Sunday, February 19, 2012

berkorban?atau terkorban?




Assalamualaikum semua.
moga semua sihat-sihat dan ceria selalu.



Isnin till Jumaat adalah week yang saya rasa uhuk.Tak cukup masa nak sedut oxygen,kunyah makanan macam nak tercekik,langkah seribu meredah salji tebal,celik mata tapi rasa cam nak usung saja tilam gi kelas sekali..okay,pliss stop.jalan cerita sangat over!




redah padang pasir mahu tak?hehe..

Ewah ewah kalau diminta beri komen tentang jadual hidup kita,ada saja komen-komen berbau negatif..lebih banyak tidak puas hati daripada komen-komen yang membahagiakan.Kenapa la yer?

Begitu juga kalau ditanya apa yang kau dah buat untuk sahabat/keluarga/masyarakat.Kita 
lebih banyak ceritakan apa yang kita buat untuk orang lain daripada orang lain buat untuk kita.Jarang kita dapat mengesan pengorbanan orang lain untuk kita. ''Asyik,asyik aku je yang buat kerja''
''Aku saja yang berkorban..dia tak pun..'' Lalu air mata pun mengalir berjurai-jurai dan maki hamun dalam hati.Eh..sungguh tak moleknya kelakuan macam itu.






Saya pernah terfikirkan satu soalan ni.Perlukah kita berkorban untuk kebahagian orang lain sehingga membiarkan diri kita terkorban?Betulkah lirik lagu berkorban apa saja nyanyian P Ramlee ...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini

haa..jawab...

dan hanya orang-orang yang merasakan diri pernah berkorban  untuk orang lain  sahaja mampu menjawab.Kitakah itu?

Berkorban untuk orang lain hanya dapat direalisasikan bila kita ada sekeping hati yang tulus dan murni tanpa memikirkan balasan daripada manusia di kemudian hari.hati kering tolak tepi.Ibu yang sanggup bangun tengah malam untuk menyusukan anaknya tak pernah marah anaknya bila menjerit tengah malam.Guru yang letih mengajar tak pernah mengeluh bila anak-anak murid kurang ajar dengannya.Bapa yang sering habis duit di hujung bulan tak pernah paksa anak-anak untuk cepat-cepat kerja sebab dia tak sanggup dah nak tanggung anak-anak.


Contoh-contoh di atas adalah individu-individu yang dalam sedar tak sedar pernah berkorban untuk kita.Itu yang kita nampak..yang kita tak nampak?

Begitu juga dengan kerja nak sampaikan kebenaran ni..nak sampaikan risalah-risalah Islam ni..setiap penyampai perlu bersedia untuk berkorban...'ber' kata kerja mahu..'ter' pula kata kerja tak sengaja..kalaupun terkorban bila melakukan tugas-tugas daie ini..pengorban-pengorban tak pernah merintih sakit pun..Hebat sungguh semangat pengorban-pengorban ini bukan?



Ini semua terasa indah bila mana tujuan itu untuk meraih redha Ilahi semata.Mahu masuk syurgaNya bersama ahli-ahli keluarga yang lain.Bilamana kalimat La ilaha illallah..Muhammadarasulullah tersemat kemas dalam hati,pasti para penyaksi kebenaran yang berada dalam jalan menyampaikan,membentuk dan melaksana tak kisah diri mereka terkorban kerana mereka memang sudah rela untuk berkorban asalkan kalamullah tersebar di merata tempat.Takkan wujud dialog-dialog berkeluh kesah langsung dalam kamus hidup..yang ada cuma helaan nafas letih sahaja.Dan kalaupun letih,mereka takkan hebohkan bahawa mereka sudah letih dan mahu resign..dalam keperitan terselit kebahagian..kebahagian tu pula tak semestinya diraih sekelip mata!



Ajaibnya!Subhanallah.


p/s: Aku menulis kerana rasa bukan kerana terpaksa....





No comments:

Post a Comment