Uhuk!Tarik nafas dan hela.
Orang kata buat medik oberseas senang sikit daripada dalam negara? Ye ka?Boleh senang lenang dan tak payah susah-susah study?huh?
Cik Nina yang sedang belajar di oberseas ni pun tak dapat beri jawapan tepat.Tapi kalau sedikit tu bolehla nak komen.
Kelebihan study medik oberseas yang cik Nina dapat huraikan di sini adalah (terutama area europe):
1.Dapat biasiswa ala-ala macam sudah gaji.Beribu-ribu lemon bak kata orang zaman sekarang.(tapi kena pandai budget..takut tak terbayar sewa rumah.heh!)
Jadi dapat beli buku medik yang tebal-tebal tanpa perlu risau akan masalah duit tak cukup
2.Dapat pergi ronda-ronda dunia.Sebut saja.Paris,London,Rome..ha...insyaallah boleh pergi..(tapi kena ikat perut sikit from gila shopping..bukan apa..tambang mahal)
Jadi boleh jumpa rakan-rakan yang buat medik di negara lain dan boleh bertukar-tukar idea.
3.Internet laju gila.Bukak la you tube ke,google ke.malaymovies ke..tak payah nak tunggu loading lama-lama.Boleh layan movie banyak-banyak dalam satu malam kerana internet laju.( cayalah europe.Erk.Malaysia bun boleh juga jadi macam ni..tunggu zaman anak-anak kita kot ..hehe)
Jadi dapat bukak wikipedia dan tengok video medik dengan senang hati tanpa perlu mencebik muka tunggu video loading.
4.Pengangkutan yang sistematik.Katakan pukul satu suku bas bergerak.Satu suku lah bas dan pemandu bas tu bergerak.Kita yang menunggu ni..konpem takkan marah-marah siap buat muka toya.
Jadi tiada alasan untuk pergi lewat ke hospital pagi-pagi
yang terakhir adalah yang paling 'best'.
5.Exams setiap minggu!Exams dia bukannya setiap bulan...tetapi ikut sistem kredit dan dijalankan bila dah habis satu topik.Nampak macam senang..ala..satu topik..sikit je kan.Tapi..kalau ada 3 subjek..dalam seminggu yang ada exam.haa.tepuk dahi la.!
Hentak kaki seratus kali pun dan melalak bagai nak pecah suara.exams tetap exams.Kita ditaja belajar bukan untuk menghabiskan duit rakyat dan ronda-ronda dunia.tapi ada tanggung jawab atas bahu ni.Kalau tak larat nak bawa.kenapa rajin sangat pergi temu duga dulu?Hadoi.
![]() |
Kusyuk sungguh cik Tuti (nama bear ini) study! @_@ |
p/s:Moga esok sudah boleh makan kenyang,mandi basah dan jalan straight!