oit,makin cun la kalian sekarang..muka berseri-seri..Moga-moga cahaya wuduk kalian itulah yang memberi seri..*alhamdulillah


Korang korang eh nak tanyalah..agak-agak bila ek Islam akan dominate balik dunia ni?Bila ek Islam akan jadi gah dan gemilang seperti zaman bani Abbasiyah?Mungkinkah Sepanyol ditawan kembali oleh orang-orang Islam?Tak payah tepuk dada tanya selera lah.Muhasabah balik diri apa yang kalian lakukan untuk sebarkan agama yang kalian anuti ini sekarang.Nak bangunkan tamadun bukan senang..ada pepatah..kalau nak tengok negara apa akan jadi di masa depan,tengoklah pemuda sekarang?Jadi pengikut je  tak syok der!Apa perlu buat?



Alolo comelnyer 

Pada suatu hari,ketika kami ada tazkirah ringkas selepas Isyak..akak yang memang tinggal dengan kami pun mengutarakan soalan.."Em..akak nak tanya sikit,memandangkan korang tahun ni adik-adik tak ramai dan semua tak jadi kakak usrah,apa eh yang korang rasa nak buat untuk dakwah?''

Kami semua tersenyum kambing.Tak tau nak cakap apa..

Dia menyambung.."Meh akak ceritakan apa yang akak rasa korang boleh lakukan..Kami mengangguk dan mendengar...

Beliau menceritakan bahawa setiap orang ada potensi diri yang sememangnya boleh digilap dan mantapkan lagi.Contohnya seorang rakan saya ni boleh melukis.dia diminta untuk melukis kartun-kartun Islamik.Seorang rakan saya ini ada blog,jadi dia bolehlah menyampaikan Islam tu melalui blognya.So,blog sebagai medium dakwah.Saya?haaa..saya pula disuruhnya membuat komik.adess..*saya bukan reti melukis pun..



kalian boleh menulis novel kalau pandai..haaa

Nak diceritakan di sini,setiap orang tu ada saja satu benda yang orang lain tak boleh buat..Itulah kelebihan kita.Jangan pernah kata'' aku tak pandai'',''aku tak boleh''..itu ayat yang boleh melemahkan potensi kalian.Potensi yang baru nak menguntum,mengecut la pulak! Haish!



Kalian pandai bercakap bolehlah jadi macam Aiman Azlan

Kalian nak tahu,bakat perlu diasah dan dilatih..Kalau kecil-kecil dahulu kalian suka sangat main basikal petang-petang dengan harapan boleh racing basikal dengan kawan- kawan.Bakat yang kalian jumpa dalam diri tu kenalah jugak diasah..Berlatih menulis (macam saya buat ni) dan yang pandai melukis tu..lukislah kartun Islamik banyak-banyak macam Rusydee Artz..Dan bolehlah share dengan kawan-kawan (bolehlah start slow-slow dakwah tu)



Dr Muhaya..walaupun sibuk masih sempat menulis buku.Hebat tu!

Amacam?Dah fikir apa bakat kalian yang kalian boleh sumbangkan untuk Islam?Kalian anggaplah hasil karya tu nanti akan menjadi saham akhirat..Hidup ni tak sempat nak kumpul harta banyak-banyak.Moga hasil karya yang manfaat bakal menolong anda saat amalan dihitung.Kan untung tu?



AYUH!!!

No comments:

Post a Comment