Tuesday, March 13, 2012

Sayonara Jahiliyyah





Assalamualaikum semua





Alhamdulillah selesai sudah satu program anjuran IPIP (ikatan pelajar islam poland) hujung minggu lepas bertajuk Sayonara Jahiliyyah dan tafsir Surah Al-Kahfi.Saya selaku AJK kecil-kecil aja untuk program kali ini. ^^


Pada mulanya agak pening untuk akak-akak senior tentukan program untuk adik-adik.Yalah kita tkmau mereka terkejut dan rasa terbeban dengan program-program Islamik.Takut dikatakan memaksa pula.Tapi,setelah musyawarrah,semua setuju untuk adakan program SJ instead of Shahadatul Haq.(SH coming soon)

Pada hari pertama,penyampai iaitu kak Naqlis bagi pembentangan tajuk SJ,Ilmu,Fikrah.
Sepanjang persekolahan kita dahulu,sungguh banyak ilmu yang kita dapat.Ilmu agama tu kalau nak ditanya,most of us boleh jawab dan bagi hukum-hakam dengan betul.Tapi sayang dengan ilmu yang banyak itu,tak mampu melahirkan insan-insan yang mampu berfikir yakni miliki fikrah Islam sebetulnya.Ada ilmu tak semesti ada fikrah.Ada fikrah sudah pasti ada ilmu.Right?






Bercakap soal Jahiliyyah,apa maksud  Jahiliyyah tu?
Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Dari segi istilah jahiliah bermaksud tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban tamadun, masyarakat yang kurang dari sudut ilmu dan tidak berakhlak.
Istilah Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Saba' sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Jangka masa zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M sehingga 610 M. Zaman jahiliah juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab jahiliah tidak menyembah Allah malah kebanyakan mereka menyembah berhala.



Kita rasa kita sekarang bukan Jahiliyyah kan?Zaman teknologi tinggi beb.Jahiliyyah apa ke bendanya?Tapi..sedar tak kita sebenarnya dah buat apa yang masyarakat Arab Jahiliyyah dulu buat.Contoh?

1.bunuh anak  perempuan
-orang zaman kita agi dasyat..bayi lelaki or perempuan dah tak kisah dah.semua duk buang masuk tong sampah

2.arak
-sikit-sikit kalau tension,arak di tangan.bak kata orang,bagi panas badan.

3.hiburan melampau
-akademi tu,akademi ni,filem ombak la,filem hantu la,lambakan lagu-lagu berkisarkan dunia semata

4.dan banyak lagi


see,who said yang kita BEBAS daripada unsur-unsur jahiliyyah?sorry man!kita masih ada sisa-sisa jahiliyyah!saya pun sama.Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini.Sebab apa kita nak bebas daripada jahiliyyah ni?






sebab kita nak sama-sama merasai manisnya....manisnya IMAN!





Macam mana eh nak keluar daripada perangai Jahiliyyah tu?Nah di bawah adalah solusinya iaitu 10 muwasaffat tarbiyyah.Kita nak berubah..tapi taktau macam mana nak mula.Berubahla slow-slow.Tinggalkan sikit-demi sedikit perangai-perangai buruk yang kita nak buang tu.Jangan drastik.Takut-takut tak istiqamah (berterusan).Jangan hari ini putus couple.Esok rasa rindu,sambung balik.Nak putus putuslah betul-betul.Macam kartun la pulak!







p/s:Takkan lari gunung dikejar,hilang kabus tampaklah ia.Sejauh mana kalian berlari menjauhkan diri,andai tersurat,digarisan takdir kalian bertemu ^^

No comments:

Post a Comment