Thursday, April 12, 2012

Nasihat vs Teguran

Apa marah-marah saya?Nak kena lempang? aisshh



Assalamualaikum semua. ^^


Pernah tak dengar hadis ni 


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.




Boleh check balik eh from buku Hadis 40 untuk tahu lebih lanjut tentang pengajaran-pengajaran hadis di atas.Apa yang saya nak isukan di sini adalah bab NASIHAT dan TEGURAN.

Ada orang kata,teguran adalah nasihat.Nasihat adalah teguran.Aik?Yang mana satu ni?

Menurut apa yang ustaz terangkan kepada kami.Dalam nasihat mesti ada unsur suci,islah dan hikmah.Kalau teguran,tiada unsur-unsur seperti itu


Contoh:

Dialog nasihat: ''Bad, ko ni baik la.tapi slack nyer ko ni merokok.Kalau ko berenti merokok,mesti lagi baik.''

Dialog teguran: "Bro,boleh tak ko berenti merokok?Aku tak tahan bau rokok tu.Kalau ko nak 
mati cepat awal2..silakan.aku takmau mati awal''


Amacam?Boleh bezakan dah sekarang?



MENASIHATI adalah SENI



Kita pergi ke bab kalau kita yang dinasihati orang pulak.Apa reaksi pertama kita?Konpem-konpem kita muncung seribu sambil marah-marah.Paling kurang pun 2-3 hari tak bertegur sapa.Dinasihati boleh terima agi,kalau ditegur...nak-nak ditegur direct,fuh! mau meletup rasanya.Betul tak?

Secara jujur,saya lebih suka dihantar memo,surat ke,private mesej berbanding face to face punya conversations.Tapi ada orang lebih suka bersemuka.Ikutlah keselesaan individu.Yang penting masalah selesai.Tapi zaman facebook sekarang,senang aja nak tunjuk kita tak puas hati.

Update status ala-ala marah dan komenla seberapa banyak kat situ!


Mari kita lihat sebab-sebab kita ni rasa cam sangaaaatla tak boleh nak terima nasihat.

1.Tiada ukhuwah dengan orang yang menasihati

2.Ada alasan tersendiri

3.Cara teguran

4.Ego

5.Sensitif

6.Nasihat terlalu berat

7.Tidak bersedia tinggalkan jahiliyyah

8.Tidak berlapang dada






Sebaiknya marilah kita sama-sama selak dan semak kita jenis yang macam mana bila tetiba ada orang tegur/nasihat.Adakah kita jenis yang cepat melatah cam mak Joyah  atau diam menikus cam tikus putih makmal!

 MENASIHATI itu adalah SENI. 

No comments:

Post a Comment