Monday, April 2, 2012

we need to care!



Assalamualaikum semua!



lokasi: Metro Centrum,Warsaw


Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya.Insyaallah.Apa yang saya bawakan untuk post kali ini yer? 

Oh..just nak share salah satu aktiviti yang Ikatan Pelajar Islam Poland sertai baru-baru ini bertarikh 30 March 2012...iaitu Global March to Jerussalem.Bukan kami pi sana,kami join gathering di kawasan lapang berdekatan Metro Centrum..nak kata demonstrasi pun bukan..tapi ada la petition untuk orang ramai tanda tangan.



sungguh semangat!

nak tahu satu kisah? ehem.seminggu sebelum GMJ berlangsung,nak dijadikan cerita,kawan saya post satu video berkaitan GMJ di wall batch universiti kami...kami lupa yang batch kami ada la sorang mamat from Israel..uhuk!

Apa lagi,3 jam selepas itu,berlaku perang mulut antara mamat itu dengan seorang groupmate saya.Mujur groupmate back up kawan saya dalam komen-komen dia.Kami hanya dapat tahu berlaku pertengkaran selepas pulang from kelas Biochemistry..apalagi,admin group suruh la remove dan dia menegaskan selepas ini hanya post-post yang berkaitan akademik saja dibenarkan.Redha!



cantik akak polish ni =)

Tetapi,saya dan lain-lain sangat terharu dengan tindakan groupmate saya ini.Meskipun dia non-muslim dan asal dari Norway tetapi dia faham bahawa isu Palestin itu termasuk dalam humanity..tak macam mamat tu..ada ke patut komen like this

'' this is only terrorist agenda n bla n bla.this is not humanity n bla bla..'' (tak ingat sangat apa yang dia bebelkan)

Malam itu juga,kecoh isu ini among Malaysia students kat Warsaw..kami diarah untuk tidak terlalu bersemangat dan terlalu aktif sebab tujuan kami datang sini untuk belajar,bukan untuk terlibat dalam isu-isu macam ini.

Heh? ye la tu....hidup hanya study,makan,tidur dan enjoy la??

point to ponder!




Esoknya,kami berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku..padahal dalam hati sedikit takut.Alhamdulillah,mamat tu tak serang pun..sebab dia sendiri tak kenal siapa yang post kat facebook! Mujur! ^^


orang-orang turki.sorang tu mamat Malaysia yer? ;D

Sejak peristiwa itu,kami semakin berhati-hati dalam isu-isu bersifat sensitif seperti ini.Dalam masa yang sama kami semakin sedar bahawa dalam perjuangan menegakkan agama Allah,akan ada saja rintangan dan cobaan.Yang penting kesepaduan hati,tolong-menolong sangat sangatlah penting.Kalau kawan jatuh,back up dia.Jangan biar dia sorang-sorang.



hujan turun waktu petang

Dan satu lagi,dalam perjuangan,mungkin kita tak akan dibantu oleh orang-orang Islam sendiri sebab tak semua satu pikiran dengan kita.Jangan bersedih.Allah akan tolong.Mungkin Dia menghantar non-Muslim yang baik hati untuk menolong.Seperti yang terjadi dalam kes kawan saya ini.

ayuhhh! we care about our brothers n sisters!

Hidup bukan hanya tidur,makan dan bersantai..hidup punyai cabaran untuk dirungkai!

Wallahu a'lam

3 comments: