Assalamualaikum semua...
Diharap semuanya dalam sihat sejahtera..i want to say soooo sorry...lama tak update blog..kalian tahukan,angah dah pergi tinggalkan kami..angah menghembuskan nafas terakhir dah selamat dikebumikan 27 februari yang lalu.
I called angah as Noni (nama panggilan keluarga).
Untuk menyebut arwah Noni..pada awalnya sangatlah pelik.walaupun dia dah takda,memori,senyuman,dan suara angah tetap segar dalam ingatan ini.Seolah-olah dia masih ada dan menjalani hidup seperti biasa.Tapi...
Saya mengambil masa agak lama untuk set mind dan pulih selepas insiden ini.Hari first,memang otak ni tak boleh nak fikir apa...air mata ni senang sangat nak tumpah..tambah-tambah lepas solat.Hanya Allah saja yang tahu betapa sebaknya hati lepas telefon mak abah di kampung..Mereka suruh saya tabahkan hati..Redha dan fokus study saya.Terkilan satu hal.Terkilan sebab takda di sisi arwah saat dia sedang bertarung dengan hidup dan mati.
Macam tu la saya untuk 3 hari lepas tu..bukannya nak nangis..tapi..bila duk sorang-sorang,senang sangat syaitan nak cucuk-cucuk hati ni.Dahla hari Jumaat tu ada exam Biochemistry dan hari Selasa ada Physiology...dengan emosi tak stabil kalian tahu jela macam mana preparation saya untuk 2 exams tersebut.
Satu malam bila saya sedang study Physiology..hati ni tetiba sebak sangat.Belek buku macam tak masuk apapun.Dalam fikiran,banyak sangat yang saya fikir.Masa depan,adik-adik,mak abah and bla bla.So,saya nangis je la.Hee..

.
Roomate saya yang menjadi teman pendengar setia pelik dengan saya yang tiba-tiba nangis kat meja study.Dia tanya.Saya jawab.
Ayah dia meninggal time form 5 sebab serangan jantung.
''Na,orang faham apa yang Na rasa sekarang. Na jadi macam ni sebab adik Na meninggal.Ye memang susah nak buat dan ceria macam dulu.Tapi tolong ingat..jangan jadikan kematian orang yang kita sayang sia-sia.''
Saya balas
''Orang bukannya nak nangis,,tapi banyak yang orang fikir..tanggung jawab tu rasa berat sangat..risau fikir masa depan adik-adik.Mak abah pun harapkan orang.Kalaulah nanti orang pergi dulu..''
Fisza jawab
"Na,masa depan tu misteri.Kita tak tahu apa yang akan jadi.Kalau Na rasa risau pasal rezeki,ingat yang rezeki tu Allah dah tetapkan untuk Na dan adik-adik.Jangan pernah rasa sebab kita,keluarga kita akan bahagia,itu semua Allah yang bagi.Mengadu pada Allah,Dia lebih tahu,,kalau orang cakap banyak pun,orang tak tahu nak cakap apa dah.Insyallah Dia aja yang boleh bagi Na tenang''
Malam tu saya nangis semahu-mahunya..Luahkan apa yang saya rasa pada Pemilik hati ini.
Saya ada daurah ritu..dan suka ayat ini
surah al-baqarah ayat 214
Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata "bilakah datang pertolongan Allah?" dan ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
saya suka juga hadis ini
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
''Orang yg sgt bnyk mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yg lebih dekat
darjatnya kepda mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kpda agamanya.Jika
sangat kuat dlm beragama,maka sgt kuat pula ujian yng menimpanya,bila lemah dlm
agamanya,maka diuji oleh Allah sesuai dgn tingkatan ketaatan pda agamanya.Demikianlah
ujian itu sentiasa ditimpakan kpd seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi
dalam keadaan tidak berdosa''
(HR.Tarmizi)
p/s:Benar.Bahagia itu datang dalam ketaatan.To Fisza,malu rasa asyik nangis depan
awak.
AL FATIHAH to arwah Noni.